Aug 26, 2008

rupanya memang hanya 'berani'

Cubaan saya untuk bersangka baik ternyata meleset. Ketika saya menulis dan mengangkat pelajar-pelajar UiTM yang 'berani' mengadakan demonstrasi menghentam MB Selangor beberapa minggu lalu, sangkaan saya adalah mereka ini memang melakukannya atas keberanian sendiri (walaupun ketika menulis itu pun saya sudah dapat tahu dari sumber dalaman di kampus UiTM Shah Alam, bergema corong-corong pembesar suara rasmi kampus yang meminta para pelajar turun, maknanya ada arahan supaya mereka turun!!)

Rupa-rupanya 'berani' mereka itu sememangnya berani yang begini; 'berani' dan bukan BERANI yang sebegini yang sebenarnya. Terbaru ialah siri-siri demonstrasi para pelajar di kampus-kampus UiTM di seluruh negara yang diadakan mungkin datangnya arahan daripada pihak pentadbiran universiti sendiri. Tetapi yang pastinya di sebuah kampus di negeri Perak ini, memang ada arahan@ugutan diberikan. Jika tidak, kemudahan (subsidi makanan) akan ditarik.

Maka sekonyong-konyonglah para pelajar yang tak tahu apa-apa itu turun membantah, lembik dan tidak bermaya; "HIDUP MELAYU, HIDUP MELAYU" menurut sumber saya itu. Imej di bawah ini adalah memo yang dikeluarkan oleh pentadbiran kampus dan disampaikan kepada saya oleh sumber saya di kampus terbabit.

Memo mengarah/mengugut pelajar untuk turun berdemo

Lebih jelas: daripada siapa tu ya?

Lebih jelas: lihat arahan 'diwajibkan' dan 'tindakan menarik kemudahan'

Dan bila sudah ada bukti sebegini, saya tidak hairan lah komen presiden pelajarnya tempoh hari apabila Timb. Menteri Pengajian Tinggi menyatakan pelajar yang berdemo itu boleh dikenakan tindakan Auku sekiranya didapati bersalah oleh pihak pentadbiran universiti. Nak bersalah macam mano jang, dah dia yang keluarkan arahan??? Alahaaaai uitm.....

Aug 20, 2008

muktamar, permatang pauh, 11 bulan dan berjalan

Tajuk posting kali ini adalah khusus untuk anak abi dan ummi, Insyirah. Genap umur Insyirah 11 bulan pada 8 Ogos 2008 lalu, Insyirah betul2 bersungguh-sungguh untuk berjalan. Insyirah bukan saja dapat 'berjalan' sampai ke Ipoh, jadi pemerhati Muktamar Tahunan PAS ke-54 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, juga sampai ke Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh di Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Penanti.

Dan di celah-celah ribuan penyokong Pakatan Rakyat di Padang MPTB, Penanti, Insyirah berjalan merata, walaupun ruang untuk dia berjalan sedikit terhad, habis semua orang keliling disentuhnya. 2 hari lepas, ummi Insyirah belikan sandal baru untuk Insyirah, huh lagi galak nak berjalan, dalam rumah pun taknak lepas sandal tu, sampai merengek-rengek bila abi nak cabut....seronok betul tengok perkembangan Insyirah. Tahniah lah kepada Insyirah!! Moga jadi anak yang bijak cerdik dan solehah...amiin..

Beberapa hari sebelum perjalanan jauh, Insyirah semangat nak baca Yaasin ;-)


Sebagai pemerhati di Perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-54, Ipoh


Baru nak test rumput padang Maktab Tuanku Bainun, Penanti

Ok, dah steady nak meround padang

Dah boring kot, sikit je boleh jalan, botol mineral pun jadi toy

Di celah ribuan penyokong Pakatan Rakyat di Permatang Pauh

Insyirah di usia 11 bulan...cerdik dan solehah

Aug 12, 2008

apabila mahasiswa sudah 'berani'

Apabila pagi tadi sejumlah besar mahasiswa UiTM Shah Alam berhimpun dan berarak dari Dataran Shah Alam ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan menyerahkan memorandum kepada wakil MB Selangor, saya katakan, "waaa, mahasiswa yang masih di bawah Auku sudah 'berani' sekarang!!"

Isunya adalah apabila MB Selangor menyuarakan pendapatnya supaya 10% kuota kemasukan ke universiti ini dibuka kepada bukan bumiputera. Banyak pandangan yang sempat saya dengar sepanjang hari ini, sudah semestinya dari corong Radio 24. Antara yang bersuara termasuk Presiden Persatuan Pelajar UiTM (yg juga ketua perarakan pagi tadi) dan juga Dato Seri Naib Canselor UiTM.

Tapi bukanlah isu pendapat sesiapa yang ingin saya coretkan di sini. Tetapi lebih kepada tindakan dan 'keberanian' lah yang saya boleh katakan di sini terhadap perhimpunan dan perarakan pagi tadi. Walaupun mahasiswa ini masih tertakluk di bawah Auku, namun atas sebab-sebab tertentu terhadap isu ini, mereka 'berani' menyuarakan pendapat dan bantahan terhadap kenyataan seorang Menteri Besar sebuah kerajaan negeri (yang mana kampus utama UiTM ini terletak di dalam negeri MB ini). Dan tiada pula sebarang kejadian tangkapan atau tindakan dikenakan terhadap mahasiswa-mahasiswa yang ramai ini atas nama Auku. Itu yang menjadi kekaguman saya, nampak kerajaan negeri lebih terbuka menerima perbezaan pendapat yang tidak bersetuju dengannya.

Walhal sebelum-sebelum ini sudah banyak mahasiswa yang berusaha menyuarakan pendapat dan bantahan mereka terhadap kerajaan seperti isu ISA, isu pilihanraya kampus dan sebagainya, namun mahasiswa ini yang akan menerima tindakan universiti akibat pendapat yang disuarakan, alasannya mahasiswa punyai Auku yang mengawal batang tengkuk mereka. Maka berlakulah siri-siri tangkapan dan sehingga didakwa di mahkamah, kes ISA 7 yang famous satu ketika dulu membabitkan himpunan mahasiswa membantah ISA.

Implikasi tindakan atas nama Auku ini lah yang banyak membuatkan mahasiswa sedikit kendur daripada menyuarakan pendapat mahupun bantahan terhadap apa-apa tindakan di pihak kerajaan. Siapa tak takut kena buang atau kena gantung universiti? Saya pun takut beb masa mengaji universiti dulu. Itupun sempat juga 'buat kesalahan Auku' barang sekali dua, tapi yang paling high-profile ialah masa buat mogok lapar lah tahun 2002 dulu!! Tapi alhamdulillah, tak kena apa-apa, sempat juga naik dewan konvokesyen :-)

Ini juga yang baru-baru ni diperkatakan tentang usaha untuk meminda Auku bagi membolehkan para mahasiswa lebih aktif terlibat dalam perkembangan semasa dalam dan luar negara, maknanya sedarlah juga di pihak kerajaan yang Auku selama ini memang ada keburukannya! So kalau begini rupa 'berani' MPP UiTM dan mahasiswa di sana untuk isu ini, lagi bagus kalau lepas ni mereka lebih 'berani' lagi memperjuangkan isu-isu secara menyeluruh, dan bukan setakat apabila kena batang hidung mereka saja.

Jadi harap-harapnya lepas ni dan lepas Auku dipinda (jika berlaku), para mahasiswa di seluruh negara akan lebih berani menyuarakan pendapat secara ilmiah dan bebas dan betul-betul berani membela isu-isu yang menjadi kepentingan masyarakat...student power!!

Aug 11, 2008

berjalan dan mendaki bukit tabuh

Semalam tercapai hasrat saya selama ini untuk mendaki Bukit Tabuh, Ulu Klang. Bukit yang letaknya tak jauh dari rumah saya, yang saban hari saya lihat sejak dari kecil sampai dah ada anak sorang ni, akhirnya dapat juga saya daki.

Bersama 5 orang lagi geng dan ditemani 3 orang dari pejabat renjer Gombak, kami mulakan pendakian yang amat mencabar dan menguji tenaga kelelakian kami...hehehe...kepada set-set Gombak Setia dan Batu Caves, sorila kami di Hulu Kelang tak layan badminton dah, kami naik bukit terus, baru ada challenge!! (Saja nak sakat, padahal memang Hulu Kelang takda player badminton pun!)

So cerita lanjut tengok foto-foto ni ajelah.... :-)

Mizi, Zaharin, Mizan, Abg Zul, Habib dan cameraman...

Cabaran pertama, kena redah sungai dulu

Tu curam tu...macam komunis masuk hutan tu

Hehe sempat thumbs up lagi, kita tengok lepas ni....

Alamak, mengah dah ni, amacam ni abg zul

Ok steady lagi, kontrol napas!!

Salah satu pendakian yang mencabar..ada tali lagi

Dengan background kawasan Taman Melawati

Ini sebelah Kg Kemensah, sudah licin kena tarah...

Ini kawasan Taman Melawati...cantik lagi

Nak tau apa dia? Ni kain rentang perasmian Taman Warisan Selangor sempena Selangor Maju 2005 dulu...

Tu dia, sikit punya baik posing abg zul kita...

Tu dia empangan Klang Gate...pertama kali dapat tengok

Puncak ni boleh view arah UIA Gombak

View pertama empangan..

Brader-brader renjer yang sempoi..

Tu salah satu puncak Bukit Tabuh ni juga, puncak Ranjau ke Deboi..tak sure

Besar sungguh empangan ni

Subhanallah, cantik empangan Klang Gate ni

Cantik kat atas ni...

Alahai, baru sekejap dah sibuk nak telefon bini.. :-p

Puncak dah ni, sama Zaharin dan Habib

Bergaya dari jauh saja la, tak berani mai sini...

Hanya yang cekal saja dapat menyeberang ke sini..

Nice view...

Unik, macam ada line putih membelah!!

Batu-batuan kristal

Alahai, nak berlakon pun janganla senyum weih...


Nice...

Rilek...macam piknik tepi tasik...

Semua kami bersama renjer...

Layan mandi sungai la dah penat mendaki..

2 paip besar dari Dam Klang Gate dihantar untuk diproses di KL..

Itulah puncak yg kami daki, nampak kain rentang putih tu, tinggi tak?

Aug 9, 2008

pengecut....sikit-sikit ISA

Isu Forum 'Memeluk Islam' anjuran Bar Council hari ni mengundang reaksi pelbagai, khusyuk saya mendengar pelbagai pandangan yang dikemukakan sepanjang hari semalam dari Radio 24.

Dan hasil akhirnya pagi ni, forum tersebut dibatalkan atas nasihat pihak Polis walaupun pada awalnya Bar Council tetap dengan hasratnya untuk meneruskan forum berkenaan.

Saya pun tak lah nak komen tentang wajar atau tak wajar forum ini dianjurkan, yang pastinya akan menyentuh tentang artikel 121(a) Perlembagaan Persekutuan, yang saya pun takdelah reti sangat bab undang-undang ni. Ikut berita ini, ahli forum beragama Islam yang terlibat ini patut guna platform ini untuk defend Islam, pertahankan hak-hak Islam dan beri kefahaman kepada ahli-ahli Bar Council yang bukan Islam untuk memahami isu-isu sensitif sebegini.

Bagi saya juga sebaiknya penganjur jemput pihak-pihak yang berkaitan, NGO-NGO Islam, Ppim, Gpms, PAS, Umno dan sapa-sapa yang sentiasa merasakan ancaman apabila timbul isu-isu sensitif sebegini untuk hadir dan boleh memberi pandangan masing-masing(wallahu a'lam saya tak tau ada jemputan atau tak). Inilah masanya untuk kita melakukan engagement dengan pihak-pihak ini, inilah ruang untuk kita memahamkan mereka, dakwah kepada mereka, rather than we demonstrate our anger pada mereka.

Tapi yang paling saya sengal bila baca statement dari Naib Presiden umno ni, ni apa bala plak nak pakai ISA ni? Sikit-sikit ISA, sikit-sikit ISA, takde cara lain ke nak selesaikan masalah? Inilah mentaliti pemimpin di atas sana, rasa tergugat sikit, nak pakai ISA. Tuduh orang itu dan ini, tangkap dan simpan dalam penjara, tanpa peluang untuk pertahankan diri. Itu yang saya oppose gila-gila dengan ISA ni...termasuk orang yang suka sangat menggunakan ISA untuk mempertahankan kedudukan dan kekuasaan...

Bagi saya kenyataan macam ni takde justifikasinya. Ini bukan kaedah demokrasi yang sibuk dilaungkan selama ini. Ruang untuk menyatakan pendapat dan pandangan disekat dan ditutup. Sebaliknya ancaman dan ugutan yang sentiasa dimainkan, tujuannya hanyalah nak membina suasana ketakutan terhadap masyarakat.

Sikit-sikit ISA, sikit-sikit ISA....PENGECUT!!!

Aug 2, 2008

bila dah sombong dan ego...

Dalam perjalanan nak ambil Nadiah dan Insyirah petang Khamis lepas, sekira-kira tinggal beberapa meter je lagi nak sampai, kereta saya dilanggar orang. Masa tu saya berhenti di simpang dan lihat ada sebuah Camry hitam tengah reverse kereta, nampak macam laju, rupe-rupenye memang betul-betul laju dan terus hentam depan kereta saya tanpa sempat saya hon.

Hmm sakitnya hati bila kereta eksiden ni. Memang menyusahkan. So seperti biasa kalau involve dalam eksiden, saya akan tenangkan diri supaya takde pergaduhan yang berlaku, nak buat macam mana, dah eksiden, bukan sesiapa pun suka eksiden, kereta rosak, duit habis, masa habis, hati pun sakit...

Tapi hari ni lain macam. Bila driver Camry tu tengok kerosakan yang dia sudah buat atas kereta saya (kereta dia calar sikit je, Camry la katakan), dia kata dia cuma nak ganti lampu kanan yang pecah saja. Walhal akibat hentaman sebuah Camry tu, habis bumper kereta saya jatuh, for sure panel dalam pun tertolak, dan yang pasti braket depan pun akan lari juga dan saya takut juga kalau radiator jadi apa-apa .Pengalaman lepas, kena langgar lari banyak mengajar saya untuk melihat kesan eksiden secara keseluruhan.

Puas saya bertegang dengan pemandu Camry ni untuk menanggung semua kerosakan kereta saya, dia tetap berdegil nak ganti lampu saja. Saya pun pening dan tak faham dengan sikap orang ni, tinggi juga la suara saya dalam pertengkaran tu, saya ingat semua orang di sekeliling kedai makan di situ tertumpu pada kami dan saya yakin semua di situ juga nampak bagaimana Camry ni langgar kereta saya.

Walaupun dia admit memang salah dia, dia admit masa reverse dia tak tengok sebelah kanan side mirror dia, dia juga minta maaf pada saya di akhirnya, tapi dia tetap dengan kepala batu dia, buta perut dia, menegakkan benang yang basah mengatakan hanya lampu saja yang dilanggarnya. Akhirnya lepas hampir setengah jam bergaduh yang tak mendatangkan faedah, saya terima ajelah duit yang dia nak bagi walaupun saya tau saya tetap kena keluar duit poket sikit untuk tampung kerosakan ni. Saya fikir, "takpelah, daripada aku report polis, buang masa aku, dan mungkin nak claim pun tak dapat sebab bawah rm500 je..."

So itulah masalahnya bila orang dah sombong dan ego yang cukup tinggi, sendiri buat salah, sendiri jugak dah mengaku dia salah, tapi sendiri jugak tak mau tanggung akibat kesalahan tu. Sempat juga saya pesan pada dia, next time kalau jadi macam ni pada kereta dia, apa dia akan rasa. Saya doa Allah hindari saya dari sikap sombong dan ego macam ni...Amiin