Apr 29, 2009

bertemu tokguru baba Abd Rahim

Di hujung2 pengajian saya di UTM dulu, saya 'tercampur' dengan sahabat2 yg kaki mengaji, kalau mengikut istilah Ustaz Farhan, golongan yg ketagih kuliah, sehari tak dengar kuliah boleh menggigil. Apapun ini rahmat yg Allah kurniakan yg membuka satu lembaran dan peluang baru dalam hidup saya. Itulah peluang untuk mendalami ilmu dan mengenali golongan ulama' dengan lebih dekat lagi.

Selesai latihan praktik di Kuala Lumpur selama satu semester, saya bersama teman2 mengaji ni ke Pasir Mas, Kelantan untuk mengaji pondok di sana. Kebetulan ketika tu Ramadhan menjelang tiba, jadi bukan sekadar dapat peluang mengaji pertama kali di pondok di Kelantan, tapi dapat juga merasai suasana Ramadhan di negeri Serambi Mekah itu.

Selama 2 minggu kami yg lebih kurang berbelas orang dari UTM memanfaatkan cuti semester untuk mengaji menadah kitab dari tok guru Baba Abd Rahim di balaisah beliau di Kg Aur Cina, Pasir Mas. Di sinilah saya mengenal kitab2 kuning, saya belajar kaedah talaqqi menadah kitab daripada alim ulama'. Di sini jugalah saya terdedah dengan kaedah2 ilmu Al-Asy'ariah, Al-Maturudiah dan beberapa disiplin ilmu Islam lagi. Yang mana selama ini saya kenali dan pelajari dari sisi dan aliran haraki dan kontemporari saja.

Pengalaman berpuasa di Kelantan juga suatu yg menarik bagi saya. Ditambah pula dengan title 'pelajar pondok' sudah cukup mendatangkan hormat di kalangan masyarakat di sana. Sehinggakan masyarakat di sana perlu menempah mengikut giliran untuk menjemput kami ke rumah mereka untuk berbuka puasa setiap hari. Selain pengajian yg diperoleh, yg paling saya tak lupa ialah gulai kawah, hmm memang sedap!!

Semalam saya menziarahi Baba Abd Rahim di Saujana Utama, Sg Buloh. Kebetulan beliau mengajar di sekitar Sg Buloh selama seminggu setiap bulan, jadi saya bawa bersama ummi, Insyirah dan Ilhan untuk menziarahi beliau. Tokguru saya itu masih seperti 5 tahun lepas, cuma nampak keletihan sikit. Saja nak berjumpa dan perkenalkan dengan keluarga saya, walaupun akhirnya Insyirah yg dah sedia berbaju kurung dan bertudung nk berjumpa tokguru abinya tertidur kepenatan di depan tokguru Baba.

Dan baba menyebut nama2 teman yg masih dalam ingatannya seperti Syukor dan Rizal Mahyudin yg selalu menghubunginya. Dan yg lain yg dalam ingatannya ialah Ahmad Sanek, Rizal Ghazali, tak lupa juga Ridwanto, adapun saya ni taklah selalu bertanya semasa mengaji dulu, tapi mungkin atas sifat baba mengingati ayah, maka saya pun dia ingat dan akhirnya dapat bertemu semalam.

Dari sini jugalah saya akhirnya pada semester akhir (masa tengah sibuk2 buat thesis final projek tu) 'tersibuk' juga dengan program Kolokium Ilmu di Masjid UTM, iaitu program seminggu bersama ulama' hebat, Syeikh Nuruddin Marbu. Yang saya dan Rizal Ghazali percaya dengan berkat ulama' inilah projek final semester kami berjaya diselesaikan (mudah2an). Itulah sedikit coretan pengalaman saya bersama geng2 mengaji dan pengalaman pertama menadah ilmu daripada ulama'. Dan sepanjang perjalanan pulang selepas menziarahi Baba Abd Rahim semalam, tidak henti saya berkongsi cerita dengan ummi tentang pengalaman ini di kala anak2 dah tertidur kepenatan...

1 comments:

alayyubi said...

salam.
muthanna, lama tak jumpa baba rahim. TQ posting dgn tulisan itu. mengingatkan kembali pengajian dan program bertalaqqi. salam perjuangan.

miji.