Jul 17, 2009

korban politik

Saya menerima sms dari salah seorang pembantu peribadi Exco Kerajaan Negeri Selangor untuk berkumpul di hadapan Plaza Masalam, Shah Alam yg menempatkan Pejabat SPRM Selangor esok pagi.

Dalam sms itu menyeru semua PA-PA YB untuk menzahirkan bantahan terhadap tragedi yg menimpa mendiang Teoh Beng Hock semalam. Dengan katanya lagi apa yg menimpa Teoh boleh jadi juga menimpa kita semua, PA sekelian. Wah berderau juga darah ni membaca ayat terakhir tu.

Saya pernah beberapa kali sebelum ini bersama dengan mendiang Teoh dalam beberapa sesi taklimat dasar2 yg disampaikan oleh Exco2 Kerajaan Negeri Selangor. Dan kebiasaannya beliau adalah antara yg akan bersuara dan bertanya itu dan ini.

Walaupun Bahasa Melayu nya tidak begitu fasih dan sukar ditangkap maksudnya dengan segera, namun beliau sememangnya kerap bangkit bersoal jawab. Itu yg membuatkan saya teringat akan beliau, walaupun sering bertanya soalan, tapi tutur katanya amat lembut dan sopan sekali.

Entahlah saya pun tak tahu apa sebenarnya yg berlaku atas tragedi ini. Tapi melihatkan foto2 yg diterbitkan, sayu pula hati melihat kejadian ini. Tambahan pula beliau akan mendaftarkan perkahwinannya esok hari. Terasa seperti sungguh tidak berbaloi tugas-tugas yg dilakukannya selama ini, membantu seorang wakil rakyat yg juga seorang Exco melaksanakan khidmat kepada rakyat dan masyarakat dan kesudahan hidupnya seperti itu.

Tiada sebarang spekulasi atau analisa yg ingin saya simpulkan di sini atas tragedi tersebut. Cuma harapannya ialah supaya siasatan yg dilakukan adalah benar2 adil dan bebas. Tetapi jika beginilah tekanan dan cabaran dan risiko yg dihadapi untuk berkecimpung di dalam dunia politik di negara ini, ia pasti akan mengundang beribu-ribu kali pertimbangan untuk menyertainya.

Pun begitu sebagai seorang Muslim yg berimankan dengan Aqidah Perjuangan, ayat ini pasti menjadi sandaran dan pasak perjuangan (Al-Ankabut:2-3):
أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi
وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِين
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta

Dan akhirnya masyarakat yg kini sudah semakin celik politik dan tahu hak dan peranan masing-masing pasti akan terus mempersoalkan tindakan agresif, pantas dan 'efisien' SPRM dalam membanteras rasuah di kalangan ahli-ahli politik di luar parti dacing dan keris. Walhal aduan-aduan dan laporan2 terhadap ahli politik dacing dan keris sentiasa sepi dan tiada respon.

Apapun terpulang kepada mereka dalam menentukan siapa yg harus dan perlu disiasat, tetapi berpada-padalah. Tidak perlu nyawa mana-mana pihak dijadikan korban...Ya Allah beri kekuatan kepada kami...

1 comments:

Urwah Saari said...

SPRM suka bab korban ini.
Dulu isu lembu korban, sekarang korban nyawa..