Apr 29, 2009

bertemu tokguru baba Abd Rahim

Di hujung2 pengajian saya di UTM dulu, saya 'tercampur' dengan sahabat2 yg kaki mengaji, kalau mengikut istilah Ustaz Farhan, golongan yg ketagih kuliah, sehari tak dengar kuliah boleh menggigil. Apapun ini rahmat yg Allah kurniakan yg membuka satu lembaran dan peluang baru dalam hidup saya. Itulah peluang untuk mendalami ilmu dan mengenali golongan ulama' dengan lebih dekat lagi.

Selesai latihan praktik di Kuala Lumpur selama satu semester, saya bersama teman2 mengaji ni ke Pasir Mas, Kelantan untuk mengaji pondok di sana. Kebetulan ketika tu Ramadhan menjelang tiba, jadi bukan sekadar dapat peluang mengaji pertama kali di pondok di Kelantan, tapi dapat juga merasai suasana Ramadhan di negeri Serambi Mekah itu.

Selama 2 minggu kami yg lebih kurang berbelas orang dari UTM memanfaatkan cuti semester untuk mengaji menadah kitab dari tok guru Baba Abd Rahim di balaisah beliau di Kg Aur Cina, Pasir Mas. Di sinilah saya mengenal kitab2 kuning, saya belajar kaedah talaqqi menadah kitab daripada alim ulama'. Di sini jugalah saya terdedah dengan kaedah2 ilmu Al-Asy'ariah, Al-Maturudiah dan beberapa disiplin ilmu Islam lagi. Yang mana selama ini saya kenali dan pelajari dari sisi dan aliran haraki dan kontemporari saja.

Pengalaman berpuasa di Kelantan juga suatu yg menarik bagi saya. Ditambah pula dengan title 'pelajar pondok' sudah cukup mendatangkan hormat di kalangan masyarakat di sana. Sehinggakan masyarakat di sana perlu menempah mengikut giliran untuk menjemput kami ke rumah mereka untuk berbuka puasa setiap hari. Selain pengajian yg diperoleh, yg paling saya tak lupa ialah gulai kawah, hmm memang sedap!!

Semalam saya menziarahi Baba Abd Rahim di Saujana Utama, Sg Buloh. Kebetulan beliau mengajar di sekitar Sg Buloh selama seminggu setiap bulan, jadi saya bawa bersama ummi, Insyirah dan Ilhan untuk menziarahi beliau. Tokguru saya itu masih seperti 5 tahun lepas, cuma nampak keletihan sikit. Saja nak berjumpa dan perkenalkan dengan keluarga saya, walaupun akhirnya Insyirah yg dah sedia berbaju kurung dan bertudung nk berjumpa tokguru abinya tertidur kepenatan di depan tokguru Baba.

Dan baba menyebut nama2 teman yg masih dalam ingatannya seperti Syukor dan Rizal Mahyudin yg selalu menghubunginya. Dan yg lain yg dalam ingatannya ialah Ahmad Sanek, Rizal Ghazali, tak lupa juga Ridwanto, adapun saya ni taklah selalu bertanya semasa mengaji dulu, tapi mungkin atas sifat baba mengingati ayah, maka saya pun dia ingat dan akhirnya dapat bertemu semalam.

Dari sini jugalah saya akhirnya pada semester akhir (masa tengah sibuk2 buat thesis final projek tu) 'tersibuk' juga dengan program Kolokium Ilmu di Masjid UTM, iaitu program seminggu bersama ulama' hebat, Syeikh Nuruddin Marbu. Yang saya dan Rizal Ghazali percaya dengan berkat ulama' inilah projek final semester kami berjaya diselesaikan (mudah2an). Itulah sedikit coretan pengalaman saya bersama geng2 mengaji dan pengalaman pertama menadah ilmu daripada ulama'. Dan sepanjang perjalanan pulang selepas menziarahi Baba Abd Rahim semalam, tidak henti saya berkongsi cerita dengan ummi tentang pengalaman ini di kala anak2 dah tertidur kepenatan...

Apr 27, 2009

bolasepak Malaysia

Sabtu lalu pasukan bola sepak Selangor menang final Piala FA di Stadium Bukit Jalil. Sebetulnya saya bukanlah seorang penyokong setia pasukan Merah Kuning ini, walaupun seorang anak kelahiran Selangor. Perasaan ingin menyokong Selangor hanya mula ada masa belajar di universiti, iyelah dah jumpa kawan2 dari negeri2 lain, terasa la nak menyokong negeri kelahiran.

Tidak juga saya mengikuti perlawanan Liga Malaysia sejak prestasi bolasepak negara ini mula menurun. Entah memang tiada tarikan untuk menonton, apatah lagi nak mengikuti perkembangan semasa. Sekadar membaca keputusan2 yg kadangkala menang, kadangkala kalah teruk di saingan kelayakan piala dunia, piala asia mahupun sukan sea. Sepanjang ingatan saya, semasa bolasepak Malaysia di era semi-pro sekitar awal 90-an dulu saya lebih mengikuti perkembangan Liga Semi-Pro Malaysia dengan penuh minat.

