Mar 24, 2009

Balkis disiasat

Sesi pendengaran awam oleh Jawatankuasa SELCAT Dewan Undangan Negeri Selangor sedang berlangsung dari semalam sehingga 31 Mac 2009 ini di Bangunan Annex, Dewan Undangan Negeri Selangor, Shah Alam. Dalam sesi pendengaran awam ini, isu yang sedang disiasat ialah berkaitan pertubuhan Balkis, iaitu pertubuhan bini-bini wakil rakyat umno-bn di Selangor yang kini telah dibubarkan selepas suami-suami mereka tidak lagi memerintah kerajaan negeri tahun lepas.

Isu ini agak hangat selepas pilihanraya lalu disebabkan ia melibatkan kewangan dan dikhuatiri terdapat unsur-unsur penyelewengan dan salahguna kuasa. Saya berkesempatan masuk ke sesi pendengaran awam hari pertama semalam di mana ahli-ahli jawatankuasa khas SELCAT ini yang dianggotai oleh semua ahli dewan undangan negeri dari parti-parti politik termasuk parti keris pembangkang di Selangor.

YB Pak Abu, YB Azmin, YB Teng Speaker, YB Haniza Timb Speaker

Saksi-saksi yg dipanggil semalam ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), bekas Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan CEO Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Dan saksi-saksi seterusnya adalah melibatkan CEO Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), bekas Presiden Balkis dan juga bekas Menteri Besar Selangor dan juga mungkin ada lagi pegawai-pegawai dan pengurus besar anak syarikat kerajaan negeri.

Banyak persoalan yg dibangkitkan melibatkan peruntukan 'sumbangan sosial' kewangan sama ada dari perbendaharaan kerajaan negeri mahupun daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri. Hakikatnya Balkis hanyalah sebuah NGO biasa tetapi mendapat layanan dan peruntukan kewangan yg sangat istimewa hanya mungkin kerana ia dianggotai dan diketuai oleh isteri kepada seorang menteri besar. Untuk satu majlis makan malam pada tahun 2007, Balkis berjaya 'mengutip' sumbangan sehingga RM700,000. Saya fikir kalaulah NGO Muslimcare atau Yayasan Amal Malaysia dapat duit sebanyak tu, kenduri besar lah satu negeri.

Saya juga sikit hairan dengan prosedur permohonan sumbangan sosial (corporate social responsibility - CSR) sama ada kerajaan negeri ataupun anak-anak syarikat ini. Dalam rekod dan akuan saksi2 semalam, daripada jutaan sumbangan yg diberikan kepada Balkis, hanya beberapa transaksi yg melibatkan sumbangan terus kepada Balkis berdasarkan permohonan yg diajukan, selebihnya tak salah saya mungkin hampir 80-90% sumbangan dibuat berdasarkan bil/resit atau invoice yg diajukan terus kepada anak2 syarikat ini. Maknanya invoice/resit tu adalah atas nama anak2 syarikat dan bukannya atas nama Balkis. Eh macam anak2 syarikat ni Bendahari atau istilah Tuan Speaker semalam, 'tukang bayar' kepada segala perbelanjaan Balkis. Pelik bukan?

Satu lagi yg best adalah 2 tuntutan yg dibuat kepada KDEB. Pertama ialah tuntutan tiket kapal terbang ke Guangzhou, China untuk 7 orang, 6 tiket kelas ekonomi dan 1 tiket kelas bisnes. Lawatan ini diketuai oleh Presiden Balkis, iaitu isteri MB ketika itu, so boleh agak ke siapa punya tiket kelas bisnes tu? Tujuan lawatan adalah untuk membeli hadiah dan cenderahati, kira shopping la ni. Kedua ialah tuntutan pembelian hadiah ini berjumlah lebih RM200,000. Tapi yg menariknya, hadiah dibeli di Guangzhou, tapi invoice dikeluarkan oleh sebuah syarikat di Bandar Menjalala (betul, bukan Bandar Menjalara!!) Kepong, KL. Macam mana la, claim macam ni pun boleh lulus? Bukan dua ringgit, tapi dua ratus ribu ringgit, banyak tu..

Banyak lagi la transaksi2 yg meragukan dan tak masuk dek akal kalau kita dengar. Tapi dari jawapan2 saksi2 ni, bukan calang2 saksi2 ni, tapi orang nombor satu di organisasi dan syarikat masing2. Tapi bila dengar jawapan mereka ni, terdetik dalam hati, alahai orang macam ni ke yg dipilih untuk menguruskan syarikat yg tersenarai dalam Bursa Malaysia? Memang semuanya YES MAN saja kepada arahan orang atas. Banyak jawapan yg diberi semalam ialah mereka cuma luluskan saja sumbangan dan tak semak kewajaran atau penggunaan sumbangan kewangan yg begitu besar yg diluluskan. Saya nak je tanya, cuba kalau kampeni tu kamu yg punya, atau famili kamu yg punya, boleh ke buat macam tu. Luluskan sumbangan hingga beratus-ratus ribu ringgit tapi tak semak atau tapis permohonan dengan baik, bahkan ada sumbangan tu pakai permohonan/persetujuan mulut aje, takde surat permohonan mahupun sebarang kertas kerja. Takde punya, sebabkan kampeni ni kerajaan negeri yg punya, gaji CEO pulak RM120,000 sebulan, lantaklah nak pakai duit banyak mana pun. Janji kedudukan aku selamat, gaji masyuk tiap bulan, bini MB Selangor puas hati.

Sehari mendengar jawapan2 saksi2 besar ni yg mukanye masing-masing dah pucat, berpeluh, jawapannya kelok sana kelok sini, memang suatu yg menyedihkan. Bagaimana peruntukan kewangan untuk rakyat yg begitu besar habis kepada segelintir pihak dan atas tujuan yg tidak memanfaatkan rakyat negeri selangor. Sekadar untuk memuaskan hati sebilangan kelompok tertentu. Takde rasa bersalah langsung semasa meluluskan peruntukan kewangan yg sebegitu besar ini. Juga pendengaran awam ini adalah suatu yg telus dan jujur bukan saja untuk membetulkan kesilapan kerajaan lalu, tapi juga untuk panduan kepada kerajaan sekarang supaya tidak menyeleweng dan melakukakan kesilapan yg sama. Sebabnya kuasa dan duit ini adalah amanah yg harus dilaksanakan sebaiknya dan memanfaatkan rakyat Selangor seluruhnya.

Kalau ada masa tengok live streaming di sini

Hanya tinggal 5 orang ahli JK SELCAT, lagi 2 org sudah cabut

0 comments: