Aug 2, 2008

bila dah sombong dan ego...

Dalam perjalanan nak ambil Nadiah dan Insyirah petang Khamis lepas, sekira-kira tinggal beberapa meter je lagi nak sampai, kereta saya dilanggar orang. Masa tu saya berhenti di simpang dan lihat ada sebuah Camry hitam tengah reverse kereta, nampak macam laju, rupe-rupenye memang betul-betul laju dan terus hentam depan kereta saya tanpa sempat saya hon.

Hmm sakitnya hati bila kereta eksiden ni. Memang menyusahkan. So seperti biasa kalau involve dalam eksiden, saya akan tenangkan diri supaya takde pergaduhan yang berlaku, nak buat macam mana, dah eksiden, bukan sesiapa pun suka eksiden, kereta rosak, duit habis, masa habis, hati pun sakit...

Tapi hari ni lain macam. Bila driver Camry tu tengok kerosakan yang dia sudah buat atas kereta saya (kereta dia calar sikit je, Camry la katakan), dia kata dia cuma nak ganti lampu kanan yang pecah saja. Walhal akibat hentaman sebuah Camry tu, habis bumper kereta saya jatuh, for sure panel dalam pun tertolak, dan yang pasti braket depan pun akan lari juga dan saya takut juga kalau radiator jadi apa-apa .Pengalaman lepas, kena langgar lari banyak mengajar saya untuk melihat kesan eksiden secara keseluruhan.

Puas saya bertegang dengan pemandu Camry ni untuk menanggung semua kerosakan kereta saya, dia tetap berdegil nak ganti lampu saja. Saya pun pening dan tak faham dengan sikap orang ni, tinggi juga la suara saya dalam pertengkaran tu, saya ingat semua orang di sekeliling kedai makan di situ tertumpu pada kami dan saya yakin semua di situ juga nampak bagaimana Camry ni langgar kereta saya.

Walaupun dia admit memang salah dia, dia admit masa reverse dia tak tengok sebelah kanan side mirror dia, dia juga minta maaf pada saya di akhirnya, tapi dia tetap dengan kepala batu dia, buta perut dia, menegakkan benang yang basah mengatakan hanya lampu saja yang dilanggarnya. Akhirnya lepas hampir setengah jam bergaduh yang tak mendatangkan faedah, saya terima ajelah duit yang dia nak bagi walaupun saya tau saya tetap kena keluar duit poket sikit untuk tampung kerosakan ni. Saya fikir, "takpelah, daripada aku report polis, buang masa aku, dan mungkin nak claim pun tak dapat sebab bawah rm500 je..."

So itulah masalahnya bila orang dah sombong dan ego yang cukup tinggi, sendiri buat salah, sendiri jugak dah mengaku dia salah, tapi sendiri jugak tak mau tanggung akibat kesalahan tu. Sempat juga saya pesan pada dia, next time kalau jadi macam ni pada kereta dia, apa dia akan rasa. Saya doa Allah hindari saya dari sikap sombong dan ego macam ni...Amiin

2 comments:

solahuddin the warrior said...

kesian dgn kisah2 sedih ko ni..

terutamanya bab accident
aku pernah accident, mmg terang2 salah motor tu,dia pon ngaku.. tp skrg dia dakwa aku kat mahkamah!
kalau tak kerana UIA bgtau aku dia org susah dah lama dah..

Aku oku! said...

biasalah org malaysia ni kereta mewah besar gedang duit byk, belajar tak tahulah tahap mana. kat msia ni kereta besar tak semestinya org terpelajar atau berhemah. mentaliti rendah.. kat jln raya nak jadi jaguh tunjuk handal bila langar org tak nak tangungjwb. apa nak buat nilah malaysia tanah air ku.... bayak OKB (org kurang berfikir).