Dec 19, 2009

Awal Muharram dan Islam

Alhamdulillah dipanjangkan umur lagi ke tahun baru hijriyyah 1431H, buat bekal ilmu dan amal menuju ke akhirat dunia kekal abadi.

Awal Muharram seperti biasa disambut dengan sambutan Maal Hijrah di hari cuti umum. Dan pastinya menarik apabila ulama' tersohor, Prof Dr Yusuf Al-Qardhawy diundang ke Malaysia untuk menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah.

Dan lebih seronok lagi apabila mendapat kesempatan mendengar Syarahan Perdana beliau di Masjid Negeri Selangor, Shah Alam pada malam ini, insya-Allah peluang sebegini tak akan dilepaskan.

Timb. YDP Agong, Sultan Abd Halim dalam ucapan semasa sambutan Maal Hijrah semalam juga telah menyebut tentang meletakkan kepentingan syariat mengatasi segala perkara yang lain kerana dengan itu kita akan terselamat daripada pelbagai gangguan, tohmahan, pergeseran dan perpecahan. Kenyataan yg sangat baik, moga-moga ada susulan daripada apa yg diucapkan ini.

Banyak juga isu-isu semasa umat Islam di Malaysia ini yang disentuh oleh Sultan-sultan dan Raja-raja belakangan ini. Juga menarik untuk dilihat keluhan Raja Perlis tentang label Perlis negeri Wahabi. Elok juga untuk direnung semula pergeseran dua kelompok pegangan ini kerana apa yg selalu dibangkitkan adalah perkara-perkara ranting dan furu' pada pandangan saya. Maslahah perpaduan ummah itu lebih penting.

Dan sikap keterbukaan dan berlapang dada lah yg paling tepat apabila baginda menyeru supaya muzakarah dilakukan dan jangan diambil tindakan mahkamah apabila suatu tuduhan dilemparkan kepada pihak yg dituduh, kerana jika tidak, penyelesaiannya tak akan kunjung tiba.

Saya pula, dek tidak menemankan ayahanda YB Pak Abu ke perasmian sebuah lagi masjid di Klang, mendapat Jumaat pertama di tahun baru ini di bawah panas terik matahari 1.15 petang! Surau bertaraf Solat Jumaat itu sedang dalam pembinaan tambahan, maka ruang solatnya mengecil. Berasak-asaklah anak kariah di situ, tambahan pula hari cuti. Habis lencun baju dan kain pelikat dibuatnya mendengar khutbah tok khatib yg sentimental, namun cukup mengesankan.

Mungkin hikmah peristiwa hijrah Rasulullah dan kaum Muhajirin di tengah panas terik matahari ditunjuk dan dirasai semalam, ku bersyukur pada-Mu Ya Allah!! (ayat penyejuk hati, dan juga badan!!)

0 comments: