Jun 9, 2009

syura lebih kuat

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ 
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.
(Ali Imran:159)

Tuntutan untuk berbincang dan bermusyawarah di dalam menentukan sesuatu keputusan adalah tuntutan yg jelas disebut di dalam Al-Quran. Amalan syura adalah satu amalan yg menjadi prinsip di dalam menentu dan membuat sesuatu keputusan di dalam Islam.

Amalan syura dan bermesyuarat kini sudah bersebati di dalam mana-mana organisasi dalam menentukan sesuatu keputusan. Dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara yg melibatkan dasar sesuatu organisasi itu pastinya dimusyawarahkan terlebih dahulu.

Kerana di sana ada hikmah dan keberkatan yang bakal dikecapi sekiranya sesuatu perkara itu diputuskan secara syura dan jama'ie berbanding keputusan bersendiri. Teringat saya Ustaz Ismail Mustari di UTM ketika menyampai sebuah kuliah, "hatta nak beli kereta pun ana call ayah ana untuk minta pandangan/beri makluman..padahal apalah perlu dah besar begini pun masih perlu maklum pada ayah"

Dan sebaik kita bersetuju mengambil syura sebagai amalan di dalam berorganisasi, maka aturan dan adab bermusyawarah juga perlu ditekuni. Seringkali berlaku apabila ditetapkan sesuatu mesyuarat itu pada sekian waktu, tetapi terpaksa bermula lewat daripada yg ditetapkan. Keterikatan kita kepada waktu mula musyawarah yg longgar sebenarnya membuka ruang2 lompang lain lagi di dalam perjalanan syura tersebut seterusnya.

Penentuan agenda musyawarah dan fokus yg baik bagi setiap ahli syura juga adalah suatu syarat kepada kejayaan sesuatu musyawarah tersebut. Jika perkara ini tidak dititikberatkan, maka musyawarah tersebut akan menjadi kurang efektif dan dikhuatiri tiada keputusan yg bakal dicapai. Akhirnya musyawarah berakhir begitu saja dan ahli syura pulang tanpa sebarang direction mahupun sebarang tindakan yg perlu dilaksanakan.

Maka kedudukan pengerusi kepada syura tersebut adalah penting. Pengerusi adalah pihak yg sepatutnya mengawal perjalanan musyawarah. Tiada musyawarah dalam musyawarah, ini pastinya menyakitkan hati kerana ahli syura tidak fokus kepada perbincangan. Namun kedudukan ini tidaklah membuatkan seseorang pengerusi itu terlalu berkuasa untuk mengimposekan sesuatu keputusan walaupun mendapat bantahan besar ahli syura.

Dan di akhirnya apabila sesuatu keputusan syura sudah dibuat, tiada siapa yg berhak atau layak untuk meminda keputusan tersebut sesuka hati tanpa mendapat persetujuan ahli-ahli syura sebelumnya. Kerana walaubagaimanapun keputusan tersebut, ia tetap sudah disyurakan dan syura pasti ada keberkatan padanya.

Untuk kes ini, Tok Guru Mursyidul Am telah menegaskan yg beliau tidak suka meminda keputusan muktamar tahun lalu yg bersetuju untuk memperteguhkan Pakatan Rakyat. Full stop. Dan yg terkini, 'gegak gempita' kerajaan perpaduan (yg dibaca oleh tv3 sebagai kerajaan campuran) sebenarnya tiada dalam ucapan dasar Tok Guru Presiden. Jadi apa yg nak dihebohkan, syura muktamar tahun lalu masih digunapakai, syura muktamar baru2 ni pun jelas dan langsung tak menyebut apa yg dihebohkan itu.

Jadi seperti yg CikguPa seru hari ini adalah suatu yg patut dan keputusan sebesar ini yg melibatkan dasar tidak akan ditentukan oleh lontaran idea seseorang. Pastinya akan ada muktamar khas bagi menjalankan prinsip syura sekiranya benar2 idea kerajaan perpaduan ini betul2 hendak dilaksanakan (yg pasti ada pelbagai pandangan pro dan kontra daripada muktamirin).

Dan akhirnya syuralah yg akan menentukan, apa yg nak dirisaukan, betapa pentingnya prinsip ini di dalam Islam sehingga Allah menamakan surah ke 42 di dalam Al-Quran dengan nama As-Syuraa.

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ 
Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan salat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(
As-Syura:38
)

0 comments: