Aug 26, 2008

rupanya memang hanya 'berani'

Cubaan saya untuk bersangka baik ternyata meleset. Ketika saya menulis dan mengangkat pelajar-pelajar UiTM yang 'berani' mengadakan demonstrasi menghentam MB Selangor beberapa minggu lalu, sangkaan saya adalah mereka ini memang melakukannya atas keberanian sendiri (walaupun ketika menulis itu pun saya sudah dapat tahu dari sumber dalaman di kampus UiTM Shah Alam, bergema corong-corong pembesar suara rasmi kampus yang meminta para pelajar turun, maknanya ada arahan supaya mereka turun!!)

Rupa-rupanya 'berani' mereka itu sememangnya berani yang begini; 'berani' dan bukan BERANI yang sebegini yang sebenarnya. Terbaru ialah siri-siri demonstrasi para pelajar di kampus-kampus UiTM di seluruh negara yang diadakan mungkin datangnya arahan daripada pihak pentadbiran universiti sendiri. Tetapi yang pastinya di sebuah kampus di negeri Perak ini, memang ada arahan@ugutan diberikan. Jika tidak, kemudahan (subsidi makanan) akan ditarik.

Maka sekonyong-konyonglah para pelajar yang tak tahu apa-apa itu turun membantah, lembik dan tidak bermaya; "HIDUP MELAYU, HIDUP MELAYU" menurut sumber saya itu. Imej di bawah ini adalah memo yang dikeluarkan oleh pentadbiran kampus dan disampaikan kepada saya oleh sumber saya di kampus terbabit.

Memo mengarah/mengugut pelajar untuk turun berdemo

Lebih jelas: daripada siapa tu ya?

Lebih jelas: lihat arahan 'diwajibkan' dan 'tindakan menarik kemudahan'

Dan bila sudah ada bukti sebegini, saya tidak hairan lah komen presiden pelajarnya tempoh hari apabila Timb. Menteri Pengajian Tinggi menyatakan pelajar yang berdemo itu boleh dikenakan tindakan Auku sekiranya didapati bersalah oleh pihak pentadbiran universiti. Nak bersalah macam mano jang, dah dia yang keluarkan arahan??? Alahaaaai uitm.....

2 comments:

worldpeace said...

awal2 lagi sye dah pelik kenapa bebudak uitm berani sangat buat demonstrasi..sebab saya sendiri bekas budak uitm. Saya memang dah agak mereka diarah oleh pihak atasan...betul rupanya, post yang bagus

Sekadar Cetusan Rasa

kurt said...

Boleh diragukan kesahihan surat pekeliling tersebut kerana tidak disertakan tandatangan daripa pihak yang berkenaan...Jadi kredibility surat ini boleh dipersoalkan...