Nov 4, 2009

Tangkap menangkap adalah legasi pentadbiran lama

Sekali lagi Selangor menjadi tumpuan negara. Kali ini disebabkan kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr MAZA di Hulu Kelang beberapa hari yg lalu. Alasan tiada tauliah ketika menyampaikan ilmu digunakan sebagai alasan untuk penangkapan tersebut.

Ironinya ketika tangkapan sudah dibuat dan notis supaya hadir ke Mahkamah Syariah Gombak sudah dikeluarkan, tiada sebarang direction yg diterima si tertuduh pada hari yg diperintahkan beliau hadir. Semua pun maklum bagaimana beliau menunggu di perkarangan Mahkamah Syariah itu berjam-jam tanpa 'sebarang petunjuk'. Tiada sesi mengambil keterangan, tiada sesi soalsiasat bahkan tiada pendakwaan dibacakan. Jadilah bekas mufti ini seperti seorang 'bodoh' di mahkamah pagi itu. Saya ada di perkarangan mahkamah itu dari pagi sehingga beliau dilepaskan setelah penantian yg sia-sia selama hampir 4 jam.

Kebiasaannya apabila sesuatu operasi itu dilakukan tanpa melalui prosedur rasmi, banyak pihak yg tidak akan tahu apa yg sepatut dan sebenarnya berlaku. Bila skrip yg dirancang pihak2 tertentu sudah lari daripada skrip asal, maka babak seterusnya sukar untuk dilaksanakan. Begitu juga dalam kes ini, apabila pada malam tangkapan itu berada di sana dua orang wakil rakyat Selangor (ADUN Hulu Kelang dan Ahli Parlimen Ampang), ketua operasi tangkapan itu sukar untuk berunding dengan wakil rakyat ini yg meminta tangkapan tidak dilakukan. Beliau sibuk menjawab panggilan telefon (entah dari penulis skrip agaknya) yg datang bertalu-talu dan tidak dapat menggunakan pertimbangannya untuk berunding dan mengawal suasana pada malam itu.

Dan apabila tangkapan dan penahanan terhadap Dr MAZA tidak berjaya dilakukan pada malam itu, jadilah babak di mahkamah seperti yg saya sebutkan itu. Seolah-olah tiada sesiapa yg tahu dan mahu menguruskan kes yg sudah tersebar ke seluruh negara ini. Akhirnya petang itu baru Pengarah JAIS membuat kenyataan apa sebenarnya yg menjadi kesalahan sehingga Dr MAZA ini ditahan. Jatuh imej Jabatan Agama Islam bila jadi macam ni, patutnya buatlah kerja kemas sikit, paling kurang kalau belum sedia dengan pertuduhan, tak perlu timbulkan lagi perkara sebegini.

Jika benar bahawa kesalahan bekas mufti ini hanyalah kerana tiada tauliah dan bukan disebabkan tuduhan2 itu dan ini terhadap 'pengajaran' dan 'pegangannya', maka wajarlah untuk kita meneliti semula prinsip asas terhadap peraturan ini. Apakah ruh di sebalik penggubalan peraturan ini, yg saya percaya pada masa ia digubal dan digazetkan tidak lain dan tidak bukan untuk mengadakan satu kawalan dan sekatan terhadap kalangan penceramah agama yg popular yg menyampaikan kuliah dan ceramah agama di negeri ini.

Penangkapan kerana tiada tauliah berlaku di masa kerajaan lalu, dan kini beralih kerajaan pun ia masih tetap berlaku. Ruh perubahan dan islah itu masih belum meresap ke jabatan2 kerajaan dan dalam kes ini ke JAIS sendiri.

Dalam bersembang dengan ayahanda YB, kalau dulu (masa kerajaan lama) bila berlaku suatu isu, jabatan2 tertentu di bawah JAIS ini akan diminta membuat thorough study dan seterusnya menyerahkan hasil kajiannya kepada JAIS yg seterusnya akan dibawa kepada MAIS. Dan selepas itu pun MAIS akan membawa kes ini kepada pihak Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor. Maknanya pihak kerajaan negeri melalui Exco Agama masih mempunyai laporan atau pandangan dalam menangani sesuatu isu.

Namun kini ia sudah berubah sejak kerajaan negeri diperintah oleh Pakatan. Pasti kita ingat kira-kira sebulan lalu, ada kenyataan yg memberi autoriti kepada hanya 5 pihak ini dalam memperkatakan perkara2 berkaitan agama Islam; Sultan Selangor, MAIS, JAIS, Mufti dan Mahkamah Syariah. Exco Agama selaku pihak eksekutif dalam kerajaan negeri Selangor tidak termasuk di sini. Jadi tak hairanlah bila berlaku perkara2 penangkapan sebegini yg tidak menepati ruh perubahan dan transformasi kerajaan negeri Selangor yg baru.

Banyak pihak yg mempersoalkan kaedah tangkapan yg digunakan dalam isu ini, dan bukannya kaedah berbincang, atau mana2 pendekatan yg lebih terbuka berbanding pendekatan menangkap yg kiranya satu tindakan opresif dan menekan yg diwarisi kerajaan lama. Persoalan juga timbul mengapa di tengah riuh kontroversi beliau atas cadangan pelantikan sebagai YDP Yadim, dan juga ribut memorandum bantahan oleh beberapa kumpulan NGO, beliau ditahan? Jika benar sekalipun apa yg menjadi pegangan dan yg dibawanya itu 'salah', tetap tidak menghalang beliau untuk mendapat keadilan yg dijanjikan Islam.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلّهِ شُهَدَاء بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Al-Ma'idah:8)

Inilah prinsip dan ajaran yg perlu kita pegang di zaman yg penuh fitnah ini.

0 comments: