Jun 10, 2008

Bersama orang asli di Kg Pos Chiong

Hujung minggu lalu aktiviti saya diisi dengan satu program Ekspedisi Dakwah ke Perkampungan Orang Asli di Pulau/Tasik Banding Perak. Bersama beberapa orang sahabat pemuda dari Kuala Lumpur termasuk Ustaz Riduan Md Nor dan Ustaz Dusuki Rani, kami menyertai sekumpulan lagi pemuda Unit Amal dari Negeri Perak diketuai Ustaz Norazli@Toliban (Pegawai Khas Exco Agama Negeri Perak) serta Ustaz Kassuri dari Jabatan Agama Islam Perak...maka program kami ini adalah kerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak.

Misi kami kali ini adalah untuk mendekati dan mengadakan program bersama masyarakat Islam orang asli di Kg Pos Chiong, Tasik Banding. Perkampungan ini kesemua penduduknya beragama Islam seramai lebih kurang 35 keluarga. Duduknya kampung ini agak jauh, perjalanan dengan bot dari jeti Tasik Banding ini adalah lebih kurang 1 jam ke 1 jam setengah, terasa penat perjalanan, tambah pula jika enjin bot hanya berkuasa 40 kuasa kuda...

Sepanjang perjalanan sebelum sampai ke perkampungan ini, kedapatan beberapa buah lagi kampung-kampung orang asli di tebing-tebing sungai atau pulau-pulau kecil yang terbentuk daripada Tasik Banding ini. Sekurang-kurangnya ada 40 buah kampung orang asli di seluruh kawasan Tasik Banding ini. Fizikal Kg Pos Chiong ini juga tidaklah terlalu teruk. Sebahagian rumah mereka adalah rumah asal (daripada buluh dan atap nipah), sebahagian lagi mendapat bantuan kerajaan (rumah papan) dan dilengkapi dengan tenaga solar sebagai punca elektrik (kagum juga saya, ada rumah yang ada Astro!! walaupun coverage telefon takde langsung di situ). Namun first impression kami di tahun 2008 ini adalah,"hmm ada lagi orang hidup macam ni di zaman sekarang ni...."

Aktiviti saya sepanjang 3 hari 2 malam di sana tidaklah terlalu padat. Kami mengajar anak-anak orang asli ini cara solat, bacaan dalam solat, cara mengambil wudhu di samping memberi tazkirah kepada kaum ibubapa nya dan program sukaneka. Walaupun mereka ini Islam, tetapi banyak lagi adat dan amalan lama mereka tidak dapat ditinggalkan. Atas kesedaran itu kami menumpukan kepada anak-anak mereka untuk mendapat kefahaman Islam yang baik (kagum tengok anak-anak orang Asli ni yang perempuannya semua pakai tudung kepala!!). Kebetulan kedatangan kami ini pada musim cuti sekolah, sebab pada waktu sekolah, kebanyakan mereka akan tinggal di asrama sekolah di Gerik.

Selain itu, saya berkesempatan untuk ikut Tok Batin kampung ni masuk ke hutan. Tujuannya adalah untuk mencari pokok tongkat ali!! Ops, saya ikut je, kawan-kawan lain yang beriya-iya benar suruh cari tongkat ali ni. Kira ok la, lepas 30 minit perjalanan meredah hutan, kami berjumpa pokok tongkat ali. So, operasi mengorek akar pokok ni pun bermula la, dalam juga akar pokok ni, lebih kurang setakat dada juga lah panjang dia. Bukanlah tongkat ali ni yang saya nak ceritakan, tapi hebatnye Tok Batin ni. Walaupun umur dah 70tahun, tapi die steady lagi. Boleh speaking English pula tu!! Rupenye dia pernah berkhidmat dengan komando tentera British masa zaman perang komunis dulu. Hebat betul ilmu sejarah dia, sejarah Indonesia pun dia boleh cerita dengan baik (so don't judge the book by its cover la!!)

Selain itu yang mengagumkan saya juga adalah peranan mubaligh2 Islam yang ditugaskan oleh Jabatan Agama di perkampungan orang asli ini. Peranan dan pengorbanan mereka dalam kerja-kerja dakwah ini cukup besar. Ustaz Khalid, mubaligh Kg Pos Chiong ni umpamanya sempat menceritakan kepada kami pengalaman yang tak boleh beliau lupakan setelah terjatuh daripada botnya sedangkan enjin botnya masih hidup dengan kelajuan maksimum dan berpusing mengelilingi beliau yang terperangkap di tengah-tengah. Dalam usahanya untuk melepaskan diri dari pusingan botnya itu, perut beliau hampir terkena kipas enjin botnya. Ada juga kisah mubaligh Islam yang mati disumpit oleh orang asli dan banyak lagi kisah-kisah pengalaman mubaligh ini dalam menyebarkan ajaran Islam. Mudah-mudahan Allah ganjarkan mereka dengan ganjaran yang besar.

Sebelum kami berangkat pulang, kami menyampikan sedikit sumbangan beras dan gula kepada setiap keluarga orang asli ini. Nampak sungguh mereka amat menghargai sumbangan ini kerana hari-hari mereka hanyalah memakan ubi kayu dan hasil-hasil hutan tanpa ada kemampuan untuk memakan nasi. Insya-Allah kami merancang untuk kembali lagi ke sini dengan aturan program yang lebih baik dan menyeluruh...moga Allah izinkan..

Di jeti Tasik Banding (empangan Chenderoh)
Jambatan ni terus menuju ke Kelantan Darul Naim
Memunggah barangan sebelum menaiki bot ke Kg Pos Chiong
Inilah salah sebuah bot yang kami naiki
Bersama Ustaz Riduan Mohd Nor
Dalam perjalanan...sejurus sebelum kamera buat hal (so takde dah gambar lepas ni :(
Seluas mata memandang, besar dan agungnya ciptaan Tuhan

2 comments:

al-azhar@Akinori Aihara said...

salam perjuangan..teruskan perjuangan dakwah!!

Farah Spy said...

Salah satu program yang menarik dilaksanakan oleh anda, saya juga mencari2 aktiviti apa yang sesuai untuk dilakukan bersama mereka. Idea yang diberikan serba sedikit mampu memberi saya ilham untuk merangka aktiviti, diharapkan anda terus menabur bakti untuk penambah baikkan.