Oct 30, 2009

Sabar mendengar celaan orang yang mencela

Semalam dalam saya menyemak longgokan borang2 pendaftaran Skim Mesra Usia Emas Kerajaan Negeri Selangor di pejabat yang masih belum diproses pendaftarannya, saya memilih beberapa keping borang permohonan untuk saya uruskan.

Kebanyakan permohonan yang masih belum diproses ini adalah disebabkan tidak mempunyai dokumen sokongan mencukupi dan juga permohonan yang tidak disahkan taraf pemastautinnya di negeri Selangor.

Terus saya hubungi nombor telefon pemohon atau penama atau penjaga yg tertera pada borang tersebut dan meminta mereka menghantar salinan dokumen sokongan yg diperlukan untuk diproses pendaftarannya.

Dan yg nak dijadikan cerita di sini ialah ketika saya buat panggilan telefon bagi permohonan sepasang suami isteri warga emas. Pada mulanya yg mengangkat adalah si isteri, apabila dijelaskan tujuan saya, lantas dia beri gagang telefon kepada suaminya. Dan bila diterangkan niat saya hendak mendapatkan dokumen sokongan yg tidak lengkap bagi permohonan mereka, terus si pakcik ni angin tak tentu pasal.

Terus disebut-sebut janji-janji pilihanraya umum lalu. Dari bantuan untuk ibu tunggal, kepada bantuan untuk warga emas (entah dia tak perasan yg saya hubunginya utk urusan warga emas??), kepada hadiah anak masuk universiti dan entah apa lagi yg dirungutkannya dengan nada yg kasar dan tinggi sekali.

Berkerut juga dahi saya nak jelaskan satu persatu kepada pakcik ni. Gaya percakapannya dah macam mesingan yg sedang memuntahkan peluru tanpa melihat sasaran. Ditambah lagi, "saya dah undi kamu dulu, ni dah 2-3 tahun takde apa-apa pun?". Diulang lagi ayat ini berkali-kali kepada saya.

Sudah begitu saya mengalah, biarlah orang tua ini melepaskan geramnya sehabisnya, lagipun sebagai orang muda biarlah kita hormati orang tua. Disumbatnya segala ketidakpuasan hatinya melalui panggilan telefon percuma yg diterimanya itu kepada saya yg membuat panggilan. Bila peluru bedilannya sudah habis, dia tenang sebentar dan akur untuk menghantar dokumen sokongan pendaftaran skim ini ke pejabat tanpa perlu saya berkata apa-apa lagi. Bukankah itu janji Allah buat yg sanggup memikul bebanan dakwah ini?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاء وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(Al-Ma'idah:54)


Tak perlu juga saya sebut apa yg sudah dinikmatinya dan janji mana yg sudah dilaksanakan dan yg mana belum dilaksanakan sejak kerajaan baru negeri Selangor mentadbir. Bukan mendoakan, tapi antara suami isteri warga emas ini, jika si isteri yg pergi dahulu, ingin sekali saya ke rumah pakcik ini dan bersama YB Pakabu menyampaikan sumbangan manfaat penyertaan skim ini terus kepada pakcik ini. Mudah-mudahan dia dapat melihat dengan mata kepalanya sendiri apa luahan perasaan dendamnya kepada saya dalam telefon semalam.

Kepada kerajaan negeri pula, cepat2lah cuba laksanakan program2 mengikut janji pilihanraya lalu. Beri keutamaan daripada program2 yg tiada dalam manifesto. Tidaklah kami di bawah ni panas telinga dan panas hati kena maki hamun dengan orang2 seperti pakcik ni tadi. Moga ada hikmah terbaik di sebalik 'cacian' ini...

1 comments:

Urwah Saari said...

Macam kenal je jenis-jenis orang macam ni...