May 12, 2009

Berapa dah score di Perak sekarang ni..

Beberapa hari lepas semasa sidang dun sarkis itu, ahli-ahli dewan ada yang mengangkat tangan speaker yg baru dilantik tanda kemenangan dan tanda kegembiraan. Dan sidang sarkis itu ditangguhkan ke satu tarikh yg lain dengan perkiraan kemenangan total dalam rampasan kuasa di Perak sudah diperolehi.

Mana tahu semalam mahkamah tinggi memutuskan Nizar Jamaluddin adalah yang berhak dan yg benar sebagai MB Perak, bukan yg merampas kuasa hari ini. Seorang teman bertanya macam mana Nizar boleh menang. Saya jawab kalau diikuti hujah kukuh yg dibawa Nizar dalam kes mahkamah itu, memang kes ini adalah terlalu straight forward, bagi saya seorang layman dalam bidang perundangan. Iaitu; 1) Nizar tidak meletak jawatan sebagai MB, 2) Tiada undi tidak percaya di dalam sidang dun (yg bukan sidang dun sarkis) dan hujah ketiga saya tak ingat pula. Oleh itu sememangnya jelas cara rampasan kuasa ini tidak dijalankan menurut undang-undang, oh lupa pula yg mereka ni memang tak hormat undang-undang.

Yang menariknya, berita ini sampai ke pengetahuan saya ketika saya berada di tengah KL dan dihubungi seorang teman Cina yg baru saya kenal beberapa hari atas urusan bersama Pak Abu di Hulu Kelang. Beliau begitu bersemangat memberitahu keputusan ini..."breaking news, breaking news, we won" begitulah seadanya. Juga selepas itu seorang yg juga baru saya kenal, dari Kesatuan Pekerja2 Zoo Negara juga menghubungi saya memberitahu keputusan ini. Nampaknya makin bertambah kenalan saya atas urusan2 bersama Pak Abu (tapi ni semua urusan khidmat masyarakat ya, seposen pun takde urusan bisnes) yg semuanya begitu bersemangat dan teruja untuk melihat parti dacing dan keris berkubur selepas ini.

Selepas keputusan ini, saya pun tak tahu lagi apa yg akan terjadi di Perak selagi dewan undangan tidak dibubarkan untuk memberi pilihan kepada rakyat Perak membuat keputusan siapa yg mereka mahu terajui kerajaan negeri. Perampas kuasa pasti tegar ingin mengekalkan kedudukan mereka yg baru sedikit kukuh selepas sidang dun sarkis baru-baru ini, kalau tidak jadilah mereka sejarah sebagai MB dan ahli exco yg paling pendek umurnya, tak sampai 100 hari, betul ke? Saya pun tak tahu kalau ada lagi sejarah yg lebih pendek sebelum ini.

Entah banyak kemungkinan boleh berlaku kalau nak difikirkan. Doa sajalah agar perkenan untuk pembubaran dun diberikan oleh sultan Perak. Biar rakyat Perak tentukan, tak usah menyusahkan lagi hidup rakyat Perak dan rakyat Malaysia seluruhnya dengan krisis2 perundangan dan pentadbiran yg tak sudah2. Kata beriya-iya nak OneMalaysia???

0 comments: