Dah banyak yang diperkatakan tentang perilaku PM kita ni dalam hal membubarkan parlimen semalam. Senang cerita kesimpulannya ramai cakap PM ni menipu lah, dah tak ada istilah lain yang boleh diberikan atas apa yang diucapkannya..semalam kata tak ada, hari ni eh ada pulak?? Terus teringat pantun ni...."Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lama-lama Mencuri"
Sebenarnya pada hari parlimen dibubarkan, hampir kesemua akhbar utama melaporkan pendedahan paling mengejutkan dalam siasatan klip video Lingam. Seperti dalam satu entry saya berkaitan klip video ini, semuanya semakin menarik, sememangnya semuanya semakin menarik.
Saya kira pendedahan ini adalah yang paling mengejutkan mengikut laporan akhbar NST, di mana bekas setiausaha Lingam mendakwa beliau telah diarahkan untuk mendraf keputusan penghakiman Hakim Mokhtar Sidin dalam kes yang melibatkan saman oleh client Lingam, iaitu Vincent Tan...hebat bukan??? Rujuk laporan akhbar berkenaan di sini
Jadi tunggu lah apa lagi yang sebenarnya berlaku yang kita semua rakyat tak tahu....salahguna kuasa, rasuah, penipuan, kuasa tauke judi....ish ish ish....

0 comments:
Post a Comment