May 8, 2009

Alif mim nun wau..alif tendang wau = SARKIS

Tiada yg lebih menyakitkan hati dan menyedihkan selain daripada mengikuti perkembangan persidangan sidang DUN Negeri Perak siang tadi. Saya mengikuti satu persatu kejadian yg berlaku melalui malaysiakini, thestar online dan blog YB Khalil Idham Lim. Tiada istilah yg lebih tepat lagi nak digambarkan selain daripada persidangan tu umpama sebuah pertunjukan sarkis. Bahkan binatang-binatang dalam sarkis pun tahu peraturan-peraturan yg perlu dipatuhi.

Salut dan hormat saya kepada semua ahli dewan Pakatan dan terutamanya kepada Tuan Speaker, Sivakumar atas perjuangan hebat mereka mempertahankan hak dan mandat yang diberikan rakyat kepada mereka sepanjang sidang dewan siang tadi.

Tapi sidang DUN ini langsung tak mengikut peraturan-peraturan tetap sesebuah persidangan dun. Sekurang-kurangnya speaker yang dilantik secara sah itu perlu dihormati. Jika speaker menggunakan kuasanya melalui peraturan tetap dewan untuk menolak sesebuah usul, mengapa usul itu perlu dibentang dan diminta sokongan daripada ahli dewan lagi? Cuba kita bayangkan sekiranya ahli parlimen pembangkang cuba membawa satu usul di Dewan Rakyat, dan kebiasaannya akan ditolak oleh Pandikar Amin Mulia itu, adakah pernah berlaku ahli parlimen pembangkang itu membentangkan juga usul itu? Tiada!! Itu yang dinamakan mengikut peraturan, speaker mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak sesuatu usul. Tapi di Perak ni memang satu pertunjukan sarkis yang disajikan, sehingga speaker yang sah itu diseret dan diheret bagai seorang penjenayah!!

Dalam tempoh lebih 6 jam pergelutan berlaku untuk membuang speaker yg sah itu, saya tak tahu apa yang difikirkan oleh raja muda perak yang sedang menunggu untuk masuk ke dalam dewan bagi menyampaikan titah ucapan beliau. Adakah dia berasa malu dengan apa yg berlaku? Adakah dia terfikir mengapa perkara sebegini terjadi di negeri beliau? Adakah dia terfikir juga apa pula pandangan sama ada dalam negeri dan luar negeri terhadap kejadian ini? Atau adakah ada terdetik dalam hatinya, "..adakah dengan membubarkan dun adalah jalan penyelesaiannya??". Namun bagi saya dan mungkin kebanyakan pemerhati kejadian ini, ini adalah persoalan yang pasti terlintas sepanjang pergelutan yang seakan tiada kesudahannya siang tadi.

Namun bagi yang mungkin tidak minat dengan politik, mahupun yg langsung tak ambil pot dengan apa yg berlaku siang tadi. Mungkin dengan fikiran, "apelah diorang ni sibuk2 bergaduh2 mcm budak2, buat malu je". Perlu diingat bahawa krisis politik dan perundangan di perak ini dicetuskan oleh pihak yg merampas kuasa. Cuba kalau tidak berlaku sebarang rampasan kuasa seperti yg berlaku hari ini, semua rakyat perak mahupun malaysia boleh hidup dengan tenang tanpa sebarang konflik yg sebegini hebat. Lihat di Selangor, di Kedah, di Penang dan di Kelantan, semuanya berjalan dengan baik walaupun parti dacing tidak memerintah negeri. Tetapi di Perak, lain jadinya kerana parti dacing dan parti keris mabuk kuasa hingga menyusahkan hidup rakyat. Itu saja puncanya!!

Dan akhirnya, ini bukan pandangan yang bersikap assobiyyah perkauman, tetapi speaker baru yg dilantik oleh parti dacing boleh pula dari kalangan bukan melayu. Padahal diimbas kembali setahun yg lalu, ketika speaker perak dilantik dari orang bukan melayu, habis riuh satu negara atas pelantikan ini. Maknanya sejak perubahan kerajaan di perak ini kepada Pakatan, sekurang-kurangnya masyarakat sudah membuka mata dan pandangannya tidak lagi dibuat atas sentimen perkauman sahaja, dan ini hakikat yg terpaksa diakui oleh parti dacing apabila melantik speaker juga bukan dari kalangan bukan melayu. Bukankah ini satu kejayaan Pakatan dalam mengubah minda dan perspektif masyarakat Malaysia?

Nampaknya PM kita perlu belajar daripada kejayaan kerajaan Pakatan negeri Perak yg lebih dulu merealisasikan "OneMalaysia" nya itu terus kepada tindakan dan bukan semata-mata slogan retorik. Jika tidak teruslah parti keris itu sepertimana dialog filem P.Ramlee, Pendekar Bujang Lapok, "alif mim nun wau..alif tendang wau...sarkis!!"

0 comments: