Dec 5, 2008

Kontroversi Masjid Kota Damansara...suatu masa lalu

Pagi tadi satu majlis perasmian masjid di Seksyen 5, Kota Damansara telah dilakukan oleh Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin. Majlis ni juga dibuat bersempena dengan hari keputeraan Tuanku Sultan yang ke-63 pada tahun ni.

Ya ini lah Masjid Kota Damansara yang pernah menjadi tumpuan kontroversi satu ketika dulu. Isu azan, tuntutan memperlahankan suara azan, ISA ke atas Exco Kerajaan Negeri Selangor. Ya, inilah masjidnya. Saya pun tak perasan pada awalnya hingga diingatkan oleh abang. Yang pastinya isunya sudah sejuk dan senyap sekarang ni, walaupun laporan polis yang dibuat oleh pihak2 berkaitan masih belum diketahui hasilnya. Dan yang nyatanya, Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor baru2 ini, sudah meluluskan satu usul mengutuk Ketua Pembangkang (bekas MB Selangor) yg kenyataannya telah menyebabkan Exco Kerajaan Negeri itu meringkuk dalam ISA selama 2 minggu.

Pada pengamatan saya, masjid ni taklah terlalu besar. Agak kecil ruang dewan solatnya. Merujuk buku cenderahati, kosnya mencecah RM5juta, dan pembinaannya memakan masa hampir 2 tahun sebelum mula digunakan Oktober lalu. Dalam ucapan Pengarah JAIS yang dapat saya tangkap ialah betapa pemikiran yang melihat syiar Islam seperti masjid ini adalah suatu yg harus menjadi prioriti utama. Dan menekankan betapa mustahaknya masjid menjadi zon bebas dan berkecuali dari sebarang parti politik (mungkin tekanan hebat menjelang musim pemilihan dan mesyuarat agung masjid seluruh Selangor awal 2009). Penekanan terhadap ruh dan memakmurkan masjid melalui majlis-majlis ilmu dan aktiviti-aktiviti untuk menarik masyarakat mendekati masjid dan menghayati dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebenar-benarnya tidak saya nampak penumpuannya. Harapnya pentadbiran baru kerajaan negeri Selangor kali ni akan mengubah pemikiran serta membina kefahaman yang lebih tepat terhadap Islam dan konsep-konsep yang dibawanya.

Seperti yang dibaca pada pembukaan majlis oleh adik Mohd Hafiz (qari muda yang jadi johan peringkat antarabangsa baru-baru ni, huh pandai betul mengaji!!) dalam Surah At-Taubah ayat 17 dan 18 tentang ciri-ciri orang yang layak untuk mentadbir dan memakmurkan rumah Allah. Semoga lepas ni, masjid2 akan benar2 makmur dan imarah dan menjadi pusat kegiatan dan pembinaan akhlak dan syakhsiyah umat Islam seluruhnya, Insya-Allah.

Akhirnya, selesai majlis dan dijamu seluruh hadhirin yang datang, kami pun pulang. Perut kenyang, dapat cenderahati surah Yaasin pula, hard-cover tu!! Betul2 besar belanja majlis yg Sultan datang ni!

0 comments: