Mar 27, 2009

Jom ke Bukit Gantang!!

Dalam satu ziarah saya menemani YB Pak Abu bulan lepas ke kematian seorang warga Hulu Kelang berbangsa Cina, kedatangan seorang wakil rakyat ke majlis itu tidak begitu dialu-alukan oleh saudara-mara si mati. Hanya setelah diperkenalkan oleh Ketua Kampung yg wakil rakyat Hulu Kelang ini bukan dari parti keris mahupun dacing, bahkan dari parti bulan, sambutannya berubah terus 180 darjah. Hmm nampaknye momentum sokongan selepas setahun masih memihak kepada pakatan walau seteruk mana serangan dilakukan.

Tapi yg saya nak ceritakan di sini adalah di tengah-tengah urusan penyerahan sumbangan dari kerajaan negeri untuk warga emas yg mati itu, beberapa orang Cina ini datang utk bersembang dengan YB Pak Abu. Mereka terus menyatakan sokongan mereka untuk pakatan walaupun ada yg merupakan ahli parti cina dan peng'infaq' tetap kepada bangunan parti cina itu.

Tapi yg paling menarik adalah bilamana mereka suruh YB meneka siapakah orang yg paling tepat utk memimpin pakatan sekiranya Anwar Ibrahim sudah tiada. Terus mereka menjawab.."NIZAR JAMALUDDIN", ya orang yg dalam foto di atas. Saya fikir ini adalah jawapan tulus dari org Cina yg kini melihat seorang pemimpin PAS sebagai seorang yg sangat berkarismatik untuk memimpin negara ini. Imej pelampau, militan dan sebagainya yg selama ini digambarkan kpd pimpinan PAS nyata sedikit demi sedikit sudah hilang dari persepsi masyarakat. Seorang teman pula menambah, Nizar lebih baik sebab dia lebih Islamik..

Dan InsyaAllah itulah calon PAS bagi Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang yg akan dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang yg baru pada 7 April 2009 ini. Ayuh kita bertolak ke Bukit Gantang malam ini untuk kita hantar Menteri Besar Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yg ke-3 ke Dewan Rakyat. Moga Allah beri pertolongan...

Mar 25, 2009

Air di Selangor (Catatan 1)

3 Reasons why the Federal Government must not take over


1. You will pay higher rates for water
  • No more Free Water for 20m3 Policy
  • Increase in water tariff
  • If State Government takes over, it will lower water rates
  1. Current rate is RM1.33/m3
  2. By 10% in 2009 to RM1.33/m3
  3. By 20% in 2011 to RM1.18/m3
  4. By 25% in 2013 to RM1.11/m3
  • Continued poor quality of water poor service under Syabas

2. It is a backdoor Bail-out

  • Federal Government will bail-out its cronies who are deeply in debt
  1. Puncak Niaga’s debt: RM1.3 billion
  2. Syabas’ debt: RM2.9 billion
  3. Splash’s debt: RM1.6 billion
  4. Abbas’ debt: RM640 million

TOTAL DEBT: RM6.4 billion

  • Federal Government will pay extremely high prices to concession companies for their assets
  • Money is taken from the masses and given to the already rich
  • Corrupt practices will continue in the way it has


3. Syabas will profit despite bad track records

  • Syabas is the monopoly distributor of water in Selangor and Kuala Lumpur
  • Federal Government will give the monopoly operating license to Syabas
  • Quality of water has deteriorated tremendously water smells bad and is filthy
  • Poor response to water problems
  • No open tenders for more than 72% of contracts worth RM600 million
  • We pay RM50 for water reconnection fees, compared with RM10 in the past before privatisation
  • More than RM325 million in discrepancy was found between the summary contracts awarded in 2005, 2006, and 2007 and Syabas’s review document
  • Between 2005 & 2007, Syabas exceeded its ceiling of contract value by RM200 million
  • RM51.2 million was spent to renovate the Syabas office when the Selangor Water Regulatory Department (JKAS) only approved RM23.2 million for this in 2005
  • Under Syabas’ agreement, 25% tariff hike is scheduled for 2012, followed by a 20% hike in 2015, a 10% in 2019 and a 5% hike on 2021, 2024, 2027 and 2030
  • The Executive Chairman of Puncak Niaga Holdings Berhad was paid RM5.1 million Director’s Fees in 2007 (RM425,000 a month!) one of the highest Director’s Fees in Malaysia
  • He is also Executive Chairman of Syabas, 70% of which is owned by Puncak Niaga
  • Pipe scandal:
  • Purchase of pipes from Indonesian companies of RM600 million
  • These companies are also owned by the same person above!
  • Why did the Federal Government give a handout of RM2.9 billion in grants and loans although Syabas is privatized?
  • Syabas is the only monopoly distributor of water in Selangor and Kuala Lumpur
  • Despite bad track records, the Federal Government will continue to give the monopoly operating license to Syabas

Water is a fundamental human right and should not be transformed into a profitable commodity. Governments have a responsibility to realise this right. By paying concession companies sky-high prices, the Federal Government is privatising profits and socialising losses

Mar 24, 2009

Balkis disiasat

Sesi pendengaran awam oleh Jawatankuasa SELCAT Dewan Undangan Negeri Selangor sedang berlangsung dari semalam sehingga 31 Mac 2009 ini di Bangunan Annex, Dewan Undangan Negeri Selangor, Shah Alam. Dalam sesi pendengaran awam ini, isu yang sedang disiasat ialah berkaitan pertubuhan Balkis, iaitu pertubuhan bini-bini wakil rakyat umno-bn di Selangor yang kini telah dibubarkan selepas suami-suami mereka tidak lagi memerintah kerajaan negeri tahun lepas.

Isu ini agak hangat selepas pilihanraya lalu disebabkan ia melibatkan kewangan dan dikhuatiri terdapat unsur-unsur penyelewengan dan salahguna kuasa. Saya berkesempatan masuk ke sesi pendengaran awam hari pertama semalam di mana ahli-ahli jawatankuasa khas SELCAT ini yang dianggotai oleh semua ahli dewan undangan negeri dari parti-parti politik termasuk parti keris pembangkang di Selangor.

YB Pak Abu, YB Azmin, YB Teng Speaker, YB Haniza Timb Speaker

Saksi-saksi yg dipanggil semalam ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), bekas Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan CEO Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Dan saksi-saksi seterusnya adalah melibatkan CEO Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), bekas Presiden Balkis dan juga bekas Menteri Besar Selangor dan juga mungkin ada lagi pegawai-pegawai dan pengurus besar anak syarikat kerajaan negeri.

Banyak persoalan yg dibangkitkan melibatkan peruntukan 'sumbangan sosial' kewangan sama ada dari perbendaharaan kerajaan negeri mahupun daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri. Hakikatnya Balkis hanyalah sebuah NGO biasa tetapi mendapat layanan dan peruntukan kewangan yg sangat istimewa hanya mungkin kerana ia dianggotai dan diketuai oleh isteri kepada seorang menteri besar. Untuk satu majlis makan malam pada tahun 2007, Balkis berjaya 'mengutip' sumbangan sehingga RM700,000. Saya fikir kalaulah NGO Muslimcare atau Yayasan Amal Malaysia dapat duit sebanyak tu, kenduri besar lah satu negeri.

Saya juga sikit hairan dengan prosedur permohonan sumbangan sosial (corporate social responsibility - CSR) sama ada kerajaan negeri ataupun anak-anak syarikat ini. Dalam rekod dan akuan saksi2 semalam, daripada jutaan sumbangan yg diberikan kepada Balkis, hanya beberapa transaksi yg melibatkan sumbangan terus kepada Balkis berdasarkan permohonan yg diajukan, selebihnya tak salah saya mungkin hampir 80-90% sumbangan dibuat berdasarkan bil/resit atau invoice yg diajukan terus kepada anak2 syarikat ini. Maknanya invoice/resit tu adalah atas nama anak2 syarikat dan bukannya atas nama Balkis. Eh macam anak2 syarikat ni Bendahari atau istilah Tuan Speaker semalam, 'tukang bayar' kepada segala perbelanjaan Balkis. Pelik bukan?

Satu lagi yg best adalah 2 tuntutan yg dibuat kepada KDEB. Pertama ialah tuntutan tiket kapal terbang ke Guangzhou, China untuk 7 orang, 6 tiket kelas ekonomi dan 1 tiket kelas bisnes. Lawatan ini diketuai oleh Presiden Balkis, iaitu isteri MB ketika itu, so boleh agak ke siapa punya tiket kelas bisnes tu? Tujuan lawatan adalah untuk membeli hadiah dan cenderahati, kira shopping la ni. Kedua ialah tuntutan pembelian hadiah ini berjumlah lebih RM200,000. Tapi yg menariknya, hadiah dibeli di Guangzhou, tapi invoice dikeluarkan oleh sebuah syarikat di Bandar Menjalala (betul, bukan Bandar Menjalara!!) Kepong, KL. Macam mana la, claim macam ni pun boleh lulus? Bukan dua ringgit, tapi dua ratus ribu ringgit, banyak tu..

Banyak lagi la transaksi2 yg meragukan dan tak masuk dek akal kalau kita dengar. Tapi dari jawapan2 saksi2 ni, bukan calang2 saksi2 ni, tapi orang nombor satu di organisasi dan syarikat masing2. Tapi bila dengar jawapan mereka ni, terdetik dalam hati, alahai orang macam ni ke yg dipilih untuk menguruskan syarikat yg tersenarai dalam Bursa Malaysia? Memang semuanya YES MAN saja kepada arahan orang atas. Banyak jawapan yg diberi semalam ialah mereka cuma luluskan saja sumbangan dan tak semak kewajaran atau penggunaan sumbangan kewangan yg begitu besar yg diluluskan. Saya nak je tanya, cuba kalau kampeni tu kamu yg punya, atau famili kamu yg punya, boleh ke buat macam tu. Luluskan sumbangan hingga beratus-ratus ribu ringgit tapi tak semak atau tapis permohonan dengan baik, bahkan ada sumbangan tu pakai permohonan/persetujuan mulut aje, takde surat permohonan mahupun sebarang kertas kerja. Takde punya, sebabkan kampeni ni kerajaan negeri yg punya, gaji CEO pulak RM120,000 sebulan, lantaklah nak pakai duit banyak mana pun. Janji kedudukan aku selamat, gaji masyuk tiap bulan, bini MB Selangor puas hati.

Sehari mendengar jawapan2 saksi2 besar ni yg mukanye masing-masing dah pucat, berpeluh, jawapannya kelok sana kelok sini, memang suatu yg menyedihkan. Bagaimana peruntukan kewangan untuk rakyat yg begitu besar habis kepada segelintir pihak dan atas tujuan yg tidak memanfaatkan rakyat negeri selangor. Sekadar untuk memuaskan hati sebilangan kelompok tertentu. Takde rasa bersalah langsung semasa meluluskan peruntukan kewangan yg sebegitu besar ini. Juga pendengaran awam ini adalah suatu yg telus dan jujur bukan saja untuk membetulkan kesilapan kerajaan lalu, tapi juga untuk panduan kepada kerajaan sekarang supaya tidak menyeleweng dan melakukakan kesilapan yg sama. Sebabnya kuasa dan duit ini adalah amanah yg harus dilaksanakan sebaiknya dan memanfaatkan rakyat Selangor seluruhnya.

Kalau ada masa tengok live streaming di sini

Hanya tinggal 5 orang ahli JK SELCAT, lagi 2 org sudah cabut

Mar 13, 2009

kisah janggut dan operasi subversif di Selangor

Ini cerita tentang persidangan dewan Undangan Negeri Selangor yg berlangsung sejak 10 Mac 2009 lalu dan akan tamat pada 17 Mac 2009 ini. Kali ini saya tak lah terlalu rajin masuk ke dalam dewan untuk mengikuti persidangan kali ini, hanya mengikuti di lobi dewan atau di ruang Annex dewan undangan.

Semalam pula heboh sedikit apabila cerita ini dan ini disiarkan. Ada kawan sms, "haramjadah punye anak toyo", dan banyak lagi respon2 berkaitan insiden ini. Dan lewat malam tadi sempat ayahanda Pak Abu bercerita sedikit tentang insiden ini, katanya pada awalnya bekas MB ini dilihat agak casual, tetapi akhirnya ia berubah menjadi emosional dan berlakulah insiden janggut itu ditarik atau mungkin hanya dipegang sedikit (sebab saya rasa janggutnya lebih pendek di'trim' berbanding janggut saya). Dan bagi Pak Abu, insiden ini dilihatnya sebagai cubaan bekas MB ni untuk pre-empt sekiranya kes penyelewengan yang didedahkan itu mempunyai kes dan isterinya boleh disabitkan dengan apa-apa tuduhan. So dia nak bubuh siap-siap kalau jadi apa2 pada isteri atau diri dia sendiri, semua tu berpunca daripada pendedahan Pak Abu.

Kalau tak bersalah, buat apa gertak2 orang macam tu, gentleman lah sikit. Saya ingat dia dah agak kepanasan sikit sebab 2-3 hari sidang dewan kali ni, banyak pendedahan dibuat oleh ahli2 dewan Pakatan Rakyat, betul2 kena godam dia kali ni. Dan hari ni, di ruang Annex dewan undangan, ada 4 orang SB dari IPK Selangor datang. Dan salah seorang wartawan yg membuat liputan insiden ni telah 'bersuai kenal' dengan SB ni. Ni semua cubaan untuk harass wartawan yg membuat liputan sepanjang persidangan kali ini dan khususnya yg melibatkan dengan bekas MB tersebut.

'Tamu' dari IPK Selangor mengawasi para wartawan dan orang awam

Sebentar tadi pula satu usul dibentang berkaitan satu operasi subversif yg digelar oleh ahli2 dewan. Dibentangkan satu kertas kerja atau minit mesyuarat tak salah saya, berkenaan satu program yang dirangka oleh Jabatan Pembangunan Negeri Selangor dengan objektif untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat dan meningkatkan sokongan kepada kerajaan Persekutuan. Memang gerakerja ini adalah bermotif politik dan bukan untuk pembangunan negeri dan rakyat Selangor. Sebab ahli2 dalam taskforce ini adalah antaranya Majlis Keselamatan Negara dan Suruhanjaya Pilihanraya (apa kaitan SPR dlm pembangunan negeri??)

Usaha ini jelas satu penyalahgunaan kuasa dan satu bentuk pelanggaran konsep federalisme dalam perlembagaan persekutuan dan menampakkan ketidakmatangan berpolitik. Mungkin semangat kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak cuba diambil dan mensasarkan kerajaan Pakatan di Selangor pula. Memang mereka ni yg kuat berpolitik, bila diajak berbahas dan berbincang secara hujah di dalam dewan undangan, hanya 2-3 orang saja yg ada, yg lain ponteng tak masuk sidang. Sibuk politik nk menjatuhkan kerajaan negeri yg sah, dan sibuk juga politik pemilihan parti mereka tak lama lagi. Alamatnya rakyat yg jadi mangsa...

YB ADUN Hulu Kelang membahas usul (kt lobi dewan je)

Mar 8, 2009

bukan sin chan, tapi ILHAN

Itulah nama adik Insyirah, ILHAN BINTI MUTHANNA. Ilhan dalam Bahasa Arab bermaksud "cerdik dan memahami" atau "sangat cerdik". Banyak ustaz saya ta'kid kan maksud Ilhan ni melalui sms, dengan Ust Syarhan, Ust Farhan, Ust Fawwaz, Ust Tontowi dan tak lupe juge Ustazah Marwah mama hanin. Ada beberapa versi jawapan juga yang diterima, tapi akhirnya inilah nama yang kami pilih. Mudah-mudahan Ilhan membesar seperti namanya juga.

Sehari sebelum cukup 7 hari, Ilhan kena tahan wad, sebab kuningnya tinggi. So masa aqiqah Ilhan, ummi dan Ilhan tak ada sekali, tapi sekarang dah keluar walaupun masih perasan kuningnya sampai ke kaki. Kena kerja keras lah sikit kami nak turunkan kuning Ilhan. Jangan sampai Selasa ni Jururawat datang suruh cek darah lagi, kena masuk wad pula, kesian la adik.

Alhamdulillah beberapa tanggungjawab terhadap kelahiran anak kedua kami ini dapat diselesaikan segera. Cukup hari ketujuh, Ilhan diaqiqahkan dengan seekor kambing, dijamu orang makan, diberi nama yang baik, dicukur kepalanya. Seterusnya disedekahkan harta atas nilaian emas/perak timbangan rambut (ni belum lagi, yg Insyirah punye pun tak buat lagi), dikhitankan (ni pun belum lagi) dan akhirnya yang paling berat sekali adalah untuk membesarkan anak ini dengan acuan dan ajaran Islam yang sebenar-benarnya.

Daripada seorang anak, kini sudah menjadi dua. Banyak perkara perlu di'adjust' semula. Semua perlu disesuaikan selaras dengan tanggungjawab yang dah semakin bertambah. Keseronokan mendapat cahaya mata baru ni memanglah menambah kebahagiaan, tapi ia juga menuntut kebijaksanaan abi dan ummi dalam mengurus dan merencana proses pendidikan dan pembesaran anak-anak tersayang, Insyirah dan Ilhan.

Dengan semangat maulidurrasul SAW, sesuai sosok tubuh Nabi SAW itu sendiri dijadikan ikutan. Baginda bukan hanya seorang pemimpin masyarakat dan ummah, bahkan juga seorang suami, ayah, datuk yang hebat. Banyak kisahnya yang boleh dijadikan pengajaran. Bukan macam satu drama yg saya tonton semalam, lakonan M Rajoli (mungkin awal 90an, semua pelakon masih muda!) bertajuk Tuan Guru. Tuan Guru yg hebat 'berdakwah' dengan ajaran sesatnya, memimpin jemaah dan juga memimpin 4 orang isterinya. Tapi semua 4 isteri yg menanggung nafkahnya atas alasan untuk tabung jemaah dan jihad. Pastinya seorang suami dan ayah yg sibuk berdakwah di luar, mesti bijak mengurus masanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Buat Solah, kalau belum sunat, jangan berangan lebih-lebih :-)

Ilhan 3 hari dalam wad

Sembelih kambing untuk aqiqah Ilhan

Sahabat dan saudara makan kenduri aqiqah

Cukur kepala Ilhan

Ilhan dah gondol..

Lagi gambar Ilhan di sini

berjalan menentang PPSMI

Isu ini sudah lama ditentang, bahkan sejak ia mula diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu lagi ia sudah dibantah. Namun kali ini ia sudah memuncak dan dibantah secara terbuka oleh segenap lapisan masyarakat. Mungkin sebab dah lepas 6 tahun, iaitu satu generasi anak-anak pelajar Malaysia yang 'menikmati' 'kebijaksanaan' pelaksanaan dasar ini, iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Semalam saya turut sama berjalan bersama Gerakan Mansuh PPSMI (GMP), yang diketuai oleh golongan pendidik, akademik, bahasa dan sasterawan. Saya fikir orang-orang berstatus Professor, Professor Madya, Professor Emeritus ini arif sungguh dalam bidang yang mereka perjuangkan ini. iaitu isu BAHASA. Yakin saya mereka ini tidak perlu dipergunakan oleh sesiapa terutamanya parti-parti politik untuk menentang dasar pincang ini, namun semalam mereka turun ke jalanraya atas semangat demokrasi untuk menunjukkan betapa bencinya mereka kepada dasar ini.

Imbauan saya pada tentangan pada isu ini ialah kepada Naib Canselor pertama UTM, Tan Sri Ainuddin Wahid (yg saya sangat respek beliau sebagai seorang NC!!). Beliau datang ke UTM pada tahun 2002/2003 tak silap saya. Dalam satu forum anjuran Persatuan Kakitangan Awam UTM di sebuah dewan kuliah N24, kebetulan hari yg sama, Perdana Menteri ketika itu membuat lawatan rasmi ke UTM, Tan Sri Ainuddin menggesa mahasiswa bangkit menyatakan bantahan direct terhadap dasar ini kepada PM. Dan kesimpulan yang dibuat beliau yg masih saya ingat sampai sekarang, "Bahasa jiwa bangsa, hilang bahasa, hilanglah bangsa". Nampaknya bangsa ini akan hilang tak lama lagi jugalah, atas tangan mereka sendiri..

Perarakan ke Istana Negara bermula dari Masjid Negara akhirnya disuraikan dengan puluhan tembakan gas pemedih mata. Rasanya gas kali ni lebih power dan menyakitkan. Tak hujan pulak, kalau hujan berterusan dari awal perarakan, mungkin kesan gas ni tak begitu kuat. Selepas 2-3 round 'menikmati' udara tercemar yang menyakitkan ini, ternyata semangat pembantah masih kental...dan akhirnya saya fikir biarlah apa yg dikatakan oleh Sasterawan Negara, Dato A Samad Said itu terus diterjemahkan, "gunakan bahasa undi jika dasar PPSMI ini masih diteruskan"

Pembantah berjalan...

Pertahan bahasa ibunda, Melayu, Cina, India...

Macam reunion dengan kawan2 UTM lama plak...

Kesan gas pedih mata mula rasa..

Di hadapan Istana gas dilepaskan...


Semua terus ke Istana walaupun mata dah tak boleh buka...

Lagi tembakan

Berkepul asap tu, pedih jangan cerita la...

Asap gas makin banyak

Berjalan tanpa melihat....