Jul 4, 2008

ISA yang zalim dan celaka

Pagi ini saya sempat ke Hulu Langat untuk menghadiri pengkebumian almarhumah adik Aina Mardhiah Shahrial. Hati saya memang tersentuh dan cukup hiba atas pemergian ini di samping rasa marah yang amat sangat.

Hiba saya kerana almarhumah adalah anak seorang tahanan ISA yang sudah hampir memasuki tahun ke-7 ditahan di bawah akta ISA yang zalim dan celaka ini. Dan di saat-saat almarhumah koma di hospital(selepas terjatuh di rumah dan ketumbuhan/darah beku di dalam otaknya telah 'burst'), ayahnya masih belum diberi izin oleh Menteri Dalam Negeri untuk keluar dari Kem Kamunting, Perak. Memang ISA akta zalim dan celaka..

Marah saya pula kerana sehingga beliau menghembuskan nafasnya, ayahnya masih belum sampai di sisi. Sudahlah bertahun-tahun dinafikan hak untuk mendapat kasih sayang seorang ayah, di saat akhir hayatnya pun haknya masih dinafikan oleh sang penguasa zalim. Cuba bayangkan keizinan untuk si ayah keluar diperolehi jam 1.00 petang semalam (itupun setelah sehari permohonan dibuat), namun pada jam 9.30 malam baru si ayah sampai ke rumah di Hulu Langat. Cuba fikir di mana logiknya perjalanan normal Kamunting-KL hanya memakan masa 5 jam, tapi untuk kes ini memakan masa sehingga hampir 9 jam? Memang ISA akta zalim dan celaka..

Beberapa minggu lepas, beberapa orang tahanan ISA telah disambung perintah tahanan tambahan 2 tahun setelah 6 tahun meringkuk di Kamunting (maknanya 8 tahun ditahan tanpa bicara). Ini termasuklah suami kepada Cikgu Laila (cikgu English sekolah rendah saya). Sungguh buta perut dan takde perikemanusiaan langsung puak-puak ni! Kalau betul diorang ni jahat, militan, pengganas, gugat keselamatan awam, bawakla mereka ke mahkamah, buat pertuduhan, bawak bukti, hukum dengan adil. Bukan dengan ISA yang zalim dan celaka macam ni, tuduh dan hukum, tiada peluang membela diri...

Betapa zalim dan celakanya ISA ni dapat kita lihat kepada keruntuhan sesebuah keluarga ISA. Berapa banyak yang hidup sengsara dan dhaif, hilang sumber pendapatan kerana si suami sudah ditahan, hilang tempat tinggal (hingga terpaksa menyewa di rumah yang uzur nak roboh) dan bahkan yang lebih teruk lagi berapa keluarga yang terpaksa bercerai suami-isteri? Memang ISA akta yang zalim dan celaka.. Kalau macam ni pun tak zalim lagi, saya tak tau la ape punye buta perut, hati kering punye rakyat/pemimpin di negara kita ni.

Rujuk surah Hud ayat 113: "janganlah kamu cenderung kepada kezaliman, kelak kamu disambar api neraka".. Allah memberi amaran jangan kita cenderung atau condong atau menyokong kepada sebarang bentuk kezaliman pun kerana di akhirat kelak api neraka akan menyambar kita, bagaimana pula orang yang direct melakukan kezaliman ini? Moga-moga Allah membalas kezaliman yang dilakukan oleh tangan-tangan yang terlibat dalam penahanan ISA ini di akhirat kelak. Sebab itu saya tetap dengan tegas mengatakan ISA itu akta yang zalim dan celaka..

Moga Allah mencucuri rahmat ke atas almarhumah adik Aina Mardhiah dan memberi kekuatan kepada makcik Fatma dan pakcik Shahrial dalam menghadapi hari-hari yang mendatang..Al-Fatihah

0 comments: