Jul 15, 2009

bersatu atau celaru?


Memetik sedikit kandungan booklet 'Wehdatul Fikri Asas Kecemerlangan Jamaah' oleh Drs Syed Mohamed Syed Hassan:

1. Kerja dan usaha mewujudkan sebuah jamaah yg kompak, kukuh, lengkap dan teguh adalah suatu ibadah (ketaatan) kepada Allah. (As-Saff:4) Hal ini menunjukkan bahawa usaha mewujudkan sebuah jamaah yg tersusun rapi adalah jalan untuk mendapatkan Cinta Allah. Sebaliknya keengganan untuk mewujudkan jamaah yg demikian atau sebarang tindakan yg boleh menyebabkan sesebuah jamaah itu lemah adalah kerja yg dibenci oleh Allah.

2. Saidina Ali r.a dalam satu atharnya pernah menyatakan kira-kira bermaksud: "Kebenaran tanpa penyusunan (organisasi dan perancangan) dapat dikalahkan oleh kebatilan yang mempunyai penyusunan". Cita-cita mencapai kemenangan tidak secara mutlak bergantung kepada kebenaran yg diperjuangkan. Usaha melengkapkan syarat untuk mencapai kemenangan mestilah diberikan keutamaan. Inilah sunnatullah. Sunnatullah biasanya berlaku di atas program yg kita rancangkan.

3. Para pejuang kebatilan sanggup memberikan sebarang pengorbanan (moral / material) hatta menggadai nyawa bagi memenangkan perjuangan mereka. Kita yakin bahawa perjuangan mereka adalah batil dan perjuangan kita adalah haq. Keyakinan sedemikian sewajibnya diterjemahkan dalam bentuk usaha dan kerja bersungguh-sungguh bagi mewujudkan sebuah organisasi yg tersusun rapi. Keyakinan tanpa dibuktikan dengan amal adalah sia-sia.

4. Sentiasalah ingat bahawa kekalahan kita yg pertama ialah sikap memandang remeh dan mudah kepada sebab-sebab dan faktor-faktor yg boleh membawa kemenangan. Ada antara kita merasakan imej Islam sudah cukup bagi menuju matlamat. Aspek-aspek teknikal sering diabaikan.

5. Organisasi yg berwibawa ialah organisasi yg diperlengkap dengan semua sumber kekuatan semaksimum mungkin bertujuan menghadapi musuh2 yg sentiasa ungin melenyapkan Islam, umat dan gerakannya

6. Adalah suatu perkara yg sungguh malang jika ahli gerakan mengambil sikap menunggu-nunggu datangnya isu2 ajaib atau kedatangan pahlawan keramat untuk memenangkan Islam dan perjuangannya. Sedangkan mereka sendiri tidak bekerja keras ke arah mewujudkan sebuah organisasi yg layak dianugerahkan Allah ta'ala dengan kemenangan.
وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدْوَّ اللّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لاَ تَعْلَمُونَهُمُ اللّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لاَ تُظْلَمُونَ
Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).
(Anfaal:60)

7. Cubaan dan ujian paling berat dan paling berbahaya ialah keculasan, kemalasan dan menganggap tidak perlu wujud sebuah organisasi yg berkesan, mantap, teguh dan kukuh untuk perjuangan yg berat ini.

Apa yg berlaku hari ini pasti suatu ibrah yg paling besar buat semua peringkat, atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang. Pertembungan fikrah yg hebat akhirnya telah menatijahkan pertembungan amal yg tidak kurang hebat. Bila tiada wehdatul fikri, tiadalah wehdatul amal.

Pasti ramai yg terus membanding-bandingkan situasi Manek Urai dengan Pengkalan Pasir penghujung tahun 2005 lalu. Situasinya sangat berbeza, ketika itu sangat genting, namun fikrahnya bersatu atas kepimpinan ulamak yg tidak dipolemikkan. Atas sifat wehdatul fikri ini, wehdatul amal dari seluruh ahli jamaah dari seluruh negara digembeling dan 'dibenarkan masuk membantu'. Walau tewas, fikrah dan amal terus bersatu menuju kejayaan pada 2008 atas asas kesatuan dan jamaah yg kompak, kukuh, lengkap dan teguh (seperti di point pertama)

Kali ini menangnya saya percaya tetap satu kemenangan, tetapi moral dan semangatnya pasti jatuh. Mujur tidak tewas, jika tidak pasti pertembungan fikrah akan berlarutan yg seterusnya menyukarkan usaha ke arah wehdatul fikri dan amal berlaku. Moga Allah serlahkan hikmah dari kejadian ini dan upaya dan kebijaksanaan pimpinan amat ditagih...

1 comments:

Che Ahmad said...

Jumaat ini sama2 kita berkongsi analisa masing2.