Jul 28, 2009

AYUH KE HIMPUNAN MANSUH ISA 1 OGOS 2009


Momentum ke Perhimpunan MANSUH ISA pada 1 Ogos 2009 ini semakin memuncak. Selepas kejayaan Himpunan BERSIH pada November 2007 dan Himpunan PPSMI pada Februari 2009 berjaya dari segi angka kehadiran dan kesan politiknya, himpunan MANSUH ISA kini dipertaruhkan untuk jangkahayat akta celaka ISA ini.

Sempena ulangtahunnya yg ke-49 pada 1 Ogos ini, akta celaka ISA ini semakin dituntut pemansuhannya. Bagaimanapun ada pula golongan-golongan yg masih tegar menuntut akta celaka ini dikekalkan.

Natijahnya mereka juga hendak berhimpun menyatakan sokongan kepada kecelakaan akta ini. Apa itu pewaris? perkasa? pribumi? semuanya secara tiba-tiba memilih tarikh 1 Ogos 2009 ini untuk sama berhimpun. Dan secara tiba-tiba tempat ditujunya juga ke Istana Negara untuk penyerahan memorandum. Secara tiba-tiba juga masa berhimpun ditukar dari jam 11 pagi ke 2 petang. Betul-betul tepat atas perancangan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menganjurkan perhimpunan ini.

Terang dan jelas bahawa GMI terlebih awal menyatakan hasrat untuk berhimpun membantah akta celaka ini. Terlebih tepat lagi tarikhnya sudah dihebah dan diwar-warkan akan berlaku pada 1 Ogos 2009, ia berlaku berbulan-bulan menjelang tarikh ini. Kerahan sudah dibuat, hebahan sudah disebarkan, pencinta keadilan dan pembenci kezaliman ISA semua sudah maklum akan tarikh, masa, lokasi dan tujuan himpunan ini.

Dan sekali lagi secara tiba-tiba puak-puak penyokong akta celaka ini ingin berhimpun sama. Hendak berhimpun? himpunlah, tapi carilah tarikh dan masa yg lain. Apa perlu dipilih tarikh yg sama, destinasi yg sama dan terkini masa berhimpun yg sama? Dan kenyataan-kenyataan mereka yg ingin menunjukkan kekuatan mereka yg menyokong akta celaka ini adalah suatu yg meragukan. Tambahan pula dibawanya persatuan silat, apakah tujuan sebenar mereka bertembung tarikh, destinasi dan masa himpunan mereka??

Dan syarat untuk mereka membatalkan himpunan mereka adalah jika GMI juga membatalkan himpunan MANSUH. Apa punya 'cerdik' syarat yg dikenakan, nampak jelas tindakan mereka ini hanya berniat untuk membuat kekacauan. "Kami himpun untuk tunjuk kami juga kuat dan hebat. Kami boleh batal jika anda juga batal"

Sanjung saya pada penganjur yg telah menyebarkan panduan himpunan ini termasuk antaranya untuk mengelakkan pertembungan dan provokasi daripada pihak yg menyokong akta celaka ini. Mudah-mudahan himpunan ini berjalan dengan baik dan semuanya dilindungi Allah, Insya-Allah. Gangguan gas pemedih mata dan water cannon adalah biasa, namun jika ada (wal'iyazubillah) gangguan daripada puak-puak pro akta celaka ini, mohon dihindarkan.

Seruan akhir, AYUH KITA KE HIMPUNAN MANSUH ISA 1 OGOS 2009!!

0 comments: