Mar 13, 2008

Victory!!!!

Nothing much to say except Alhamdulillah, thanks to Allah The Almighty who have granted our doa....moga kemenangan ini membawa sinar dan harapan baru untuk Malaysia!!


Kesesakan luar biasa di Hulu Kelang

Sinar dan harapan baru untuk Malaysia (pemandangan sebaik pusat mengundi ditutup)

Mengemaskini keputusan daripada peti-peti undi (bersama Bro Habib)

Wajah-wajah ceria pejuang-pejuang Islam, kebenaran dan keadilan

Mar 7, 2008

Dari N.18 Hulu Kelang (5)

Umno/Bn Hulu Kelang kepanasan. Pasti mereka terasa bahang kehangatan saingan pilihanraya kali ini, 300+ kain rentang dengan mesej yang tepat kepada pengundi, serta doa munajat qunut nazilah saban hari dan malam, mungkin telah membuat mereka tidak senang duduk. Lewat pagi tadi kira-kira jam 4 pagi, mereka melakukan tindakan biadap...atau boleh kita panggil tindakan orang utan? Di sekitar Melawati, bendera, kain rentang, poster PAS dan PKR, wajah Pak Abu, Ustaz Hadi, Dr Hassan Ali, Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dirosakkan. Ada yang dibakar, ada yang digunting, ada yang dikoyak-carik dengan pisau...pasti ini semua tindakan desperate dan tidak gentleman dalam menghadapi kami..

Dalam kes berasingan (yg kami percaya org utan yg sama buat), bendera PAS di kawasan Keramat AU2 telah dibakar dan merebak ke bendera Bn di sebelahnya sebelum terjatuh dan membakar sebuah kenderaan di situ. Habis mengamuk tuan punya kenderaan tu...nampaknya tempoh tak sampai 24jam ini bakal menjadi tempoh yg kritikal. Apapun Doa Munajat Perdana yang kami anjurkan malam ini , Insya-Allah akan merayu dan memohon pertolongan Allah untuk kemenangan PAS di N.18 esok...

Billboard Pak Abu di bulatan Hillside habis dikoyakkan (dengan pisau tajam!!)

Kain rentang dijatuhkan

Bendera PKR yang masih berapi lagi selepas dibakar..

Lagi kain rentang dijatuhkan

Kain rentang wajah Dr Hassan Ali dan Ustaz Hadi Awang juga tak terkecuali

Kain rentang Bilik Gerakan UPU Melawati dilepaskan geram

Tidak cukup dihentam dlm media, kain rentang Anwar Ibrahim pun dikerat

Bro Zaharin melihat hasil perbuatan org-org utan ini

Poster Azmin Ali dipotong

Kain rentang Bilik Gerakan PKR juga diganggu

Bukti ini perbuatan tangan manusia@org utan, tali dipotong dengan baik (menggunakan gunting atau pisau)

Mar 6, 2008

Dari N.18 Hulu Kelang (4)

Hanya tinggal 2 hari lagi sebelum hari pengundian. Gerak kerja semakin diperhebat dan rancak. Perang bendera pasti dimenangi mereka kerana upaya kewangan yang tinggi. Namun kami menggunakan strategi kempen dan penyaluran maklumat melalui kain rentang yang lebih efisien. Bak kata pimpinan, kita pastikan hidung BN berdarah...pada saya kita pastikan BN Hulu Kelang/Gombak terduduk kali ni...

Strategi menawan pengundi Cina...

Bersedia untuk mengucapkan "Selamat Tinggal BN"
Belon gergasi dinaikkan...

Bilik Gerakan gah dengan belon gergasi...

Perang kain rentang...

Persiapan untuk menaikkan kain rentang...

Malaysia Negara Pengeluar Minyak..tawaran kami untuk menurunkan harga petrol, diesel dan gas!!

Usaha gigih utk menyampaikan maklumat...

Undilah Hj Saari bin Sungib dan Azmin Ali...

Tinggi tuu...pakai skylift lagi!! Bagi BN terduduk!!

Eh siapa ye atas skylift tu... :)

Salah satu "billboard" besar yang dinaikkan...

Mar 2, 2008

Dari N.18 Hulu Kelang (3)


Temubual akhbar Siasah dengan Pak Abu dalam keluaran terbaru, semalam 1 Mac 2008.

CALON PAS DUN HULU KELANG – PEMBELA HAK PENDUDUK

SIASAH: Ini merupakan kali ketiga Sdra bertanding dalam PRU, apa bezanya kali ini?

SAARI: Sebelum ini saya bertanding di Parlimen Kuala Langat dan Paya Besar. Walaupun bukan masalah, ianya tetap berbeza dengan Hulu Kelang. Saya dibesarkan di kawasan ini, rumah saya pun di sini. Sejak saya mula bekerja, saya sudah tinggal di Hulu Kelang selama 26 tahun. Saya memahami masalah mereka, pergi ke pasar malam yang sama, shopping di pasar tani Melawati, mungkin mimpi pun sama!

SIASAH: Apakah latar belakang Sdra sesuai dengan penduduk sini?

