Jun 22, 2009

menghormati tamu itu tanda beriman

Kebiasaan adat dan adab kesopanan seseorang apatah lagi seorang Muslim itu adalah apabila menerima tetamu ke rumah, pasti akan dilayan dengan baik. Apatah lagi apabila yg datang itu adalah seorang pemimpin.

Kebiasaannya juga tuan rumah akan menghidangkan sedikit minuman dan makanan sebagai tanda meraikan tetamu. Atau sekiranya tetamu itu mendesak supaya tidak menghidangkan apa2 kerana mungkin kesuntukan masa atau baru saja minum di luar, barulah tuan rumah tidak menyediakan apa2.

Jarang pula berlaku tuan rumah tidak menyediakan minuman kepada tamunya dan berkata kepada tamunya, "minta maaf, saya tak boleh sediakan minuman kepada tuan kerana duit saya ini untuk kegunaan rumah dan keluarga saya sahaja..."

Tetapi inilah yg berlaku kira-kira setahun lepas. Ketika itu saya bersama ayahanda Pak Abu ke satu majlis dialog di sebuah surau di dalam DUN Hulu Kelang. Dialog itu diadakan selepas solat Maghrib di ruang utama surau tersebut. Agendanya adalah untuk 'membuat tuntutan politik' kepada wakil rakyat yg baru dilantik di kawasan itu.

Selain tuntutan2 terhadap kandungan manifesto pilihanraya yang masih belum tertunai (ketika itu Pakatan baru menerajui pentadbiran Selangor selama 3 bulan!!) tuntutan juga adalah terhadap pembaikan infrastruktur dan kemudahan awam di kawasan perumahan dan surau tersebut yg sudah berpuluh tahun tidak diselesaikan oleh pentadbiran terdahulu.

Jelas sekali nada permintaan pada malam tersebut amat berbaur politik serta cuba menjatuhkan kredibiliti wakil rakyat yg baru dilantik itu. Manakan tidak, jawatankuasa surau tersebut semuanya bertaraf otai2 berlevel atuk saya yg karat berdengung cap dacing dan kerisnya. Nampak seperti mereka hendak mengenakan ayahanda Pak Abu yg bertaraf anak di kalangan mereka.

Selesai tuntutan dinyatakan dan jawapbalas diberikan oleh YB, di penghujung majlis itu pengerusi majlis mengumumkan, "malam ni kita tak sediakan apa2 jamuan atau minuman, sebab duit peruntukan surau ni hanya digunakan untuk kegunaan dan program2 surau, harap maklum". Hebat dan beradab sungguh bukan?

Banyak juga mulut2 jemaah surau yg tidak berpuas hati dengan keputusan dan layanan yg diberikan kepada seorang tetamu dan seorang pemimpin masyarakat, bahkan ada yg sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk sedikit jamuan sekiranya surau benar2 tidak mahu melayan tetamu yg diundang itu. Begitulah berbudi dan berbahasanya masyarakat kita dalam melayan tetamu dek hanya perbezaan pandangan politik.

Yang membuat saya terimbau kenangan pahit ini adalah kerana minggu lepas sekali lagi kami turun untuk majlis berbuka puasa di surau itu. Sekadar majlis berbuka puasa yang hidangan dan kelengkapannya dibawa sendiri oleh pejabat YB, kemudian solat maghrib dan majlis bersurai. Itupun dalam jawapan balas surat pengerusi surau kepada pejabat YB, "jangan berpolitik di dalam surau, hormati hati dan perasaan penduduk setempat, pastikan kebersihan tempat dan peralatan" dan beberapa item lagi yang diberikan peringatan awal sebelum majlis bermula, sungguh tinggi prejudis mereka kepada org yg berbeza fahaman politik dengan mereka.

Anak pak imam, Saad yg OKU itu dengan bengangnya menyatakan kepada saya akan kandungan surat itu sebagai "kuang ajar kan??" Takpelah Saad, orang dah tak suka tetamu datang nak buat macam mana.

Walaubagaimanapun seingat saya inilah tempat dengan pengalaman paling buruk dalam meladeni tetamu di dalam DUN Hulu Kelang. Tempat2 lain yg rata2nya juga masih berbeza pandangan politik pun masih boleh menghormati tetamu atas dasar sesama Islam. Orang kafir Quraish semasa jahiliah pun apabila didatangi tetamu akan melayani tetamu itu tanpa soal selama 3 hari, hanya selepas hari ketiga mereka akan bertanya tujuan dan arahala tetamu itu.

Dalam kitab Hadith 40 Imam Nawawi di dalam Hadith yang ke-15 bermaksud:-
Dari Abu Hurayrah radiyallahu 'anh bahawa Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam bersabda: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia muliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia muliakan tamunya. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Sedikit syarah hadith ini yg saya nak petik, "Memuliakan tetamu adalah salah satu dari kesopanan Islam dan menjadi budi pekerti Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam dan baginda pada hadith tersebut telah menegaskan hubungan keimanan dengan memuliakan tetamu itu.

Memuliakan tetamu bererti melakukan kebaikan kepadanya sebagai orang yg datang, dan melayaninya dengan cara yg sopan sesuai dengan keadaannya serta memberikan jamuan menurut kadar yg dapat disediakan"

Moga Allah pelihara kita dan seterusnya tergolong dalam kalangan yg beriman atas tuntutan memuliakan tetamu dan tidak atas perbezaan fahaman politik yg menghalang kita untuk memuliakan tamu, Insya-Allah...

5 comments:

Urwah Saari said...

Pedih hati dan geram. Namun hakikatnya dakwah kita dibuktikan dengan akhlak dan taqwa. Biarlah prestasi kita menenggelamkan keegoaan saki-baki picisan dlm masyarakat ini.

muhammad said...

sabar lah muth
memang begitu kalau sudah pekatnya
apa pun teruskan dakwah ko
ko memang hebat

ridwanto

Afyan said...

Chit... memang kepala karat bedengung kelabu asap hampeh lagi menghampehkan totok umno nak mampus tak sedor diri..

Sori, terover.

ummu umar said...

syabas na! ako suka tulisan ni. Padat, tepat dan berhikmah! Teruskan menulis..

Muthanna Saari said...

Terima kasih atas komen...
Nampaknye pengerusi surau terus bermain api dan mencari pasal..hal remeh sampah bersepah dek anjing/kucing cuba diperbesar..berkira betul dengan setiap inci 'kesilapan' wakil rakyat

Mungkin ada benar kata afyan...nak mam**s tak sedor diri :)