May 28, 2009

Bermusuh sebenar-benarnya dengan Israel Zionis

"Bila bermusuh kita buat cara bermusuh yang sebenar-benarnya". Pesan Ustaz Tantawi dalam satu forum perdana Sempena 61 Tahun Nakba Palestin di ruang utama Masjid Ridhuan yang penuh dengan hadirin pada minggu lepas. Forum turut disertai Ustaz Nik Abduh dan Ustaz Azman Shapawi dengan Ustaz Riduan Md Nor sebagai pengerusi.

Ruang dewan utama masjid penuh dengan jemaah

Hampir 5 bulan selepas serangan ganas Israel ke atas Ghazza, dunia agak sepi dengan isu-isu Palestin. Yang ada mungkin hanya kumpulan-kumpulan fokus tertentu yang sememangnya maudhu' perjuangannya adalah isu Palestin yang terus menyemarakkan isu Palestin di kalangan masyarakat dunia. Dan Mei 2009 telah genap 61 tahun peristiwa Nakba Palestin, sekurang-kurangnya masyarakat disegarkan semula dengan isu Palestin. Peristiwa tahun 1948 itu telah meragut ribuan nyawa, ribuan juga kehilangan tempat tinggal dan lebih 200 buah masjid dirobohkan atau dijadikan kelab malam.

Saya petik kenyataan Pengarah Palestine Centre of Excellence, Dr Hafidzi Md Noor:
Kebetulan bulan Mei ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 61. Peristiwa Nakbah atau ‘Malapetaka besar’ dalam Bahasa Arab secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengistiharan Negara haram Israel pada 15 Mei atau disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan ‘War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan) ke atas wilayah Palestin yang mereka rampas dan kuasai dengan cara-cara penuh biadap dan kebinatangan. Apa yang berlaku, Negara Israel yang diistiharkan pada 15 Mei 1948 itu adalah kemuncak kepada penderitaan rakyat Palestin yang diusir dan terdedah kepada aksi-aksi terorisme, gerombolan bersenjata Yahudi yang di bekalkan oleh penjajah British.. Maka peristiwa Nakbah merujuk kepada pengusiran 800,000 rakyat Palestin dari rumah dan kampong halaman mereka lalu mencari perlindungan di wilayah sempadan Syria,. Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza
Bila kita bercakap soal bermusuh dengan Yahudi Israel ini, saya hanya fikir untuk terus memboikot produk-produk Amerika dan Israel yang menyokong gerakan Zionis. Saya kira tindakan boikot yang sejak serangan ke atas Ghazza awal tahun ini digiatkan lagi sebenarnya telah memberi kesan yang tidak sedikit ke atas produk-produk ini.

Kalau diperhatikan syarikat makanan segera terkemuka antara yang sudah mula terkena kesan boikot ini. Kalau pada awal kempen boikot ini, setiap hari kenyataan dikeluarkan di suratkhabar untuk menafikan sokongan terhadap Zionis. Dan hari ini saya lihat iklan2 dan promosi penurunan harga jualan semakin rancak dilakukan. Daripada harga asal untuk satu hidangan bernilai hampir RM10, kini hanya RM5 boleh dinikmati hidangan tersebut. Pasti hebat kesan boikot ini kepada mereka hingga sebegitu banyak potongan harga terpaksa dilakukan.

Sebetulnya boikot ini seawal tahun 2000 sudah dilancarkan ketika gerakan Intifadhah bermula di Palestin. Seruan boikot ini sudah disahut ketika itu dan kembali digerakkan pada awal tahun ini. Kita pasti tidak lupa dengan fatwa Syeikh Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi yg menyebut, "setiap ringgit yang dibelanjakan untuk produk Amerika/Israel, sama dengan sebutir peluru yg dibeli untuk menembak pejuang2 Palestin".

Kata Ustaz Tantawi, jika tidak cukup kuat fatwa itu, cuba kita bayang, "setiap ringgit yang dibelanjakan bererti kita memberi duit untuk membeli bom untuk dilepaskan kepada As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin", juga, "setiap ringgit yang dibelanjakan bererti kita memberi duit untuk membeli bom untuk dilepaskan kepada As-Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi".

Dan kata Ustaz Sallehuddin pula, kepada perokok-perokok yg mungkin tidak mengerti makna merokok itu satu pembaziran, teruskan merokok dan sedut semua asap2 rokok jangan dihembuskan dan telan semua abu2 dan putung sebagai tanda anda tidak membazir dan menyokong terus Israel dengan pembelian rokok setiap hari tanpa henti.

Yang menjadikan Yahudi laknat ini beriya untuk meruntuhkan Masjid Aqsa pada hari ini adalah atas aqidah mereka bahawa di bawah binaan Masjid Aqsa itu 'tersembunyi' bekas/bakul yang digunakan untuk menyimpan Nabi Musa a.s semasa dihanyutkan oleh ibunya sehingga singgah di Istana Firaun. Dan aqidah mereka juga menyatakan dengan tertemunya bekas ini akan membuatkan mereka menguasai dunia. Agak pelik juga bagaimana mereka boleh menganggap bekas tersebut ada di bawah binaan Masjid Aqsa.

وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ لِمَ تُؤْذُونَنِي وَقَد تَّعْلَمُونَ أَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ فَلَمَّا زَاغُوا أَزَاغَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ 
Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, mengapa kamu menyakitiku, sedangkan kamu mengetahui bahwa sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu?" Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka; dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang fasik
.(As-Saff:5)

1 comments:

Che Ahmad said...

http://cheahmad.blogspot.com/