Jul 31, 2008

diberi madu dibalas tahi

Tadi baru sembang dengan office-mate lama. Kami sama-sama dalam Sales department. Saya buat pre-sales untuk technical preparation, dia pula account manager, jumpe customer cari projek selalu. So setahun lepas, kami team-up untuk satu projek upgrade datacenter satu customer ni.

Saya menyediakan solution yang berkaitan; server, storage, switches, backup software, VTL, PC, workstation, appliance-appliance berkaitan dan lain-lain configuration yang perlu. Senang je, call partner/distributor, minta mereka propose solution yang dikehendaki. Sekali dengan budgetary quotation bagi produk mereka. Dah dapat complete solution, saya compile dan prepare untuk presentation. Account manager saya pula liaise dengan customer apa solution yang mereka nak dan berapa lingkungan bajet yang mereka ada.

Bila dah siap pre-work ni, kami berangkat ke Ipoh untuk presentation di depan customer ni. Selesai presentation tersebut, bermulalah episod dan siri-siri perbincangan dan pembetulan antara saya dengan customer ni sebelum keputusan untuk menentukan spesifikasi teknikal akhir ditentukan. Customer ni jugak dalam masa sama present ke bos dia, dan setiap kali lepas present tu jugaklah dia akan call saya, "Muth, boleh ke blade server yang lain-lain OS reside dalam same enclosure?". Saya pun cek dengan partner dan kemudian respon balik ke customer ni. "Muth, boleh ke 1 server manage backup, tape library dan juga virtual tape library?". Saya pun cek lagi technical capabilities solution yang saya propose ni. Hatta time saya cuti kempen pilihanraya pun dia telefon, saya jawab jugak, layan jugak customer yang seorang ni.

Dan akhirnya beberapa bulan lepas, tender pun open. So kami masuk dengan strategi yang kami fikir, memang boleh menang punya lah. Sebab solution tu kami yang propose, at least dari segi teknikal tu harapan kami besar la jugak.

Sekali tadi masa sembang dengan office-mate lama ni, "Aisey Muth, tender tu kita kalahlah....kampeni xxx menang, aku tau diorang bayar!!". Saya tanya lagi mane dia tau customer ni makan suap? Kawan saya ni jawab, la die mintak dari aku jugak, tapi aku taknak bagi. Tu yang kita kalah tu!!

Huh menyirap betul bila dapat tau khabar tak best ni. Punyelah kami buat kerja sungguh-sungguh untuk dapat projek ni, customer ni pun dapat pujian daripada bos die sebab dapat prepare solution ni. In the end, dia nak habuan rupenye. Itu saya kata kat kawan tadi, "..kalau aku tau dia ni macam ni, maleh aku tolong....kiranya dia ni kena blacklist la dalam kamus hidup aku...", kawan saya tadi jawab, "lepas ni dia mintak tolong apa-apa, tobat aku nak tolong!!"

Kira frust jugaklah, nak buat macam mana, anggaplah takde rezeki. Tapi fikir balik memang geram, kalau kalah betul-betul sebab ada contender lain yang lebih baik takpe jugak, ni sebab main rasuah!! Ini lah secubit kisah diberi madu, dibalas tahi.....memang taik rasuah punye orang!!

Jul 29, 2008

kasihkan perjuangan ini...

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَسَوۡفَ يَأۡتِى ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ يُحِبُّہُمۡ وَيُحِبُّونَهُ ۥۤ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ يُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآٮِٕمٍ۬‌ۚ ذَٲلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya." (Al-Maidah : 54)

Membaca ayat ini serta menterjemah tafsirannya dari konteks ahli gerakan Islam hujung minggu lalu di tepi Sungai Congkak. Ia menuntut istiqamah yang tinggi serta hikmah dan kebijaksanaan berdakwah yang tinggi, sama ada sesama mukmin, mahupun terhadap yang masih belum menerima hidayah-Nya.

"Tidak takut celaan orang yang mencela"

Apabila kita memperkatakan kebenaran, pasti ada yang akan mencela dan mencemuh. Biasa kita dibacakan (tak sure hadith atau kata sahabat), "Katakan yang hak walau pahit sekalipun". Jangan kita berdolak-dalik, jangan pula disembunyikan kebenaran, dan lebih teruk lagi jangan kita menipu atau berbohong.

Orang munafiq itu sifatnya menipu. Apabila ia berkata atau berjanji, ia akan mungkiri. Kepala munafiq adalah Abdullah bin Ubai bin Salul. Dia dengki kepada Rasulullah s.a.w yang 'merampas' jawatan Ketua Negara Madinah, sedang jika Rasulullah tidak dibai'ah untuk menjadi kepala negara Madinah, kemungkinan besar dia akan menjadi kepala negara. Akibatnya jadilah dia seorang munafiq, berpura-pura Islam lantaran hasad dengki dan bencinya kepada Ar-Rasul s.a.w.

