Mar 8, 2009

berjalan menentang PPSMI

Isu ini sudah lama ditentang, bahkan sejak ia mula diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu lagi ia sudah dibantah. Namun kali ini ia sudah memuncak dan dibantah secara terbuka oleh segenap lapisan masyarakat. Mungkin sebab dah lepas 6 tahun, iaitu satu generasi anak-anak pelajar Malaysia yang 'menikmati' 'kebijaksanaan' pelaksanaan dasar ini, iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Semalam saya turut sama berjalan bersama Gerakan Mansuh PPSMI (GMP), yang diketuai oleh golongan pendidik, akademik, bahasa dan sasterawan. Saya fikir orang-orang berstatus Professor, Professor Madya, Professor Emeritus ini arif sungguh dalam bidang yang mereka perjuangkan ini. iaitu isu BAHASA. Yakin saya mereka ini tidak perlu dipergunakan oleh sesiapa terutamanya parti-parti politik untuk menentang dasar pincang ini, namun semalam mereka turun ke jalanraya atas semangat demokrasi untuk menunjukkan betapa bencinya mereka kepada dasar ini.

Imbauan saya pada tentangan pada isu ini ialah kepada Naib Canselor pertama UTM, Tan Sri Ainuddin Wahid (yg saya sangat respek beliau sebagai seorang NC!!). Beliau datang ke UTM pada tahun 2002/2003 tak silap saya. Dalam satu forum anjuran Persatuan Kakitangan Awam UTM di sebuah dewan kuliah N24, kebetulan hari yg sama, Perdana Menteri ketika itu membuat lawatan rasmi ke UTM, Tan Sri Ainuddin menggesa mahasiswa bangkit menyatakan bantahan direct terhadap dasar ini kepada PM. Dan kesimpulan yang dibuat beliau yg masih saya ingat sampai sekarang, "Bahasa jiwa bangsa, hilang bahasa, hilanglah bangsa". Nampaknya bangsa ini akan hilang tak lama lagi jugalah, atas tangan mereka sendiri..

Perarakan ke Istana Negara bermula dari Masjid Negara akhirnya disuraikan dengan puluhan tembakan gas pemedih mata. Rasanya gas kali ni lebih power dan menyakitkan. Tak hujan pulak, kalau hujan berterusan dari awal perarakan, mungkin kesan gas ni tak begitu kuat. Selepas 2-3 round 'menikmati' udara tercemar yang menyakitkan ini, ternyata semangat pembantah masih kental...dan akhirnya saya fikir biarlah apa yg dikatakan oleh Sasterawan Negara, Dato A Samad Said itu terus diterjemahkan, "gunakan bahasa undi jika dasar PPSMI ini masih diteruskan"

Pembantah berjalan...

Pertahan bahasa ibunda, Melayu, Cina, India...

Macam reunion dengan kawan2 UTM lama plak...

Kesan gas pedih mata mula rasa..

Di hadapan Istana gas dilepaskan...


Semua terus ke Istana walaupun mata dah tak boleh buka...

Lagi tembakan

Berkepul asap tu, pedih jangan cerita la...

Asap gas makin banyak

Berjalan tanpa melihat....

0 comments: