Dec 13, 2009

Manual Mentadbir Rumah Allah

Semasa perasmian Masjid Bandar Diraja Klang di tengah-tengah bandar Klang baru-baru ini, perkara yg menangkap pendengaran saya dari ucapan aluan penguasa agama Islam di negeri Selangor adalah berkaitan isu tauliah. Mungkin inilah peluang majlis rasmi yg turut dihadiri oleh Sultan Selangor, untuk disebut secara tegas perihal tauliah penceramah agama di negeri ini.

Adapun dalam ucapan perasmian oleh Tuanku Sultan, banyak disebut peranan masjid di dalam masyarakat dan juga betapa dengan terbinanya masjid yg indah dan gah ini akan menjadi 'mercu tanda' kepada Islam. Di samping itu, dipesan juga supaya jangan hanya masjid menjadi binaan yg indah dan gah di mata masyarakat, tetapi fungsi dan peranannya perlu diperkasakan.

Sejak proses pemilihan jawatankuasa masjid ditentukan oleh ahli-ahli qariah sesebuah masjid itu sendiri pada tahun lepas, pasti ada perubahan yg dapat dilihat. Kegiatan masjid sehari-harian menjadi imarah atas sebab pentadbir-pentadbir masjid itu sendiri berkelayakan dan mempunyai minat dan faham untuk memakmurkan rumah Allah itu.

Manual pentadbiran masjid itu dinyatakan sendiri oleh Allah dalam surah Taubah ayat 17-18:

مَا كَانَ لِلْمُشْرِكِينَ أَن يَعْمُرُواْ مَسَاجِدَ الله شَاهِدِينَ عَلَى أَنفُسِهِمْ بِالْكُفْرِ أُوْلَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ وَفِي النَّارِ هُمْ خَالِدُونَ
Tidaklah pantas orang-orang musyrik itu memakmurkan mesjid-mesjid Allah, sedang mereka mengakui bahwa mereka sendiri kafir. Itulah orang-orang yang sia-sia pekerjaannya, dan mereka kekal di dalam neraka.(Taubah:17)

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ Hanyalah yang memakmurkan mesjid-mesjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan salat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.(Taubah:18)

Manual pentadbir-pentadbir masjid ini perlu difahami sepenuhnya oleh mereka yg telah diamanahkan ini. Sesungguhnya tidak dinafikan pentadbir masjid ini adalah golongan yg cintakan masjid dan secara individu dan peribadinya menepati ciri-ciri yg dinyatakan Allah dalam ayat di atas. Namun di sisi yg lain, iaitu terdekat dengannya iaitu ahli keluarganya tidak menghayati aspirasi yg sama dengan si ayah atau si suami mereka.

Tidaklah berat jika sekadar ahli keluarga tidak turut sama mencintai masjid sepertimana ketua keluarga mereka, namun seringkali terjadi si isteri atau si anak khususnya yg perempuan tidak menjaga batas2 aurat mereka. Pada pandangan saya ia adalah suatu yg tidak manis bagi seseorang yg hampir dengan rumah Allah tetapi ahli di rumahnya kelihatan secara zahirnya berlawanan dengan usaha yg dilakukannya di masjid.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.(At-Tahrim:6)

Berbalik kepada Masjid Bandara Diraja Klang itu, pembinaannya tertangguh selama hampir 4 tahun dengan kos cadangan asal adalah hampir 2 kali ganda daripada kos pembinaan yg diluluskan, menurut bekas Exco Agama Islam terdahulu. Juga cadangan asal ialah untuk masjid ini dibina di atas Sungai Klang, ala-ala masjid terapung. Namun atas sebab2 teknikal, ia hanya dibina di tebing sungai, syukur juga ada masalah teknikal, kalau hujan lebat, apa akan jadi pada masjid ini.

Namun begitu senibina dan hiasan dalamannya memang nampak cantik dan terasa gah dan bangga mempunyai sebuah masjid sedemikian. Cuma ruang solatnya agak kecil, ini antara persoalan utama dalam kebanyakan pembinaan masjid baru di negeri ini mutakhir ini. Pasti kos pembinaan yg tinggi telah pergi kepada hiasan dan peralatan lain berbanding keluasan ruang solat utama itu sendiri.

Dan disebabkan lokasinya yg strategik di tengah pusat bandar, ramailah jemaah sama ada tempatan ataupun warga asing. Sehingga makanan tengahari sempena majlis perasmian itu tidak cukup untuk menjamu semua yg hadir sama ada majlis perasmian mahupun solat jumaat.

Kesian juga saya lihat ramai yg kecewa pulang dengan tangan kosong dan perut kosong. Selesai makan, saya kembali ke atas untuk ke tandas dan kelihatan ruang tetamu-tetamu khas menjamu selera kelihatan meriah dan agak lapang. Pasti ada banyak makanan tambahan dan lebihan yg wajar dijamu juga kepada jemaah di bawah yg tidak berpeluang menikmati jamuan tengahari itu.

Pun begitu saya lihat kebanyakannya masih setia menunggu sehinggalah Sultan Selangor meninggalkan masjid itu. Dan pemerhatian saya, itupun yg diharapkan sangat dari awal majlis, iaitu untuk melihat sendiri dengan mata kepala mereka, wajah dan batang tubuh Sultan mereka.

0 comments: