Dec 17, 2008

sehari sunat-menyunat

Kali terakhir yang saya ingat pasal sunat-menyunat ni ialah masa saya sendiri kena sunat, lebih kurang 20 tahun lalu (kat klinik kat kampung, sakit woo!!). Lepas tu ialah masa adik laki saya kena sunat. Lepas tu dah takde aktiviti sunat-menyunat yang berkaitan dengan saya mahupun ahli keluarga saya. Tapi hari ahad lepas satu program sunat-menyunat @ sunathon diadakan oleh pejabat pusat khidmat, so runner die takde lain la mesti pemuda.

Tu gamba atas tu ialah peserta pertama yang sedang menjalani 'eksperimen', cubela tengok semua pelatih perubatan tu khusyu' tengok doktor tu 'mengerjakan' adik tu. Agak-agak adik tu tekup muka sebab tengah tahan sakit ke, sebab malu abang2 tu khusyu' melihat?? Gamba courtesy dari bro Azhar.

Pendaftaran semua peserta adalah seramai 45 orang. Tapi di akhirnya jam 4.30 petang, cuma 40 orang yang berjaya disunatkan, yang lagi 4 orang belum cukup 'keazaman' untuk menjadi 'dewasa'. Kerja2 doktor di sebelah pagi agak lancar dan mudah, peserta2 pun semua masih macho dan berjaya disunatkan dengan lancar. Sehinggalah sampai tengahari, ada seorang peserta menangis meraung-raung, semua atau sebahagian besar peserta di sebelah petang makin susah nak disunatkan. Nampaknya psikologi masing-masing dah terganggu bila tengok seorang kawan mula menangis 'kesakitan'. Suasana dalam dewan macam orang kena histeria pun ada, gawat betul.

Rupanya itulah cabaran sebenarnya bila masuk program sunat beramai-ramai ni. Seorang menangis, yang lain pun rasa nak menangis. Dan bila dia dah tengok kawan2 disunatkan lebih awal, sama ada dia cakap besar menggelakkan kawan dia mengerut kesakitan ataupun memang psikologi dia sendiri dah terganggu bila tengok kawan dia disunatkan. Maka jadilah episod2 yang tidak terkawal di sebelah petangnya. So sepanjang hari tu, gelak pun ada, kesian pun ada melihatkan aksi-aksi adik2 ni disunatkan dan juga alasan2 yang diberi kepada mak bapak untuk mengelak disunatkan.

Kesimpulan saya dan Nadiah bila tengok suasana 'hiruk-pikuk' tu, kalau diizinkan Allah kami dapat anak lelaki, biarlah dia disunatkan seawal usia bayi lagi. Tak payah susah2 fikir nak hantar bersunat :-)

1 comments:

ummu umar said...

hehe..sunat awal2 mcm umar & ulwan..senang citer..takde bentan2 sbb x smpt lg nak berlari2..hehe.