Kita ini pula janganlah menipu. Apa ertinya kerja-kerja dakwah Islamiyyah yang kita lakukan selama ini tetapi disulami pula dengan penipuan. Jangan seperti kisah cereka rakyat, seorang gembala kambing menipu penduduk kampung berkali-kali bahawa kambing-kambingnya diserang serigala. Saya ingat cereka ini masa kecil-kecil dulu, ia memberi banyak pengajaran besar.

Jangan juga kita ikut arahan untuk berbohong. Teringat pula filem Nujum Pak Belalang, "Bapak kau ada Belalang?", "Pakcik, bapak suruh bilang dia tak ada". Begitulah sedikit sebanyak dialog filem ini.

Sudah menipu mahupun berbohong, kita akan dipanggil mengkhianat kepercayaan orang kepada kita. Ini harus kita jaga, jangan sampai orang tak percaya kepada kita. Jangan sampai fitnah penipu, pembohong, pengkhianat itu merosakkan Islam itu sendiri....Allah lindungi kami, lindungi perjuangan ini...Amiiin

Jul 26, 2008

Mercedes E200 Kompressor dan tip of iceberg

Isu 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor yang dibeli kerajaan negeri Terengganu menjadi tajuk-tajuk utama surat khabar sejak berapa hari lepas. Dan hari ni isu ni di'selesai'kan oleh PM dengan kereta yang dah dibeli dengan jumlah harga RM3.43 juta itu hanya dipakai untuk tetamu-tetamu kerajaan negeri (wah lepas ni aku nak jadi tetamu kerajaan negeri lah, buleh merasa naik E-class)

Dan sepanjang isu ni berbangkit (selepas terbaca beberapa komen tentang motif sebenar pendedahan kos penyelenggaraan kereta Perdana V6 yang digunakan sebelum ini) saya pun agak mengiyakan analisa-analisa ini, iaitu satu usaha untuk 'memancung' atau 'menikam' kepimpinan bekas MB Terengganu terdahulu yang kini Adun Jerteh. Buktinya hari ini keluar statement ini dan penjelasan MD Proton ini, nampak dah perang antara kem-kem dalam parti memerintah di Terengganu.

Tapi bagi saya apabila kenyataan MB Terengganu untuk meminta BPR siasat projek-projek besar lain di yang dilaksanakan di negeri tersebut adalah suatu yang berani dan...memang nak 'kerat' 18 kepimpinan MB terdahulu. Yang spesifik disebut adalah projek Taman Tamadun Islam dan Piala Monsun (banyak dah dibangkitkan tentang disyaki adanya unsur-unsur penyelewengan di situ):

“If the ACA finds reasons to initiate investigations into them because there is suspicion of elements of corruption, it is up to the ACA to decide,” he told reporters after the National Academic Awards 2007 in Kuala Lumpur.

Ahmad Said, in a press conference here yesterday, said the two projects he named were “only the tip of the iceberg”.

“I am a controversial figure, I will expose more, but the ACA should be transparent by also going after the ‘big’ cases.

“Don’t only go after Mad (Ahmad Said). Investigate the Monsoon Cup and Islamic Civilisation Park, too,” he said.

When asked if he believed there were elements of corruption in the two projects, Ahmad replied: “That’s for the ACA to investigate.”

Ahmad said the ACA had been quick to investigate the high service costs for Proton Perdana cars when he proposed buying Mercedes Benz as state cars, and asked that it also cast its eyes on other cases, like the Monsoon Cup.

Kan best juga kalau dia sebut tentang pembinaan Masjid Kristal juga yang banyak diperkatakan orang...tapi takpelah bukan ke dia sebut, "the two projects he named were “only the tip of the iceberg". Maknanya ada besar lagi la yang duk tersembunyi tu. Apapun tahniah diucapkan kepada MB Ganu yang berani nak betulkan apa yang disyakinya salah dalam pentadbiran terdahulu. Harap semuanya untuk kebaikan rakyat...ye Ganu kite!!

Jul 19, 2008

RM625 dari pejabat pos malaysia

RM625 tunai dari pejabat pos malaysia semalam. Satu malam saya bersembang dengan member lepas penat main futsal. "Eh kau dah ambik rebet minyak ke belum? Baik cepat sebelum kerajaan ubah keputusan nak batalkan pemberian ni. Atau kau nak tunggu agak-agak kerajaan nak tambah lebih lagi daripada RM625 ni?". Terus saya teringat, "Em esok aku amiklah, orang tamak selalu rugi, hahaha"...bukan apa, sekadar mengambil apa yang hak saja :-)

Itulah yang buat saya rajin ke pejabat pos semalam untuk amik. Tapi ambik semalam pun tak lah kena beratur macam hari pertama tuntutan rebet minyak dibuka tempoh hari. Isi borang, tunggu nombor giliran kena panggil, dapat cash dan selesai.

Pemberian rebet minyak ni pun jadi isu juga yang saya dengar. Kenapa diberi kepada Pos Malaysia untuk uruskan, adakah sebab ada kaitan ECM Libra, berkaitan dengan komisen yang Pos Malaysia dapat dan macam-macam cerita lagi. Juga cakap-cakap yang mengatakan perbelanjaan pemberian rebet minyak ni akan melebihi jumlah sekiranya kerajaan mengekalkan jumlah subsidi minyak sebelum kenaikan harga minyak baru-baru ni.
So saya rajin sikit nak tau apa penjelasan kerajaan tentang isu pemberian rebet ni dalam sidang parlimen baru-baru ni. Full hansard boleh dapat di sini.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan
berbincang perkara ini dalam Kabinet. Ahli Yang Berhormat Pematang Pauh membangkitkan isu pemberian rebat tunai yang hanya dibuat melalui Pos Malaysia Berhad sahaja dan kenapa tidak dilaksanakan oleh agensiagensi kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, Pos Malaysia merupakan salah satu agen pungutan yang menjalankan aktiviti pembayaran bil setempat termasuk pembaharuan lesen dan cukai jalan di samping cukai tanah, transaksi pelaburan Amanah Saham Bumiputera dan sebagainya. Pos Malaysia mempunyai 686 buah cawangan di seluruh negara yang dilengkapi dengan sistem online dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau JPJ, dan mengendalikan 60% daripada aktiviti pembaharuan lesen dan cukai jalan. Oleh itu Pos Malaysia telah dipilih untuk mengendalikan pembayaran rebat tunai kerana telah sedia ada dengan maklumat yang diperlukan untuk memproses permohonan di samping lokasinya yang mudah akses oleh orang ramai.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Yang Berhormat
Rasah.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Ya.
Tuan Loke Siew Fook [Rasah]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak
tanya Yang Berhormat Menteri mengenai dengan keselamatan sistem pemberian balik rebat ini,
kerana di Seremban saya ada satu aduan bahawa beliau pergi ke pejabat pos untuk
mendapatkan rebatnya, tetapi rebatnya telah diambil oleh orang lain di Melaka.
Jadi, saya rasa ada isu keselamatan di sini kerana ada orang yang mungkin telah
menyalahgunakan identiti seseorang untuk mendapatkan rebat itu. Jadi, saya pohon apakah
langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh pihak kerajaan supaya memastikan tidak ada
orang yang menyalahgunakan identiti seseorang itu? Terima kasih.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Kalau ada kes seperti ini boleh merujuk kepada pihak
pos, tetapi kebanyakan dari jumlah yang telah dibayar balik, setakat ini jumlah yang telah dibayar balik ialah RM839.6 juta kepada 1.8 juta penduduk
.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Isu ini tidak timbul. Ini kali pertama saya mendengar
tentang isu yang berhubung dengan salah guna kes ini, tetapi dalam sistem yang ada sebab kita menggunakan IC dan juga check online dengan JPJ, tidak sepatutnya timbul isu ini.
Namun, dalam sistem macam mana pun ada juga sekali dua dan itu biasa dan kita akan
mengambil tindakan untuk melengkapkan lagi sistem yang wujud.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Serdang bangun Yang Berhormat.
Tuan Teo Nie Ching [Serdang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya minta sedikit
penjelasan. Saya hendak tahu sama ada Kerajaan Pusat ada membayar apa-apa caj
perkhidmatan kepada Pos Malaysia untuk menjalankan tugas ini?
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Belum, kita masih berunding dan saya memberi
jaminan caj yang dibayar kita akan pastikan adalah caj yang munasabah.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: [Bangun]
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: [Bangun]
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Sekiranya perlu, bukan sekiranya perlu. Saya akan
memberitahu kepada Parlimen ini jumlah caj yang dibayar kepada pejabat pos.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Wangsa Maju.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Kita buat secara transparent.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Wangsa
Maju.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga
terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberi jalan untuk saya bertanya
penjelasan sedikit sebanyaklah. Mengenai dengan kes ini, bolehkah Yang Berhormat menjelaskan bahawa kenapakah ada banyak syarikat dalam negara kita, Menteri Kewangan ini mesti memilih ECM Libra untuk menguruskan apa yang...

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: ECM Libra tidak ada syer langsung. ECM Libra tidak
ada satu syer pun dalam pos.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Sekejap.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Saya bagi tahu.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tunggu!
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: ECM Libra tidak ada satu syer pun dalam pos.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Saya belum habis. Jangan melenting Yang
Berhormat Menteri.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Tak, tak. Saya beritahulah sebabnya.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Saya tahu perkataan ECM Libra ini amat
sensitif termasuk menantu pun amat sensitif juga, ya... [Ketawa] Nanti dulu. Kenapa berita
ataupun khabar mengenai ECM Libra ini amat hangat mengenai dengan kes road tax ini, refund ini? Kalau ECM Libra tak terlibat, syarikat yang mana terlibat dalam kes ini?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Baik, Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: [Bangun]
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Tak, tak terlibat Tuan Yang di-Pertua. Itu satu fakta
boleh check. Tak terlibat langsung. Ahli Yang Berhormat Gombak meminta kerajaan menyatakan...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Pokok Sena
Yang Berhormat.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Ya?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Isu yang sama Yang Berhormat.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Isu Yang Berhormat, saya kena habiskan dulu.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tak, tak. Saya hendak minta penjelasan
orang kampung suruh tanya... [Ketawa] Depa dok keliru Yang Berhormat, adakah rebat ini hanya untuk tahun ini sahaja ataupun ia berterusan sampai selama-lamanya? Itu dia. Depa kata, depa nak minta penjelasanlah sebab tadi Yang Berhormat kata, minyak tak naik dah sampai hujung tahun ini. Hujung tahun ini pun tinggal lima bulan sahaja lagi... [Ketawa]
Jadi, lepas lima bulan tak menentulah. Adakah makna setiap kali harga minyak naik,
maka rebat ini akan diberi ataupun rebat ini tetap akan diberikan untuk sepanjang masa?
Dato' Ibrahim bin Ali [Pasir Mas]: [Bangun]
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Yang Berhormat Pokok Sena, rebat ini diberi untuk satu
cycle dari bulan April hingga hujung bulan Mac 2009, iaitu rebat ini melindungi semua pemilik
kereta. Satu cycle dari awal bulan April sehingga hujung bulan Mac 2009.
Kemudian, sama ada kita hendak melanjutkan sistem yang sudah wujud ataupun
mencari satu kaedah yang lebih baik untuk memberi bantuan dan subsidi atau pertolongan, itu kita sedang kaji sama ada kita dapat mewujudkan satu sistem yang lebih lengkap, lebih
sempurna, lebih adil.
Dato' Ibrahim bin Ali [Pasir Mas]: Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Pasir Mas, Yang
Berhormat.
Dato' Ibrahim bin Ali [Pasir Mas]: Soalan sama. Ini bukan soalan orang kampung.
Soalan ini saya sendiri. Saya hendak bertanya Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat sedar, yang dapat rebat ini kereta 2,000 cc ke bawah. Manakala, ada kereta yang dibeli oleh pengguna di mana katakan kereta 2,500 cc hingga 3,000 cc lebih murah daripada kereta yang dibeli oleh pengguna yang 2,000 cc ke bawah. Namun, kereta 3,000 cc ke atas, 2,500 cc ke atas lebih murah daripada 2,000 cc, secondhand, tetapi mereka tak dapat rebat.
Ini boleh dipertimbangkan supaya kereta seumpama ini diberikan rebat juga. Terima
kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat guna berapa cc
Yang Berhormat? [Ketawa]
Dato' Ibrahim bin Ali [Pasir Mas]: Saya guna 2,000 cc ke bawah. Rakyat marhaen.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Okey... [Ketawa]
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Terima kasih Yang Berhormat. Memang dalam pasaran
secondhand dengan izin, kereta yang cc tinggi lebih murah dari yang cc rendah, tetapi dalam
membuat keputusan, kerajaan boleh membuat satu keputusan yang popular untuk memberi
semua 300 cc, 400 cc, tetapi hasil yang dikutip oleh kerajaan begitu terhad dan kerajaan
terpaksa membuat satu keputusan dari segi perbelanjaan sama ada hendak beri RM625 ini
kepada mereka yang mempunyai kereta besar, tetapi dibeli dengan harga murah ataupun
memberi lebih kepada mereka yang mempunyai kereta yang cc rendah.
Macam mana kita membuat keputusan pun, mesti ada yang kritik sebab semua tidak
kena, tetapi mengikut kebijaksanaan kerajaan mungkin kaedah yang lain lebih bijaksana, tetapi mengikut kebijaksanaan kerajaan kita berfikir, kita memberi rebat ini kepada mereka yang mempunyai kereta cc yang rendah dan kita anggap...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: [Bangun]
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: ...Mungkin anggapan itu tak begitu kena tapi kita
anggap dalam membuat keputusan bahawa mereka yang mempunyai kereta yang cc tinggi
adalah mereka yang mampu membayar harga petrol yang lebih tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Kuala Krai minta penjelasan sikit
berkenaan dengan perkara yang sama. Mengenai pembayaran rebat melalui Pos Malaysia ini. Kita dimaklumkan bahawa jumlah rebat yang akan dibayarkan adalah RM5 bilion ya Yang
Berhormat? Lebih kurang RM5 bilion dan ada pun dalam peruntukan tambahan yang dimohon, dan saya dimaklumkan bahawa Pos Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan Jabatan Pengangkutan Jalan, dan mereka mempunyai senarai yang lengkap mengenai rebat-rebat yang bakal dibayar kepada kereta-kereta kerana senarai itu ada kepada Jabatan Pengangkutan Jalan. Saya hendak minta penjelasan sama ada betul atau tidak bahawa yang diberikan kepada Pos Malaysia adalah satu jumlah mengikut senarai ini, dan ia akan dibayar apabila tuan empunya kereta datang. Jikalau wang itu dibagi sekali dan dianggap sebagai habis akan dibayar, tak kira ada unclaimed atau tidak, ia akan terus tidak dipulangkan. Itu yang pertama. Yang keduanya, kita dimaklumkan komisen yang diberikan kepada Pos Malaysia adalah sebanyak 1% daripada jumlahnya. Kita bercakap mengenai RM50 bilion Tuan Yang di-Pertua. 1% bagi RM50 bilion ini, RM50 juta dalam masa setahun business Pos Malaysia dapat RM50 juta hanya dengan membayar wang ini kepada orang. Tidakkah ini dirasakan sebagai pengeksploitasian kepada wang rakyat oleh satu-satu syarikat sebegini?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Baik Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Jumlah rebat pada perkiraan terkini Tuan Yang di-
Pertua dan Yang Berhormat ialah RM6.13 bilion. Jumlah ini diberi kepada pejabat pos secara
berperingkat-peringkat. Kita tak beri RM6 bilion kepada pejabat pos, kita beri beberapa ratus juta bila habis kita beri lagi. Dalam tempoh sehingga penghujung bulan Mac tahun depan, kita hanya memanjangkan kepada Pos jumlah yang mereka bayar, satu sen pun kita tidak bagi lebih. Komisennya memanglah bukan 1%, kita pun tidaklah perlu bayar 1% kepada Pos. Caj itu akan ditentukan berasaskan kepada kerja yang akan dibuat. Saya ingin mengesahkan bahawa ia bukan 1% dan caj ini belum ditentukan, sedang dirundingkan. Segala caj yang diberi akan saya beritahu kepada Parlimen. Itu janji saya.
Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: [Bangun]
Tuan Chua Tian Chang [Batu]: [Bangun]
Dato’ Kamarudin Jaffar [Tumpat]: [Bangun]
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Saya hendak sambung Saya hendak habiskan...,
untuk memberi keadilan kepada...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Teruskan Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: ...Mereka yang telah banyak berbincang isu-isu...
Dato’ Kamarudin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih,
Yang Berhormat. Berkaitan dengan rebet ini, ia telah diumumkan oleh kerajaan dalam konteks apa yang dinamakan penstrukturan semula subsidi minyak dan ia dilandaskan kepada kereta, cc kereta, cycle tahunan dan sebagainya. Namun kalau dasar kerajaan - sebenarnya penstrukturan semula subsidi, malah Ahli-ahli Yang Berhormat yang bijaksana dalam Dewan ini mengatakan bahawa rakyat masih menanggung konsep yang baru, hakikat yang baru, harga minyak yang melambung tinggi dan sebagainya. Jadi, kalau ia penstrukturan semula, kenapakah pemberian ini dikaitkan dengan kereta, dikaitkan dengan cc kereta, dikaitkan dengan maksimum lima kereta? Kenapa tidak diberikan juga kepada orang yang tidak ada kereta atau orang yang menggunakan komuter? Itu barulah pemikiran semula dan penstrukturan semula! Kenapa tidak diberikan kepada warganegara yang berumur 20 tahun lebih? 21 tahun lebih? Semuanya diberi. Barulah unsur-unsur keadilan itu jelas dan benar-benar pengertian penstrukturan semula. Kalau tidak kita hanya membantu orang yang sudah ada kereta, orang yang banyak kereta dan cc kereta yang tertentu sahaja. Jadi, ketidakadilan itu lebih ketara kalau dibandingkan jika kita beri kepada semua rakyat selepas umur yang sekian dan sebagainya. Terima kasih.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat. Mungkin saya
jawab soalan itu kerana banyak juga isu-isu yang berkaitan. Saya mengucapkan terima kasih
kepada Yang Berhormat Tumpat kerana membangkitkan isu ini. Tadi ada juga soalan tentang subsidi. Subsidi pada tahun 2007 adalah sebanyak RM8.8 bilion. Oleh kerana harga minyak meningkat dengan begitu mendadak sekali pada tahun ini kerajaan harus membuat satu keputusan. Kalau kita tidak membuat keputusan ada banyak angka yang kita umumkan dan ada banyak lagi angka yang terbaru tetapi yang pentingnya, yang perlu kita sedar bahawa dalam suasana sekarang, subsidi bukan lagi pada tahap RM8.8 bilion. Subsidi akan naik dalam perkiraan baru kalau harga kekal pada USD140 bagi satu barrel dan kita tidak berbuat apa-apa iaitu akan melebihi RM31.63 bilion. Dalam menghadapi masalah ini, kerajaan harus membuat satu keputusan. Kerajaan tahu bahawa dalam keadaan yang bukan sahaja tsunami ekonomi tetapi juga tsunami politik, adalah lebih baik bagi kerajaan membuat suatu keputusan yang popular. Kerajaan mana dalam dunia yang tidak mahu membuat keputusan yang popular! Kita ada satu pilihan untuk membuat satu keputusan yang popular ataupun membuat satu keputusan yang bertanggungjawab dan beramanah. Kita tahu bahawa mungkin ada banyak pihak yang tidak bersetuju dan akan mengkritik. Namun begitu kalau kita takut dikritik dan membuat satu keputusan yang tidak bijak - hanya untuk menjadi popular, kita akan dikritik oleh generasi akan datang. Kita akan dikritik oleh anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit kita. Jadi, daripada RM8.8 bilion jumlah subsidi kita akan meningkat. Itu sudah tentu akan meningkat pada tahun ini melebihi RM30 bilion. Angka 8.8 atau 30 itu tidak penting, tetapi ia merupakan satu jumlah yang banyak. Kita juga tahu bahawa keadaan dunia sudah berubah dan kenaikan harga minyak ini bukan satu keadaan yang hanya akan berlaku pada tahun ini. Kenaikan harga minyak tidak merupakan satu isu cyclical, ia sudah menjadi satu isu dengan izin, structural. Kita juga tahu bahawa bagi lima atau sepuluh tahun yang akan datang mungkin harga minyak akan kekal tinggi dan mungkin naik ke paras USD200. Ini mungkin berlaku dalam masa yang singkat. Ini disebabkan oleh kerana banyak perubahan dalam dunia. Pertama, tahun ini adalah tahun pertama pengeluaran minyak lebih rendah daripada penggunaan minyak. Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah, ini kali pertama. Kedua, isu-isu geopolitik begitu sengit, Iran, Iraq, Nigeria dan lain-lain. Ketiga ialah pertambahan dalam penggunaan...

Jul 17, 2008

koperasi muslim dan pertelingkahan larut malam

Semalam satu taklimat penubuhan koperasi pengguna muslim hulu kelang diadakan dan saya turut mendengar taklimat itu bersama ayah. Disampaikan oleh seorang usahawan gigih, Haji Hisyamuddin yang mempunyai sebuah pasaraya muslim yang besar. Tengok Pasaraya Pak Aji untuk pasaraya yang dah beliau usahakan.

Walaupun kebanyakan masyarakat di Malaysia ni mempunyai sejarah yang buruk dan pahit apabila menyebut tentang konsep koperasi, tapi taklimat semalam membuktikan sebaliknya bahawa koperasi juga boleh membawa kejayaan dan keuntungan kepada pesertanya sekiranya diurus tadbir dengan strategi perniagaan dan standard operating procedure yang tepat.

Juga atas kesedaran sebagai pengguna muslim yang semestinya kita perlu mencari dan mengguna makanan mahupun keperluan harian yang halal dan jauh daripada syubhah (bak kempen ubat gigi mukmin,"mencari yg halal tu fardhu bagi umat Islam"), maka idea penubuhan koperasi yang menjurus kepada penubuhan sebuah pasaraya di Hulu Kelang ini diterima pakai. Dan akhirnya satu jawatankuasa penaja dipersetujui ditubuhkan, aduhai kena jadi setiausaha pulak, bertambah lagi satu kerja...

Selesai mesyuarat, sambung di kedai makan pula. Sekadar teman ayah nak makan. Hampir selesai makan, datang sekumpulan penduduk di perumahan tu nak berbincang 'sesuatu' dengan YB, katanya. Sedia ada duduk di meja kami adalah sekumpulan penduduk yang merupakan AJK Pusat Khidmat Masyarakat Zon.

Bermula dengan isu kenapa PKNS buang penutup pintu rumah sampah tanpa berbincang dengan penduduk, dan dituduhnya Pengerusi Pusat Khidmat sengaja tidak bincang walaupun dah tahu awal (walhal mengikut pengerusi tu, dia baru saja diberitahu lewat petang tu), sehingga dibangkit isu lama, ketika proses ambil-simpan-pulangkan meja dan kerusi dewan orang ramai, berjangkit pula ke isu dewan digunakan geng-geng tertentu, disentuh pula kenapa pengerusi tidak jemput mereka masuk ke dalam pejabat dewan untuk bersembang-sembang / mesyuarat tidak formal....huh penat juga nak mendengar hujah masing-masing. Berdentam-dentum, jam di tangan pula dah tunjuk 1 pagi lebih, mata pun dah berat ni.

Nasib baik akhirnya mereka pun sedar yang pertelingkahan tu adalah perkara kecil, tak perlu YB pun nak selesaikan. Tapi alhamdulillah juga pada saya, kalau tak dipanggil mendengar dan berbincang secara berdepan, tak tau pula kami apa masalah di akar umbi ni. Dan bagi saya memang isunya remeh-temeh pun, tapi disebabkan ia datang dari kelompok yang 'dulunya' (sebelum 8 Mac 2008) 'memerintah di Selangor', dan pada malam itu mengaku telah tertarik dengan kepimpinan baru (Alhamdulillah, biar Allah bukakan hati lebih ramai lagi untuk melihat kebenaran) dan menegur dengan niat untuk memperbetulkan keadaan sebelum lebih jauh dan lebih teruk lagi, saya fikir ia adalah suatu yang wajar dan berbaloi.

Sememangnya sikap tegur-menegur sebegini jarang berlaku di kalangan masyarakat Melayu, iaitu untuk menegur secara berdepan. Umum mengetahui masyarakat kita ni lebih suka memendam apabila berhadapan, tetapi lebih berminat untuk 'mengata di belakang'. Juga sekiranya mereka sebagai satu kelompok penduduk di perumahan rumah pangsa sebegitu dapat berkomunikasi dengan lebih baik, setiap perkara selalu dibincang bersama, kenal-mengenal antara satu sama lain, ukhuwwah sesama mereka mantap, pasti perselisihan faham kecil sebegini dapat dielakkan (dapat juga elak curi masa YB tengah-tengah malam macam ni :-)

Itulah kesimpulan saya dan ayah dalam perjalanan balik ke rumah. Sampai rumah ayah, Insyirah dah tidur lena, tak sampai hati nak balik pula, tidur rumah atok lah Insyirah jawabnya..

Jul 8, 2008

protes 06.07.08...cerita yang tak dilaporkan

"Hari Ahad lepas, saya ke Stadium Kelana Jaya bersama abi dan ummi saya untuk menyertai himpunan protes kenaikan harga minyak bersama ribuan lagi rakyat Malaysia yang lain. Sesampainya saya di sana, saya diberikan sehelai head-band berwarna merah bertulis ..TURUN PROTES TURUN...memang geliga otak peniaga ni, head-band ni adalah head-band pasukan Sepanyol yang baru jadi Juara Euro 2008 baru-baru ni yang tak habis dijual, so sebelah belakangnya diprint untuk program hari ni.

Sepanjang-panjang berada di sana, sama ada di perkarangan stadium, mahupun di dalam stadium, saya rasa macam selebriti pula...hihi...bukan apa, sebab orang ramai semuanya tak henti-henti tangkap gambar saya, siap masuk paper lagi esoknya!

Saya pun ikut sama protes kenaikan harga minyak. Saya rasa saya ada hak sebagai rakyat Malaysia untuk menyuarakan bantahan saya. Hingga tertidur saya dibuatnya selepas penat mem'protes' dan membantah. Bila saya bangun, hari dah nak tengah hari dan akhirnya abi dan ummi buat keputusan untuk balik, so saya pun ikut aje"
[catatan protes : Insyirah bt Muthanna, 10 bulan]


- Malas dah nak ulas apa yang jadi dalam program Ahad lepas. Baca lah kat dalam web/blog lain yang macam-macam rupe ceritanya. So inilah cerita yang tak dilaporkan, cerita pasal Insyirah pegi demo protes. Saja nak cerita yang hari ni Insyirah dah 10 bulan, dah berdiri-berdiri dah, insya-Allah tak lama lagi nak berjalan lah tu. Kalau senyum dan sengih, bersusun dah gigi Insyirah nak dekat 7 batang dah keluar. Hidup Hidup...Hidup Insyirah :-)

Wah ramainya orang kat sini....

Hidup rakyat!! Nampak atok ngan opah kat belakang tu..

dah penat ni ummi....puas 'protes'

yeay seronoknya dapat tido....

bunyi bising sorakan sekalipun tak dapat mengganggu tidurku :-)

Lepas bangun tidur, tenaga dah charge...
dengan atok, mak su dan opah nun di belakang...

turun minyak!!!

protes protes!!

Pejuang Protes sebenar :-)

Jul 4, 2008

ISA yang zalim dan celaka

Pagi ini saya sempat ke Hulu Langat untuk menghadiri pengkebumian almarhumah adik Aina Mardhiah Shahrial. Hati saya memang tersentuh dan cukup hiba atas pemergian ini di samping rasa marah yang amat sangat.

Hiba saya kerana almarhumah adalah anak seorang tahanan ISA yang sudah hampir memasuki tahun ke-7 ditahan di bawah akta ISA yang zalim dan celaka ini. Dan di saat-saat almarhumah koma di hospital(selepas terjatuh di rumah dan ketumbuhan/darah beku di dalam otaknya telah 'burst'), ayahnya masih belum diberi izin oleh Menteri Dalam Negeri untuk keluar dari Kem Kamunting, Perak. Memang ISA akta zalim dan celaka..

Marah saya pula kerana sehingga beliau menghembuskan nafasnya, ayahnya masih belum sampai di sisi. Sudahlah bertahun-tahun dinafikan hak untuk mendapat kasih sayang seorang ayah, di saat akhir hayatnya pun haknya masih dinafikan oleh sang penguasa zalim. Cuba bayangkan keizinan untuk si ayah keluar diperolehi jam 1.00 petang semalam (itupun setelah sehari permohonan dibuat), namun pada jam 9.30 malam baru si ayah sampai ke rumah di Hulu Langat. Cuba fikir di mana logiknya perjalanan normal Kamunting-KL hanya memakan masa 5 jam, tapi untuk kes ini memakan masa sehingga hampir 9 jam? Memang ISA akta zalim dan celaka..

Beberapa minggu lepas, beberapa orang tahanan ISA telah disambung perintah tahanan tambahan 2 tahun setelah 6 tahun meringkuk di Kamunting (maknanya 8 tahun ditahan tanpa bicara). Ini termasuklah suami kepada Cikgu Laila (cikgu English sekolah rendah saya). Sungguh buta perut dan takde perikemanusiaan langsung puak-puak ni! Kalau betul diorang ni jahat, militan, pengganas, gugat keselamatan awam, bawakla mereka ke mahkamah, buat pertuduhan, bawak bukti, hukum dengan adil. Bukan dengan ISA yang zalim dan celaka macam ni, tuduh dan hukum, tiada peluang membela diri...

Betapa zalim dan celakanya ISA ni dapat kita lihat kepada keruntuhan sesebuah keluarga ISA. Berapa banyak yang hidup sengsara dan dhaif, hilang sumber pendapatan kerana si suami sudah ditahan, hilang tempat tinggal (hingga terpaksa menyewa di rumah yang uzur nak roboh) dan bahkan yang lebih teruk lagi berapa keluarga yang terpaksa bercerai suami-isteri? Memang ISA akta yang zalim dan celaka.. Kalau macam ni pun tak zalim lagi, saya tak tau la ape punye buta perut, hati kering punye rakyat/pemimpin di negara kita ni.

Rujuk surah Hud ayat 113: "janganlah kamu cenderung kepada kezaliman, kelak kamu disambar api neraka".. Allah memberi amaran jangan kita cenderung atau condong atau menyokong kepada sebarang bentuk kezaliman pun kerana di akhirat kelak api neraka akan menyambar kita, bagaimana pula orang yang direct melakukan kezaliman ini? Moga-moga Allah membalas kezaliman yang dilakukan oleh tangan-tangan yang terlibat dalam penahanan ISA ini di akhirat kelak. Sebab itu saya tetap dengan tegas mengatakan ISA itu akta yang zalim dan celaka..

Moga Allah mencucuri rahmat ke atas almarhumah adik Aina Mardhiah dan memberi kekuatan kepada makcik Fatma dan pakcik Shahrial dalam menghadapi hari-hari yang mendatang..Al-Fatihah