Mar 27, 2009

Jom ke Bukit Gantang!!

Dalam satu ziarah saya menemani YB Pak Abu bulan lepas ke kematian seorang warga Hulu Kelang berbangsa Cina, kedatangan seorang wakil rakyat ke majlis itu tidak begitu dialu-alukan oleh saudara-mara si mati. Hanya setelah diperkenalkan oleh Ketua Kampung yg wakil rakyat Hulu Kelang ini bukan dari parti keris mahupun dacing, bahkan dari parti bulan, sambutannya berubah terus 180 darjah. Hmm nampaknye momentum sokongan selepas setahun masih memihak kepada pakatan walau seteruk mana serangan dilakukan.

Tapi yg saya nak ceritakan di sini adalah di tengah-tengah urusan penyerahan sumbangan dari kerajaan negeri untuk warga emas yg mati itu, beberapa orang Cina ini datang utk bersembang dengan YB Pak Abu. Mereka terus menyatakan sokongan mereka untuk pakatan walaupun ada yg merupakan ahli parti cina dan peng'infaq' tetap kepada bangunan parti cina itu.

Tapi yg paling menarik adalah bilamana mereka suruh YB meneka siapakah orang yg paling tepat utk memimpin pakatan sekiranya Anwar Ibrahim sudah tiada. Terus mereka menjawab.."NIZAR JAMALUDDIN", ya orang yg dalam foto di atas. Saya fikir ini adalah jawapan tulus dari org Cina yg kini melihat seorang pemimpin PAS sebagai seorang yg sangat berkarismatik untuk memimpin negara ini. Imej pelampau, militan dan sebagainya yg selama ini digambarkan kpd pimpinan PAS nyata sedikit demi sedikit sudah hilang dari persepsi masyarakat. Seorang teman pula menambah, Nizar lebih baik sebab dia lebih Islamik..

Dan InsyaAllah itulah calon PAS bagi Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang yg akan dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang yg baru pada 7 April 2009 ini. Ayuh kita bertolak ke Bukit Gantang malam ini untuk kita hantar Menteri Besar Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yg ke-3 ke Dewan Rakyat. Moga Allah beri pertolongan...

0 comments: