Feb 23, 2008

Lend your support to Pak Abu at Hulu Kelang

Pilihanraya Umum 2008 ini adalah kali pertama saya dalam mode full gear terlibat dalam gerakerja pilihanraya. 2 pilihanraya sebelum ini, 1999 dan 2004, penglibatan saya amat terhad atas sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan (semuanya kerana tarikh pilihanraya di negara ini hanya diketahui oleh seorang manusia saja iaitu PM)

Saya juga bertuah kerana ini adalah pilihanraya umum pertama saya akan memangkah kertas undi. Tambah bertuah lagi sebab kali ini saya akan memangkah dua kertas undi;
1) Peringkat DUN : N18 Hulu Kelang
2) Peringkat Parlimen : P098 Gombak
Dan calon di peringkat DUN N18 Hulu Kelang adalah ayah saya sendiri, Haji Saari Haji Sungib a.k.a Pak Abu. Ya, undi saya tidak rahsia, saya akan memangkah calon PAS, iaitu ayah saya sendiri. Begitulah rasa beruntungnya saya buat pertama kali mengundi akan mengundi ayah sendiri!!

Jadi saya merayu sahabat-sahabat saya untuk menghulurkan sokongan dan bantuan kepada calon N18 Hulu Kelang, Hj Saari Sungib untuk kita hantar menyuarakan suara rakyat di Dewan Undangan Negeri Selangor. Yang punyai masa dan kelapangan, boleh turun sama bergerak bersama jentera. Yang punyai kemampuan kewangan, boleh disalurkan. Dan yang lebih penting lagi adalah doa dan munajat sahabat-sahabat adalah dipohon.

Insya-Allah kita akan berjaya. Support Hj Saari Sungib untuk N18 Hulu Kelang!!

0 comments: