Apr 27, 2009

bolasepak Malaysia

Sabtu lalu pasukan bola sepak Selangor menang final Piala FA di Stadium Bukit Jalil. Sebetulnya saya bukanlah seorang penyokong setia pasukan Merah Kuning ini, walaupun seorang anak kelahiran Selangor. Perasaan ingin menyokong Selangor hanya mula ada masa belajar di universiti, iyelah dah jumpa kawan2 dari negeri2 lain, terasa la nak menyokong negeri kelahiran.

Tidak juga saya mengikuti perlawanan Liga Malaysia sejak prestasi bolasepak negara ini mula menurun. Entah memang tiada tarikan untuk menonton, apatah lagi nak mengikuti perkembangan semasa. Sekadar membaca keputusan2 yg kadangkala menang, kadangkala kalah teruk di saingan kelayakan piala dunia, piala asia mahupun sukan sea. Sepanjang ingatan saya, semasa bolasepak Malaysia di era semi-pro sekitar awal 90-an dulu saya lebih mengikuti perkembangan Liga Semi-Pro Malaysia dengan penuh minat.

Pada masa itu juga saya bukan penyokong setia mana-mana pasukan. Saya pernah menyokong pasukan Kuala Lumpur, Kedah dan juga Singapura. Ada juga pemain-pemain dalam liga semi-pro ni, tak kira pemain tempatan ataupun pemain import yang pernah saya minati, lebih kurang sama hebat dengan pemain-pemain Liga Perdana Inggeris yg saya tonton sekarang. Adapun pasukan Selangor ketika itu tidaklah mendapat sokongan saya, mungkin sebabnya sama seperti apa yg seorang teman sebut malam Sabtu lalu ketika dia meraikan Kelantan menjaringkan gol pertama perlawanan apabila saya pertikaikan beliau bersorak gol tersebut, "aku tak sokong Selangor, sebab Selangor ni menang sikit je, riuh macam menang Piala Dunia!". Saya jawab, abis tu pasal apa duk tinggal kat Selangor, selamber je dia jawab, aku duk kat bumi Tuhan...habis dah aku!!

Sepatutnya saya ke Stadium malam tu, tengok live sebab tiket yg disponsor oleh YB ADUN melalui Majlis Sukan Negeri pun dah ada kat tangan. Tapi rasa malas nak bersesak2 kat sana, jadi saya serahkan tiket tu pada seorang teman. Kebetulan sahabat ni nama dia Wan, org Kelantan la maksudnye. Cepat2 saya bagitahu, "ini tiket kuota Selangor tau, kau jangan masuk penyokong Kelantan lak!!". Dia terus jawab, aku lahir kat Selangor, kampung je Kelantan, mesti aku sokong Selangor.

Tapi melalui TV saya tengok stadium penuh dengan kedua-dua penyokong. Dan permainan malam tu juga agak menarik untuk ditonton. Namun masih banyak lagi yg boleh diperbaiki sama ada dari pasukan2 yg bertanding, pemain2 yg beraksi, jurulatih2 yg melatih, pengurus2 yg mengurus dan juga persatuan2 bolasepak negeri dan FAM bagi meningkatkan lagi mutu bolasepak negara. Barulah sekurang-kurangnya menjelang hujung minggu, peminat bolasepak akan berkira-kira untuk menonton bolasepak Liga Malaysia ataupun Liga Perdana Inggeris!!

0 comments: