May 22, 2009

Seribu satu alasan

Dalam pertemuan meja bulat (walaupun yg ada hanya meja empat segi) sebentar tadi, ada satu ucapan pengerusi majlis yg menarik minat dan mengimbau kenangan lama saya. Kebetulan pengerusi majlis itu orang Kedah dan banyak bergiat di Kedah sebelum ini, makanya banyaklah pengalaman beliau di Kedah yg dikongsikan bersama hadirin.

Katanya kita di Gombak ni Alhamdulillah diberi kemudahan oleh Allah untuk bergerak. Dari satu kawasan DUN ke kawasan DUN perjalanannya begitu mudah, sebabnya adalah Lebuhraya MRR2 yg takde tol menjadi laluan penghubung. Perjalanan dari Batu Caves ke Gombak Setia melangkau ke Hulu Kelang menjadi begitu cepat dan pendek perjalanannya. Kalau setakat 5-10 minit sebelum program memang tak ada masalah nak sampai.

Berbanding katanya di kawasan yg diberi contoh di Tanjung Malim tak salah, jarak perjalanan yg begitu jauh dari satu tempat ke satu tempat untuk berprogram. Masuk Felda dan sebagainya yg pastinya memakan masa perjalanan yg banyak hanya untuk menghadiri program di dalam kawasan yg sama.

Oleh itu atas kemudahan ini sepatutnya tiada alasan2 keuzuran yg bukan2 daripada menghadiri sesuatu program. Dan pada masa yg sama pengerusi majlis menghebahkan program2 terdekat yg memerlukan bantuan dan kehadiran daripada hadirin sebentar tadi. (kira serampang 2 mata la pengerusi ni)

Apapun yg mengimbau kenangan lama saya adalah ketika saya berhijrah ke Kedah kira-kira 4 tahun lalu semasa aktif bersama sahabat2 di Padang Serai. Secara demografinya Padang Serai ini terbahagi kepada 2 DUN, yg pertama ialah Lunas yg lebih bersifat bandar (di sini saya tinggal dan terletak kilang2 industri tempat saya bekerja) dan yg kedua ialah Merbau Pulas yg sifatnya adalah kampung.

Maka apabila ada saja program di kawasan Merbau Pulas, kecut perut juga nak menghadirkan diri. Sebabnya bila mengingatkan perjalanan ke sana sama ada ke Labu Besar, Bikan, Sg. Kob, Tmn Mutiara mahupun Desa Aman, jika tidak menggunakan jalan yg bersimpang siur di celah ladang kelapa sawit tebal yg 'gelap gelemat' dengan macam2 peristiwa yg diceriterakan kepada saya, alternatif lain adalah jalan 'lebuhraya' menuju ke Baling dan Kuala Ketil yg juga sentiasa membuatkan saya sentiasa memecut laju (untuk cepat sampai ke destinasi ataupun balik ke rumah).

Dan sifatnya program di sana adalah pada waktu malam selepas Isya' dan selagi jam belum sampai ke pukul 12 malam, jangan harap la nak balik awal. Itupun saya memandu kereta, banyak lagi sahabat2 di sana bahkan ada juga muslimat2 otai yg sekadar menunggang motosikal menempuh laluan yg saya gambarkan tadi di tengah larut malam. Hebat sungguh mereka ni. Saya? Tahanla 2 tahun kat sana, lepas tu pindah Selangor-KL, hehe dasar orang bandar!! Sekadar mengimbau kenangan bersama sahabat2 di Padang Serai...

Namun itulah realiti kehidupan yg telah dipilih. Kisah Sirah sahabat Rasulullah, Ka'ab bin Malik dan 2 orang sahabat yg tidak berangkat ke medan peperangan Tabuk sewajarnya menjadi pengajaran kepada kita tentang alasan2 yg boleh kita fikir dan cipta untuk menguzurkan diri. Moga ia menjadi peringatan kepada saya dan sahabat2 yg lain...

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انفِرُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الأَرْضِ أَرَضِيتُم بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الآخِرَةِ إِلاَّ قَلِيلٌ 
Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit

إِلاَّ تَنفِرُواْ يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلاَ تَضُرُّوهُ شَيْئًا وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ 
Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepada-Nya sedikit pun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu
(At-Taubah:38-39)

0 comments: