Jun 26, 2008

Pohon Rahmat dan KeampunanMu Ya Allah

RahmatMu sungguh besar Ya Allah sepanjang 2 tahun perkahwinan ini..moga kami menjadi hambaMu yang bersyukur dan bertaqwa!!
Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a'yun waja'alna lil muttaqiina imama!!

Insyirah (muka nakal, baru bangun tidur)

Di Stadium Shah Alam sempena 100 Hari Pakatan Rakyat Selangor..

Keluargaku Permata Hatiku..

Jun 23, 2008

Tahniah 100 Hari Pakatan Rakyat Selangor

100 Hari Pakatan Rakyat di Hulu Kelang & Gombak...bersama YB Pak Abu dan YB Azmin


100 Hari Pakatan Rakyat Negeri Selangor...as announced by Menteri Besar, Tan Sri Khalid kat Stadium Shah Alam:-
Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor - Fasa 1
1. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) - bermula 31 Ogos 2008
2. Bekalan Air Percuma bagi 20 meter padu pertama - bermula Jun 2008
3. Hadiah Anak Masuk Universiti - bermula Julai 2008
4. Caruman Takaful & Perubatan Percuma kepada Warga Emas - bermula Oktober 2008
5. Program Peningkatan Hasil daripada Bahan Batuan dan Mineral - bermula Ogos 2008
6. Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) - bermula Julai 2008
7. Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang - bermula Oktober 2008

Moga Allah beri kekuatan kepada pimpinan untuk melaksanakan semua janji kepada rakyat....Selangor Bersih, Amanah, Adil dan Berkebajikan

Jun 15, 2008

berjalan lagi....protes harga minyak naik

Jumaat lepas saya berjalan lagi. Lama juga sudah tidak berjalan. Oleh sebab kerajaan pakLah naikkan harga minyak dalam negara pengeluar minyak Malaysia, saya turut sama dengan satu gerakan yang dipanggil Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (GERAMM) untuk turun menyatakan protes dan bantahan.

Kami berjalan kali ini dari Masjid Kg Baru, terus ke Jalan Tunku Abd Rahman (memenuhi seluruh ruang jalan), berhenti duduk bersila sebentar di tengah-tengah simpang empat Sogo/Pertama Complex (untuk sesi ucapan dan bantahan umum), kemudian melalui Jalan Raja Laut menuju ke Pejabat Agung PAS dan bersurai dengan aman....nampaknya pihak Polis patut sudah boleh mengambil pengajaran besar tentang apa yang kami sebutkan hak untuk berhimpun secara aman selama ini...dan dibuktikan dalam perarakan ini.

Ya, memang bandar Kuala Lumpur sesak sebentar dek angkara peserta perhimpunan memenuhi jalan di tengah bandar ini...dek angkara peserta perhimpunan menghalang semua kenderaan lalu melepasi perarakan tersebut...dek angkara pejabat-pejabat di sekitar jalan utama itu pekerja-pekerjanya keluar melihat perarakan kami....dek angkara peserta perhimpunan melumpuhkan sebentar urusan orang ramai di Kuala Lumpur petang Jumaat lalu....

Namun, cuba fikir sekiranya dengan siri-siri protes dan bantahan seumpama ini mampu setidak-tidaknya mendatangkan sedikit tekanan dan ke'goyang'an kepada kerajaan pakLah yang masih tidak sedar-sedar ini? Jika dengan tekanan ini boleh membuatkan kerajaan pakLah ini memikirkan kembali keputusan gila ini...dan seterusnya menurunkan kembali harga minyak?? Pasti usaha dan kesusahan yang dicetuskan oleh peserta perhimpunan2 ini akan mendatangkan manfaat bukan kepada mereka sahaja, tetapi untuk semua rakyat negara pengeluar minyak Malaysia ini....fikir jap....

Isu harga minyak naik dengan menggila ni masih lagi hangat diperkatakan. Semalam pun semasa di satu majlis di sebuah surau di Selayang, rakyat masih mempertikaikan kewajaran kenaikan yang menggila ini. Saya teringat, beberapa hari selepas kenaikan harga minyak yang menggila ini, orang kuat Petronas menyebut yang "orang ramai tidak peduli pun kos pengurusan Petronas meningkat sehingga 200%"....nak peduli macam mana, sedangkan rekod berkaitan kewangan Petronas tidak didedahkan kepada awam. Macam mana nak expect rakyat percaya kepada kerajaan sedangkan kerajaan tidak cuba untuk bersikap telus dan transparent kepada rakyat??

Kita membantah bukan membuta tuli, bukan sekadar membantah, cukup sekadar menuntut hak sebagai rakyat dalam negara pengeluar minyak Malaysia ini.....ingat pertemuan seterusnya, 1 juta rakyat di KLCC pada 5 Julai 2008!! Jumpa di sana....

Jun 10, 2008

Bersama orang asli di Kg Pos Chiong

Hujung minggu lalu aktiviti saya diisi dengan satu program Ekspedisi Dakwah ke Perkampungan Orang Asli di Pulau/Tasik Banding Perak. Bersama beberapa orang sahabat pemuda dari Kuala Lumpur termasuk Ustaz Riduan Md Nor dan Ustaz Dusuki Rani, kami menyertai sekumpulan lagi pemuda Unit Amal dari Negeri Perak diketuai Ustaz Norazli@Toliban (Pegawai Khas Exco Agama Negeri Perak) serta Ustaz Kassuri dari Jabatan Agama Islam Perak...maka program kami ini adalah kerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak.

Misi kami kali ini adalah untuk mendekati dan mengadakan program bersama masyarakat Islam orang asli di Kg Pos Chiong, Tasik Banding. Perkampungan ini kesemua penduduknya beragama Islam seramai lebih kurang 35 keluarga. Duduknya kampung ini agak jauh, perjalanan dengan bot dari jeti Tasik Banding ini adalah lebih kurang 1 jam ke 1 jam setengah, terasa penat perjalanan, tambah pula jika enjin bot hanya berkuasa 40 kuasa kuda...

Sepanjang perjalanan sebelum sampai ke perkampungan ini, kedapatan beberapa buah lagi kampung-kampung orang asli di tebing-tebing sungai atau pulau-pulau kecil yang terbentuk daripada Tasik Banding ini. Sekurang-kurangnya ada 40 buah kampung orang asli di seluruh kawasan Tasik Banding ini. Fizikal Kg Pos Chiong ini juga tidaklah terlalu teruk. Sebahagian rumah mereka adalah rumah asal (daripada buluh dan atap nipah), sebahagian lagi mendapat bantuan kerajaan (rumah papan) dan dilengkapi dengan tenaga solar sebagai punca elektrik (kagum juga saya, ada rumah yang ada Astro!! walaupun coverage telefon takde langsung di situ). Namun first impression kami di tahun 2008 ini adalah,"hmm ada lagi orang hidup macam ni di zaman sekarang ni...."

Aktiviti saya sepanjang 3 hari 2 malam di sana tidaklah terlalu padat. Kami mengajar anak-anak orang asli ini cara solat, bacaan dalam solat, cara mengambil wudhu di samping memberi tazkirah kepada kaum ibubapa nya dan program sukaneka. Walaupun mereka ini Islam, tetapi banyak lagi adat dan amalan lama mereka tidak dapat ditinggalkan. Atas kesedaran itu kami menumpukan kepada anak-anak mereka untuk mendapat kefahaman Islam yang baik (kagum tengok anak-anak orang Asli ni yang perempuannya semua pakai tudung kepala!!). Kebetulan kedatangan kami ini pada musim cuti sekolah, sebab pada waktu sekolah, kebanyakan mereka akan tinggal di asrama sekolah di Gerik.

Selain itu, saya berkesempatan untuk ikut Tok Batin kampung ni masuk ke hutan. Tujuannya adalah untuk mencari pokok tongkat ali!! Ops, saya ikut je, kawan-kawan lain yang beriya-iya benar suruh cari tongkat ali ni. Kira ok la, lepas 30 minit perjalanan meredah hutan, kami berjumpa pokok tongkat ali. So, operasi mengorek akar pokok ni pun bermula la, dalam juga akar pokok ni, lebih kurang setakat dada juga lah panjang dia. Bukanlah tongkat ali ni yang saya nak ceritakan, tapi hebatnye Tok Batin ni. Walaupun umur dah 70tahun, tapi die steady lagi. Boleh speaking English pula tu!! Rupenye dia pernah berkhidmat dengan komando tentera British masa zaman perang komunis dulu. Hebat betul ilmu sejarah dia, sejarah Indonesia pun dia boleh cerita dengan baik (so don't judge the book by its cover la!!)

Selain itu yang mengagumkan saya juga adalah peranan mubaligh2 Islam yang ditugaskan oleh Jabatan Agama di perkampungan orang asli ini. Peranan dan pengorbanan mereka dalam kerja-kerja dakwah ini cukup besar. Ustaz Khalid, mubaligh Kg Pos Chiong ni umpamanya sempat menceritakan kepada kami pengalaman yang tak boleh beliau lupakan setelah terjatuh daripada botnya sedangkan enjin botnya masih hidup dengan kelajuan maksimum dan berpusing mengelilingi beliau yang terperangkap di tengah-tengah. Dalam usahanya untuk melepaskan diri dari pusingan botnya itu, perut beliau hampir terkena kipas enjin botnya. Ada juga kisah mubaligh Islam yang mati disumpit oleh orang asli dan banyak lagi kisah-kisah pengalaman mubaligh ini dalam menyebarkan ajaran Islam. Mudah-mudahan Allah ganjarkan mereka dengan ganjaran yang besar.

Sebelum kami berangkat pulang, kami menyampikan sedikit sumbangan beras dan gula kepada setiap keluarga orang asli ini. Nampak sungguh mereka amat menghargai sumbangan ini kerana hari-hari mereka hanyalah memakan ubi kayu dan hasil-hasil hutan tanpa ada kemampuan untuk memakan nasi. Insya-Allah kami merancang untuk kembali lagi ke sini dengan aturan program yang lebih baik dan menyeluruh...moga Allah izinkan..

Di jeti Tasik Banding (empangan Chenderoh)
Jambatan ni terus menuju ke Kelantan Darul Naim
Memunggah barangan sebelum menaiki bot ke Kg Pos Chiong
Inilah salah sebuah bot yang kami naiki
Bersama Ustaz Riduan Mohd Nor
Dalam perjalanan...sejurus sebelum kamera buat hal (so takde dah gambar lepas ni :(
Seluas mata memandang, besar dan agungnya ciptaan Tuhan

Jun 5, 2008

aaargh sakitnye hati

Tiada apa yang lebih menyakitkan hati saya selepas mengetahui harga petrol dan diesel dinaikkan sehingga RM2.70 seliter berkuatkuasa hari ini. Terduduk dan termenung sekejap saya mendapat satu sms semalam tentang kenaikan harga bahan api ini.......aaargh sakitnye hati

Sebelum mengetahui berita buruk ini, saya terdengar seorang pemanggil radio yang merayu-rayu kerajaan tidak menaikkan harga minyak, rupa-rupanya harga minyak memang sudah dinaikkan....aaargh sakitnye hati

Kenaikan harga petrol mendadak sebegini, dengan kadar kenaikan yang tinggi pasti memberi kesan maha hebat kepada seluruh lapisan pengguna dan rakyat di negara ini. Pusing kot mana pun kehidupan kita akan terjejas, sedangkan naik 30sen dulu pun dah teruk nak adjust, ini pula naik sampai 2.70sen....aaargh sakitnye hati

Kalau sekarang saya pam minyak penuh satu tank buleh la RM60-70, lepas ni mau cecah ke RM90-100. So kiraan saya dalam sebulan lebih kurang RM120-150 extra atas musibah kenaikan harga minyak ni. So dalam setahun lebih kurang RM1,500 perbelanjaan tambahan untuk minyak, rebet yang "konon-kononnya" nak bagi tu pun cume RM625. Itu saya, macam mana rakyat yang berpendapatan lebih rendah lagi...aaargh sakitnye hati

Setiap kali berlaku kenaikan harga minyak, saya terus fikir kita sebagai rakyat Malaysia ni juga mempunyai hak untuk menikmati kekayaan sumber bumi Malaysia iaitu petrol dan gas asli. Tapi seakan-akannya kita tak merasa nikmat tersebut. Siapa yang dapat merasa kekayaan yang diuruskan oleh Petronas tu? Pasti kita sedih bila baca ini Petronas biaya Orkestra RM3.5 juta sebulan. Kita ni sebagai rakyat biasa dapat bape ringgit je sebulan, tapi orang-orang tertentu yang sapu bersih kenyang senang lenang kekayaan negara...inilah pemikiran pemimpin-pemimpin kerajaan hari ni, tak faham saya......aaargh sakitnye hati

Malam tadi sahabat2 mengirim sms kepada saya, "Terima kasih krn mengundi BN. sbg penghargaan,kami hadiah petrol dgn harga lebih tinggi yg pertama dlm sejarah - ikhlas BN". Sahabat lain pula mengirim, "BN = bencana negara". Pagi tadi pula di sebuah kedai fotostat, mamat fotostat tu maki hamun sumpah seranah Abdullah Ahmad Badawi dengan gelaran penipu, nak balas dendam kepada rakyat yang menolak umno-bn dlm pru12 lepas dan sebagainya....hmm huru-hara satu negara dek musibah harga petrol ni. Tapi Abdullah Ahmad Badawi suruh kita berjimat cermat, saya pun fikir ade ke orang membazir minyak petrol?? tuang-tuang saje-saje dalam longkang?? ini apa punya tak cermat punye nasihat......aaargh sakitnye hati

Apapun saya terima sms untuk membantah kenaikan harga minyak pada Sabtu, 12 Julai 2008 di KLCC jam 3 petang....tapi kita lihatlah seterusnya reaksi seluruh lapisan masyarakat atas Bencana Negara ni dalam beberapa hari atau beberapa minggu atau beberapa bulan selepas ini...moga Allah beri kekuatan kepada rakyat untuk berjuang mempertahankan hak rakyat!!