Jun 15, 2008

berjalan lagi....protes harga minyak naik

Jumaat lepas saya berjalan lagi. Lama juga sudah tidak berjalan. Oleh sebab kerajaan pakLah naikkan harga minyak dalam negara pengeluar minyak Malaysia, saya turut sama dengan satu gerakan yang dipanggil Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (GERAMM) untuk turun menyatakan protes dan bantahan.

Kami berjalan kali ini dari Masjid Kg Baru, terus ke Jalan Tunku Abd Rahman (memenuhi seluruh ruang jalan), berhenti duduk bersila sebentar di tengah-tengah simpang empat Sogo/Pertama Complex (untuk sesi ucapan dan bantahan umum), kemudian melalui Jalan Raja Laut menuju ke Pejabat Agung PAS dan bersurai dengan aman....nampaknya pihak Polis patut sudah boleh mengambil pengajaran besar tentang apa yang kami sebutkan hak untuk berhimpun secara aman selama ini...dan dibuktikan dalam perarakan ini.

Ya, memang bandar Kuala Lumpur sesak sebentar dek angkara peserta perhimpunan memenuhi jalan di tengah bandar ini...dek angkara peserta perhimpunan menghalang semua kenderaan lalu melepasi perarakan tersebut...dek angkara pejabat-pejabat di sekitar jalan utama itu pekerja-pekerjanya keluar melihat perarakan kami....dek angkara peserta perhimpunan melumpuhkan sebentar urusan orang ramai di Kuala Lumpur petang Jumaat lalu....

Namun, cuba fikir sekiranya dengan siri-siri protes dan bantahan seumpama ini mampu setidak-tidaknya mendatangkan sedikit tekanan dan ke'goyang'an kepada kerajaan pakLah yang masih tidak sedar-sedar ini? Jika dengan tekanan ini boleh membuatkan kerajaan pakLah ini memikirkan kembali keputusan gila ini...dan seterusnya menurunkan kembali harga minyak?? Pasti usaha dan kesusahan yang dicetuskan oleh peserta perhimpunan2 ini akan mendatangkan manfaat bukan kepada mereka sahaja, tetapi untuk semua rakyat negara pengeluar minyak Malaysia ini....fikir jap....

Isu harga minyak naik dengan menggila ni masih lagi hangat diperkatakan. Semalam pun semasa di satu majlis di sebuah surau di Selayang, rakyat masih mempertikaikan kewajaran kenaikan yang menggila ini. Saya teringat, beberapa hari selepas kenaikan harga minyak yang menggila ini, orang kuat Petronas menyebut yang "orang ramai tidak peduli pun kos pengurusan Petronas meningkat sehingga 200%"....nak peduli macam mana, sedangkan rekod berkaitan kewangan Petronas tidak didedahkan kepada awam. Macam mana nak expect rakyat percaya kepada kerajaan sedangkan kerajaan tidak cuba untuk bersikap telus dan transparent kepada rakyat??

Kita membantah bukan membuta tuli, bukan sekadar membantah, cukup sekadar menuntut hak sebagai rakyat dalam negara pengeluar minyak Malaysia ini.....ingat pertemuan seterusnya, 1 juta rakyat di KLCC pada 5 Julai 2008!! Jumpa di sana....

0 comments: