Apr 30, 2007

2 hari lagi di Kulim

Hari ni 30 April 2007, tak sampai 2 hari lagi aku akan berada di Kulim. Tak sedar masa berlalu, dah hampir 2 tahun aku bermastautin di Kulim/Padang Serai ni. Dan lepas mesyuarat agung kawasan pada 1 Mei di Sg Badak nanti, aku akan balik ke Selangor.

Mungkin ini sedikit coretan akhirku di Kulim mengimbau beberapa kenangan pahit dan manis sepanjang berada di negeri Kedah Jelapang Padi ini, walaupun Kulim ni lebih dikenali dengan kawasan perindustrian daripada pertanian.

Perkenalanku dengan Zamir apabila aku masuk menyewa dalam rumah sewa dia merupakan satu anugerah yang Allah kurniakan buatku. Tak terkata syukurku pada-Nya sebab mentaqdirkanku bertemu Zamir. Dari situ bermulalah apa yang memang ku impikan, iaitu untuk bersama-sama terlibat dalam gerakan Islam ini. Dari situ aku berkenalan pula dengan sahabat-sahabat DPPKPS seperti Arzahari, Badrol, Tolib, Azwan, Yahya, Nasri, Cikgu Lan, Asmady, Abg Zan, Rizal, Firdaus, Zulkarnain, Pon dan banyak lagi yang tak mampu ku sebut namanya satu persatu. Dan dari sini jugalah aku mula mengenali sahabat2 di peringkat Kawasan dan juga di Dewan Muslimat.

Bukan mendamba sebarang jawatan, pelantikan sebagai AJK DPPKPS itu ku terima dengan tekad untuk memberi yang terbaik dan memajukan jemaah. Tatkala aku baru nak berjinak-jinak dengan tugasan yang diberi serta baru nak membiasakan diri dengan sahabat-sahabat, panggilan kerja ke US selama 3 bulan merencatkan perancanganku. Setelah 3 bulan 'bercuti', aku pulang ke Kulim dengan harapan yang tinggi untuk berkhidmat sebanyak mungkin untuk jemaah.

Kurang lebih setahun aku cuba melaksanakan amanah yang tertanggung di bahu ini, dan dalam setahun ni banyak support dan dokongan yang aku dapat dari sahabat2 terutamanya dengan akhi Azwan yang alhamdulillah dah pulih daripada sakitnya. Ukhuwwah yang terjalin antara kami ni takkan aku lupakan. Khas untuk akhi Azwan, moga usaha gigih diteruskan, ana doakan kejayaan enta dalam semua lapangan hidup, Insya-Allah. Alhamdulillah pada 14 April 2007 lalu, aku tamatkan amanah lantikan ini semasa mesyuarat agung yang lalu. Aku doakan sahabat-sahabat sekalian dapat meneruskan usaha dakwah yang murni ini untuk kemenangan Islam dan keadilan di bumi Malaysia dan khususnya di kawasan Padang Serai ini.

Insya-Allah aku akan terus berkhidmat dan bergiat di lapangan ini di Selangor tanah tumpah darah ku pula. Sesungguhnya Padang Serai - Lunas - Merbau Pulas inilah tempat aku menimba pengalaman pertama dalam medan ini. Banyak lagi yang harus ku pelajari, moga-moga aku akan terus dapat bertemu kalian dalam mana-mana kesempatan yang akan datang.

Ya Allah jadikanlah pertemuan kami ini pertemuan yang dirahmati
Dan perpisahan kami selepas ini perpisahan yang terpelihara
Amiin...

1 comments:

azwanxtechsis said...

Jazakallahu khairan jazaa' syeikh. Bagi support yang paling kuat untuk ana gerakkan Lajnah Penerangan. Apa2 pun ana salute kat enta sebagai Pengerusi Lajnah IT. Banyak benda baru yg enta bawa. Waktu ana jadi Pengerusi Lajnah IT dulu, ana tak tau nak buat apa. Kini Lajnah IT & Penerangan telah digabung sebagai Lajnah Penerangan, Dakwah & ICT. Moga2 allah mudahkan pergerakan enta ditahun2 mendatang. Kalau rindu kami kat sini bila dah duduk Selangor esok, kami masih menyediakan tempat untuk enta bersama-sama dgn kami.