SAARI: Dalam kajian kami, lebih satu pertiga penduduk adalah dari golongan berumur 50 tahun ke atas. Sebagai seorang yang mempunyai 7 orang anak dan 7 orang cucu, saya mempunyai ‘feeling’ yang sama tentang kualiti hidup yang mereka mahu. Tidak kurang juga, kawasan ini mempunyai 30% orang muda. Semasa saya menjawat Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM), kami memulakan program Kelab Ramaja JIM (KRJ), iaitu sebuah kelab yang menjalankan aktiviti khusus untuk remaja seperti usrah, summer camp, kaunseling kerjaya dan kerja-kerja amal.

SIASAH: Bagaimana pula dengan golongan elit dan profesional di sini?

SAARI: Sebenarnya, ijazah pertama saya adalah kejuruteraan mekanikal dan bahan dari Aston University, UK. Saya juga mempunyai MBA dalam bidang perniagaan dan pembangunan organisasi. Pada tahun 1988, saya telah menubuhkan sebuah firma perunding organisasi di Taman Permata. Melaluinya, saya berpeluang berinteraksi dengan golongan ini yang bekerja dalam organisasi-organisasi seperti Tabung Haji, FELDA, FELCRA, NEC, PERNEC, SAPURA dan beberapa lagi syarikat Jepun di samping jabatan kerajaan.

SIASAH: Jadi, apakah isu-isu utama penduduk Hulu Kelang?

SAARI: Selain dari isu nasional seperti harga barang yang melambung naik, isu tempatan juga tidak kurang penting. MPAJ sebagai sebuah badan berkuasa tempatan sepatutnya memainkan peranan yang lebih proaktif dalam memastikan kualiti hidup di sini yang kini sudah terhakis. Contohnya pembangunan yang tidak terancang di kawasan Taman Melawati, sungai yang tercemar dan keadaan jalan raya yang tidak memuaskan. Pada masa yang sama, di kawasan ini juga berlakunya gejala demam denggi yang agak tinggi berbanding dengan tempat-tempat lain di Selangor.

SIASAH: Mampukah Sdra menangani MPAJ untuk membawa kesejahteraan hidup di Hulu Kelang?

SAARI: Sebagai seorang konsultan pengurusan organisasi sejak tahun 1988 lagi, saya berpeluang melatih beberapa organisasi kerajaan tempatan di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Saya yakin pengalaman sebagai juruperunding pengurusan kualiti mampu membantu saya memberi bimbingan kepada MPAJ. Yang penting di sini adalah satu constructive engagement yang membawa kepada win-win situation. Kita mampu ubah dan azam saya adalah untuk menjadikan MPAJ sebagai sebuah world-class organisation.

SIASAH: Sdra ada pengalaman dalam pendidikan? Bagaimana pula dengan kawasan Hulu Kelang?

SAARI: Alhamdulillah, Allah telah memberi saya kekuatan dalam bidang penulisan. Sehingga kini saya sudah menulis dan menerbitkan lebih dari 30 buah buku berkisar tentang dakwah, reformasi masyarakat, pengurusan dan politik. Saya juga mempunyai Diploma (Lepasan Ijazah) dalam Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Selepas berhenti bekerja sebagai pensyarah di UTM, saya mula menubuhkan rangkaian sekolah Islam bersepadu di Gombak, Keramat dan seluruh Malaysia.

Pencapaian sekolah Al-Amin ini adalah yang terbaik dan ramai anak-anak dari Hulu Kelang ke sana. Saya juga merintis penubuhan sebuah sekolah rendah Islam di Hulu Kelang yang bertaraf antarabangsa. Sekolah tersebut kini bertempat di Taman Sri Ukay, Ampang.

SIASAH: Sdra, dalam manifesto terbaru BN dan kata-kata dari Khir Toyo, semua isu tempatan dan nasional telah dijawab oleh mereka.

SAARI: Sebenarnya, manifesto adalah satu janji. Rekod kerajaan BN perlu dilihat dalam masa 5 hingga 10 tahun yang lampau. Sejak akhir-akhir ini, jenayah terutama sekali terhadap kanak-kanak sudah meningkat. Adik Nurin Jazlin yang tinggal di Wangsa Maju adalah kawasan yang berhampiran. Harga-harga barang masih lagi naik. Kerajaan BN mempunyai kuasa untuk menanganinya sejak 5 tahun yang lepas, tetapi kenapa tidak diambil tindakan?

Di kawasan Hulu Kelang pula, MPAJ telah meluluskan projek-projek pembangunan yang diprotes oleh penduduk tempatan. Tidak semua pembangunan membawa kebaikan. Kehijauan alam keliling, kepadatan rendah, kebersihan adalah keselesaan yang penting.

SIASAH: Apakah nasihat Sdra kepada pengundi Hulu Kelang dalam PRU-12 ini?

SAARI: Pemilihan seorang YB adalah bertujuan mewakili rakyat untuk bersuara di Parlimen atau pun di DUN. Justeru itu ia harus menjiwai serta memperjuangkan inspirasi rakyat, dari semua parti, miskin dan kaya, dari bidang korporat dan golongan miskin, dari AU2 mau pun di Kemensah Heights.

Pengalaman saya dalam memimpin gerakan pelajar di England sejak tahun 70’an dan 80’an dan juga sebagai Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) memberi saya banyak tunjuk ajar bagaimana mengurus masyarakat.

Oleh itu rakyat memerlukan suara agar pandangan mereka dan suara hati kecil mereka terhadap isu-isu yang menyentuh mereka ditangani dengan adil

Mar 1, 2008

Dari N.18 Hulu Kelang (2)

Separuh masa kedua kempen sudah bermula...