May 28, 2008

Al-Fatihah...

Al-Fatihah buat sahabat lama saya di UTM, Nurul Haini yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Lewat malam, saya menerima satu teks pesanan ringkas dari bekas lecturer saya di UTM, "nak bagitau kawan batch u all nurul haini dalam icu, kandungan gula dalam darah tinggi. sama-sama doakan yang terbaik dan cepat sembuh ye"

Dan awal pagi, satu sms masuk memaklumkan pemergiannya. Al-Fatihah buat beliau. Doa saya agar beliau pergi dengan husnul-khatimah dan digolongkan ke dalam golongan orang-orang yang soleh dan solehah.

Beliau yang sempat saya kenali adalah seorang yang sangat baik, sopan dan tekun dalam pelajarannya, bersemangat tinggi untuk memajukan aspek akademiknya sepanjang 4 tahun kami bersama-sama menimba ilmu di bumi UTM Skudai. Seingat saya, tak pernah perbincangan atau perbualan kami berkisar selain daripada apa yang diajar di dalam bilik kuliah serta tugasan-tugasan oleh pensyarah. Moga Allah merahmatinya...Al-Fatihah

1 comments:

nuruleyda said...

tghari tadi smpt pegi ziarah kerumah arwah.rupenye dh dikebumikan...
smpt dngr cerita dr kakak & mak arwah. pihak ospital bru dpt detect yg penkreas haini bengkak.

i was her classmate way back in secondry school and i was her roomie when 1st yr in UTM...

she will be missed by all of us.
Al fatihah