Dec 21, 2009

Mutiara Berharga Dr Yusuf Al-Qardhawy

Penuh sesak Masjid Shah Alam semasa Prof Dr Yusuf Al-Qardhawy hadir menyampaikan syarahan perdana beliau. Malaysiakini sebut 4,000 orang, tapi bagi saya paling sedikit hadir ialah 10,000 orang!! Walaupun saya tiba sedikit lewat sejurus sesudah solat Maghrib, ruang yang ada hanyalah betul2 di hadapan jemaah muslimah dan menatap skrin putih yg disediakan. Tapi bagus juga ruang itu, puas melihat paparan skrin yg besar dan cukup luas untuk Insyirah bermain!!

Jemaah muslimin

Dr Yusuf Al-Qardhawy dalam syarahannya telah menyampaikan beberapa perkara penting yg wajib kita hayati dan praktiskan. Beliau menceritakan tentang peristiwa hijrah dan menekankan kepada perlunya meneliti sumber sahih tentang peristiwa ini. Yang mana akhirnya dijelaskan KESABARAN Rasulullah dalam menyebarkan dakwah adalah kemenangan pertama umat Islam.

إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُواْ السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(At-Taubah:40)

Seterusnya disebut tentang Islam adalah agama yg berasaskan faham berJEMAAH, Al-Quran juga menegaskan semangat berjamaah ini. Kita disarankan oleh Rasulullah untuk berjemaah, di mana Nabi SAW temui ciri-ciri berjamaah seperti sanggup mempertahankan Nabi seperti mempertahan kaum mereka sendiri di kalangan Aus dan Khazraj. Maka peristiwa hijrah adalah titik permulaan terbangunnya masyarakat Islam yg pertama.

Jemaah muslimat

Kemudian asas pembinaan masyarakat Islam di Madinah adalah dengan pembinaan masjid, pembinaan pasar dan mempersaudarakan Ansar dan Muhajirin. Dikisahkan tentang perihal Abdul Rahman bin Auf dipersaudarakan dengan Saad bin Rabi'. Saad menawarkan isterinya kepada Abdul Rahman, namun ditolak dengan baik dan hanya diminta bantuan untuk beliau ke pasar dan memulakan perniagaan pertamanya. Dan akhirnya diriwayatkan Abdul Rahman bin Auf menjadi orang Islam terkaya dan sering membantu perjuangan Nabi SAW menegakkan Islam. Ketika beliau meninggal, harta yg ditinggalkannya banyak dan diceritakan bagaimana ketulan-ketulan emas tinggalannya terpaksa dibelah dengan kapak!

Prof Dr Yusuf Al-Qardhawy

Masyarakat Islam yang dibentuk oleh Nabi SAW ini adalah masyarakat yg memaparkan perilaku yg sangat luhur dan mulia. Bagaimana satu kisah di mana Abuzar memanggil seseorang dengan panggilan, "Wahai Anak Hitam" dan didengari oleh Rasulullah. Lantas Rasulullah menegur Abuzar kerana masih mempunyai sifat jahiliyyah. Mendengar teguran Nabi, Abuzar terus baring dan menyelak bajunya dan meminta sahabat yg dihinanya tadi untuk membalas perbuatan beliau.

Juga kisah pengakuan zina oleh Ma'iz dan Al-Ghamidiyyah yang sangat masyhur itu yg sekaligus menepis dakwaan yg mengatakan Islam itu begitu keras sekali menghukum pesalah dan zalim pula hukumannya.

Diterjemah oleh Ustaz Abd Ghani Shamsuddin

Dan yg akhir pelajaran yg disampai dan amat ditekankan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawy adalah perihal fitnah. Diambil kisah Ifk iaitu fitnah ke atas Ummul Muslimin, Aishah r.a. Bagaimana golongan munafik berperanan besar dalam penyebaran fitnah ini. Dan disebut juga bagaimana seorang budak yg dipelihara oleh Saidina Abu Bakar ra sendiri turut sama memanjangkan lidah fitnah tersebut, maka tidak hairanlah jika seseorang yg rapat dengan kita boleh tanpa segan silu melancarkan fitnah ke atas kita.

Golongan munafik ini menganggap fitnah ini sesuatu yg mudah, namun di sisi Allah, fitnah ini adalah satu perkara yg sangat besar dan mengundang azab yg pedih. Tambahan pula, jika suatu tuduhan itu tidak disertai dengan 4 orang saksi, maka penuduh itu adalah dianggap kazibun, iaitu pembohong.

Puas dua org puteri ni main di ruang solat masjid yg luas

Syarahan yg beliau sampaikan ini dilihat mempunyai makna tersendiri kerana di awal syarahannya, beliau ada menyebut nama sahabatnya iaitu Anwar Ibrahim yg dikhabarkan sehari sebelum itu, seorang bapak menteri agama telah menghadap istana memohon agar org bernama Anwar Ibrahim ini tidak berucap sebelum syarahan oleh ulama' tersohor ini. Namun Syeikh menyampaikan isi syarahannya yg sekiranya difahami dengan mendalam adalah bertujuan membela sahabatnya ini.

Juga keesokan harinya Syeikh sendiri ke Ibu Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut untuk meluangkan masa dengan seorang lagi sahabatnya, Tok Guru Abd Hadi Awang. Dan ada lagi catatan2 penting yg dikongsikan oleh Ustaz Imran dalam pertemuan ini, ada catatan penulisannya dalam Harakah Jumaat ini.

Secara tak sengaja bertembung dengan beliau semasa laluan beliau nak pulang

Dan ketika di masjid Shah Alam itu, mata saya ternampak wajah penguasa agama negeri Selangor di belakang Syeikh. Waah, kali ini beliau berkopiah, tidak seperti biasa bersongkok hitam. Terdetik dalam hati saya, tidak pula ditangkap Syeikh ini kerana menyampaikan syarahan agama tanpa tauliah ya??? Nakal betul pandangan saya terhadap penguasa agama negeri Selangor ini belakangan ini.

Di akhir majlis ini dapat saya bertemu dengan sahabat-sahabat yg dah lama tak bertemu. Lucu melihat gelagat Solah yg sangat-sangat manja dengan ayahnya. Dan juga melihat keriangan yg amat sangat pada kedua-dua Insyirah dan Ilhan dapat bermain-main di ruang solat masjid yg amat luas itu. Dari jauh lagi dah boleh cam suara Ilhan menjerit dan bunyi Insyirah berlari tanpa henti-henti itu!!

Agak jelas keuzuran beliau

4 comments:

solahuddin the warrior said...

mana ada manja ...

Muthanna Saari said...

ops ye ke...ubah ayat, belum puas kasih sayang....

alayyubi said...

muthanna. boleh ke share nanti apa yg berlaku di Pejabat Agong PAS tu ketika Syeikh Yusof AlQardawy ke sana?

solahuddin the warrior said...

kuajjaq hang..