Feb 5, 2008

berjalan untuk PROTES dan ditangkap?

Sabtu 26 Januari 2008 lalu saya berjalan lagi. Kali ni ke KLCC untuk PROTES harga barang yang meningkat dan segala kos kehidupan yang semakin menyesakkan hidup. Dan seperti yang kita sedia tahu, hari tu polis membuat tangkapan secara borong orang-orang yang berada di sekeliling KLCC termasuklah seorang budak lelaki yang membawa tshirt kuning BERSIH di dalam begnya....hehe kartun sungguh....

Beberapa hari selepas itu, beberapa org sahabat sms saya tanya adakah saya tertangkap sama, dan ada juga yang menyatakan simpati atas tangkapan yang berlaku. Aik, pelik juga saya sebab saya tak ditangkap pun tempoh hari. Terus saya menjawab, "mungkin mulut aku tak cukup jahat kot masa bertengkar dengan polis tempoh hari"...hihi bila teringat balik ketika disuraikan oleh polis tempoh hari, ada juga saya berlawan mulut dengan seorang polis tu ketika kejadian kecoh di depan KLCC, tapi tak ditangkapnya pula saya.

Mungkin saya lebih banyak melihat tempoh hari, tapi apabila seorang wanita India terpelanting ke arah sebuah tiang lampu betul-betul di hadapan saya dalam satu pergelutan antara seorang awam dengan 'beberapa' orang polis, hati saya benar-benar berasa sakit. Polis pada hari itu hilang profesionalismenya, lagak seperti raja, mulut masing-masing ringan dengan ugutan "TANGKAP, TANGKAP dan TANGKAP!!"....ada benar juga kritikan bekas PM, Tun Dr.M, negara kita sudah menjadi negara polis...

Ditangkap macam penjenayah besar? macam mana lah rupa penculik Sharlinie/Allahyarham Nurin yg masih bebas?

Inilah wanita India yang saya ceritakan, kesian dia (saya ada di penjuru kanan gambar ni, nampak jam tangan dan kaki saja)

Orang India sudah bangkit.....orang Melayu bila lagi??

0 comments: