Oct 22, 2009

mencari idea menjalankan kempen jauhi pergaulan bebas dan zina


Memanjangkan posting Ustaz Tantawi pada Isnin lalu berkenaan Kempen Jauhi Pergaulan Bebas dan Zina. Ia mungkin bertitik tolak daripada keputusan dan suasana di Bagan Pinang yg menyaksikan penghayatan terhadap Islam yg rendah di kalangan masyarakat di sana khususnya anak-anak muda.
2. Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS Pusat yang dipengerusikan oleh al Fadhil Ustaz Riduan Mohd Noor akan mengambil tanggungjawab ini untuk menyediakan " plan tindakan berkesan " bagi menjayakan kempen tersebut
Mesyuarat akan diadakan minggu hadapan selepas pengerusi ini selesai segala urusannya minggu ini. Jadi sesiapa yg punyai idea dan cadangan tentang bagaimana kreatif dan secara out-of-the-box kempen ini harus berjalan, bolehlah panjangkan kepada saya. Boleh saya utarakan di dalam mesyuarat nanti.
5. Kerjasama erat dan sistematik juga akan diadakan dengan beberapa NGO yang aktif membenteras perlakuan sosial melampau malah mengundang kecelakaan moral dan kebejadan akhlak dikalangan masyarakat negara kita
Juga diketahui umum tentang JIM / Wanita JIM yg sudah lama menjalankan kempan "Anda Bijak Jauhi Zina". Bukan untuk bersaing tapi untuk tambah merancakkan lagi usaha murni ini. Sebab saya dimaklumkan pengerusi, kempen ini juga akan ditambah lagi dengan kempen terhadap arak dan mungkin beberapa gejala sosial yg tidak sihat.

Jadi siapa yg ada idea bolehlah dikongsikan dengan saya. Biar kita usahakan sesuatu, pasti akan ada hasilnya. Bukankah bantahan kita terhadap konsert Beyonce itu ada hasilnya? Walaupun hanya ditangguh, tidak mustahil ia akan dibatalkan terus. Biar penganjur2 ini tahu bahawa perkara2 yg tiada faedah dan manfaatnya ini ada yg membantahnya....

p/s: Takziah buat sahabat saya Ustaz Ramadhan Fitri (yg juga pernah bersama satu lajnah dengan saya sebelum ini) dan isteri yg kehilangan anak tersayang, Nur Fatima pagi ini. Moga Allah memberi kesabaran dan ketabahan buat mereka. Al-Fatihah

1 comments:

rainman said...

loh... chair bz hal aper ek minggu ni hehehehhe