Mar 8, 2009

bukan sin chan, tapi ILHAN

Itulah nama adik Insyirah, ILHAN BINTI MUTHANNA. Ilhan dalam Bahasa Arab bermaksud "cerdik dan memahami" atau "sangat cerdik". Banyak ustaz saya ta'kid kan maksud Ilhan ni melalui sms, dengan Ust Syarhan, Ust Farhan, Ust Fawwaz, Ust Tontowi dan tak lupe juge Ustazah Marwah mama hanin. Ada beberapa versi jawapan juga yang diterima, tapi akhirnya inilah nama yang kami pilih. Mudah-mudahan Ilhan membesar seperti namanya juga.

Sehari sebelum cukup 7 hari, Ilhan kena tahan wad, sebab kuningnya tinggi. So masa aqiqah Ilhan, ummi dan Ilhan tak ada sekali, tapi sekarang dah keluar walaupun masih perasan kuningnya sampai ke kaki. Kena kerja keras lah sikit kami nak turunkan kuning Ilhan. Jangan sampai Selasa ni Jururawat datang suruh cek darah lagi, kena masuk wad pula, kesian la adik.

Alhamdulillah beberapa tanggungjawab terhadap kelahiran anak kedua kami ini dapat diselesaikan segera. Cukup hari ketujuh, Ilhan diaqiqahkan dengan seekor kambing, dijamu orang makan, diberi nama yang baik, dicukur kepalanya. Seterusnya disedekahkan harta atas nilaian emas/perak timbangan rambut (ni belum lagi, yg Insyirah punye pun tak buat lagi), dikhitankan (ni pun belum lagi) dan akhirnya yang paling berat sekali adalah untuk membesarkan anak ini dengan acuan dan ajaran Islam yang sebenar-benarnya.

Daripada seorang anak, kini sudah menjadi dua. Banyak perkara perlu di'adjust' semula. Semua perlu disesuaikan selaras dengan tanggungjawab yang dah semakin bertambah. Keseronokan mendapat cahaya mata baru ni memanglah menambah kebahagiaan, tapi ia juga menuntut kebijaksanaan abi dan ummi dalam mengurus dan merencana proses pendidikan dan pembesaran anak-anak tersayang, Insyirah dan Ilhan.

Dengan semangat maulidurrasul SAW, sesuai sosok tubuh Nabi SAW itu sendiri dijadikan ikutan. Baginda bukan hanya seorang pemimpin masyarakat dan ummah, bahkan juga seorang suami, ayah, datuk yang hebat. Banyak kisahnya yang boleh dijadikan pengajaran. Bukan macam satu drama yg saya tonton semalam, lakonan M Rajoli (mungkin awal 90an, semua pelakon masih muda!) bertajuk Tuan Guru. Tuan Guru yg hebat 'berdakwah' dengan ajaran sesatnya, memimpin jemaah dan juga memimpin 4 orang isterinya. Tapi semua 4 isteri yg menanggung nafkahnya atas alasan untuk tabung jemaah dan jihad. Pastinya seorang suami dan ayah yg sibuk berdakwah di luar, mesti bijak mengurus masanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Buat Solah, kalau belum sunat, jangan berangan lebih-lebih :-)

Ilhan 3 hari dalam wad

Sembelih kambing untuk aqiqah Ilhan

Sahabat dan saudara makan kenduri aqiqah

Cukur kepala Ilhan

Ilhan dah gondol..

Lagi gambar Ilhan di sini

3 comments:

solahuddin the warrior said...

luahan hati yg sungguh bernasihat, heh, dr org yg sdg mengalami. hehe

p/s: Solah x tau berangan lg, Solah baru tau mamam water ball

muhaiminsulam said...

moga bertambah rezki...

UmyMah said...

assalam..sy ingin tahu bagaimana ejaan nama ilhan dalam bahasa arab?sbb sy juga berminat dgn nama ilhan ini untuk my baby..insyaAllah cume bertanya..terjumpa lak entry ni