Jan 9, 2010

Rejim Hosni Mubarak Mewarisi Kezaliman Firaun

Siang tadi betul-betul dipanggil berjalan. Dari Bangunan Tabung Haji menyusuri Jalan Ampang sehingga ke Kedutaan Mesir yang letaknya sudah menghampiri Jalan Lingkaran Tengah II, bertentangan dengan Bangunan Risda.


Jauhnya dikatakan 4 kilometer. Tempoh berjalan setara demonstrasi tadi hampir sejam. Satu senaman yang baik, habis basah lencun satu badan. Basah dek peluh, bukan dek apa-apa semburan bahan kimia tak diundang.

Apapun demontrasi siang tadi adalah suatu yang sangat bermakna. Menandakan keprihatinan kita terhadap rakyat Palestin dan juga terhadap bumi Al-Quds. Dalam masa sama menyatakan kebencian kita terhadap kezaliman dan kedajalan rejim Mesir pimpinan Hosni Mubarak.

Kita pun hairan dengan sikap rejim Hosni Mubarak ini yang seperti tiada kedaulatan sendiri sehingga bantuan kemanusiaan terhadap rakyat Ghazza ini perlu disekat dan seolah menunggu kebenaran rejim Zionis Israel untuk dilepaskan.

Ungkapan yang sangat tepat, "La Husni La Mubarak", Tiada kebaikan tiada keberkatan pada Hosni Mubarak. Ya jika tiada hidayah lagi yang layak buat beliau, maka laknat Allah kita pohonkan ke atas beliau. Kegilaan apa yang membuatkan konvoi bantuan kemanusiaan buat rakyat Ghazza yang seIslam itu ditahan sedemikian rupa.

Sukar untuk melabelkan Mesir, bumi Anbiya' dan juga bumi yang masyhur dengan Al-Azhar itu terpalit dengan kezaliman dan ketidakwarasan ini. Namun itulah hakikatnya apabila pemerintah berlaku zalim, maka sekalian yang lain terpalit sama. Saya pasti ramai rakyat dan sesiapa yang pernah menuntut ilmu di Mesir berasa malu dengan tindakan kerajaan Mesir ini. Namun kerajaan Mesir seolahnya terus bangga dengan warisan kezaliman dan keangkuhan Firaun, manakan tidak, pasukan bolasepaknya pun diterima dengan gelaran 'The Pharaoh'. Doa dan harap kita panjat untuk rakyat Ghazza, dan jutaan penghormatan kita sanjung kepada konvoi Viva Palestine diketuai oleh George Galloway yang cekal dan tabah sehingga bantuan ini selamat sampai kepada rakyat Ghazza.

1 comments:

aisya jane said...

it sadden me that i cud not do anything to help my brothers n sisters in gaza, wut i cud do is to pray for their safety and boycott as much product of israel n us..im no longer a Mc D n starbucks user.
"Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine. For this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression."
- Syekh Yusuf al Qaradawi (2002)-

it's even sadden me when the Arab league is remain silent on this issue..they are so closed with palestine. to me, is like a betrayal of Islam, and God knows wut kind of punishment they deserve.