Pada masa itu juga saya bukan penyokong setia mana-mana pasukan. Saya pernah menyokong pasukan Kuala Lumpur, Kedah dan juga Singapura. Ada juga pemain-pemain dalam liga semi-pro ni, tak kira pemain tempatan ataupun pemain import yang pernah saya minati, lebih kurang sama hebat dengan pemain-pemain Liga Perdana Inggeris yg saya tonton sekarang. Adapun pasukan Selangor ketika itu tidaklah mendapat sokongan saya, mungkin sebabnya sama seperti apa yg seorang teman sebut malam Sabtu lalu ketika dia meraikan Kelantan menjaringkan gol pertama perlawanan apabila saya pertikaikan beliau bersorak gol tersebut, "aku tak sokong Selangor, sebab Selangor ni menang sikit je, riuh macam menang Piala Dunia!". Saya jawab, abis tu pasal apa duk tinggal kat Selangor, selamber je dia jawab, aku duk kat bumi Tuhan...habis dah aku!!

Sepatutnya saya ke Stadium malam tu, tengok live sebab tiket yg disponsor oleh YB ADUN melalui Majlis Sukan Negeri pun dah ada kat tangan. Tapi rasa malas nak bersesak2 kat sana, jadi saya serahkan tiket tu pada seorang teman. Kebetulan sahabat ni nama dia Wan, org Kelantan la maksudnye. Cepat2 saya bagitahu, "ini tiket kuota Selangor tau, kau jangan masuk penyokong Kelantan lak!!". Dia terus jawab, aku lahir kat Selangor, kampung je Kelantan, mesti aku sokong Selangor.

Tapi melalui TV saya tengok stadium penuh dengan kedua-dua penyokong. Dan permainan malam tu juga agak menarik untuk ditonton. Namun masih banyak lagi yg boleh diperbaiki sama ada dari pasukan2 yg bertanding, pemain2 yg beraksi, jurulatih2 yg melatih, pengurus2 yg mengurus dan juga persatuan2 bolasepak negeri dan FAM bagi meningkatkan lagi mutu bolasepak negara. Barulah sekurang-kurangnya menjelang hujung minggu, peminat bolasepak akan berkira-kira untuk menonton bolasepak Liga Malaysia ataupun Liga Perdana Inggeris!!

Apr 22, 2009

manfaat dari kerajaan negeri

Disebabkan rumah apartment yg kami duduki masih menggunakan meter pukal utk bekalan air, maka manfaat air percuma bagi 20m padu pertama setiap bulan yg diberikan oleh kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat sejak Jun 2008 lepas tak dapat kami rasa.

Walaubagaimanapun inilah manfaat pertama yg kami terima iaitu Tabung Warisan Anak Selangor atau dipanggil TAWAS. Manfaat ini untuk anak-anak kelahiran Selangor atau ibu bapanya warga Selangor bagi kelahiran 2009 dan seterusnya, sebab pendaftaran anak kelahiran 2008 dah ditutup. Jadi baby Ilhan layak untuk mendapat manfaat ni, yippee..


Borang pendaftaran baby Ilhan dan hat dan bip anak TAWAS!!

Sekadar berkongsi kalau ada yg masih tak tahu. Tabung ni adalah satu bentuk pelaburan yang dibuka oleh kerajaan negeri dengan caruman awal sebanyak RM100. Setahu saya, satu sijil pelaburan atau akaun di Ambank akan dibuka dan tempoh matangnya adalah selepas anak ini berumur 18 tahun dengan unjuran hasil pelaburan selepas 18 tahun adalah sebanyak RM1,500 (tapi mungkin lebih lagi, antara RM10-15ribu katanya!!). Jadi sekarang saya sedang menunggu kad keahlian dan sijil pelaburan utk baby Ilhan selepas borang permohonan diserahkan!!


Jadi ibu bapa di Selangor yg masih belum mendaftar, jangan lepaskan manfaat ini!! Rujuk sini untuk maklumat lanjut..(ceh macam promoter la pulak)

Baby Ilhan dah nak masuk 2 bulan sekarang..

Apr 9, 2009

MB ke-3 di parlimen

Syukur atas kemenangan Pakatan dalam pilihanraya kecil baru ini. Tahniah kepada Ir Nizar Jamaluddin atas kemenangan sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang yg baru, melengkapkan kehadiran 3 orang Menteri Besar Negeri Pakatan Rakyat di Parlimen (selepas MB Selangor dan KM Pulau Pinang). Juga kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau yg baru.

Walaupun kempennya agak keterlaluan dlm memburukkan Ir Nizar, seperti pendapat Pensyarah UM, Dr Abu Hassan Hasbullah bahawa serangan peribadi ke atas Nizar dalam pilihanraya kecil ini tidak mencerminkan budaya politik yg baik. Tapi tatkala keputusan diumumkan, ucapan tahniah daripada org no.2 parti keris adalah suatu yg agak gentleman, walaupun sepanjang tempoh kempen, Nizar ni semacam tidak patut hidup lagi di atas muka bumi Malaysia ini atas isu boneka Cina, penderhaka kpd raja dan banyak lagi isu.

Begitupun 1-2 hari sebelum hari pengundian, tindakan seorang cina parti roket yg membaca ayat Al-Quran beserta maksudnya dalam kempennya menyokong Nizar mendapat reaksi pantas dan panas daripada sebilangan masyarakat. Satu saja nak saya kongsi, pendapat daripada bro Habib dlm usrah kami baru ni. Kita orang Islam ni jangan jadi seperti orang Hindu satu ketika dulu, maksudnya dulu lah, sekarang dah orang Hindu tak beriman dah dengan aqidah ni. Iaitu ketika orang Hindu mengamalkan amalan kasta dalam kehidupan. Setiap kasta berbeza dari pelbagai aspek kehidupan, termasuklah setiap kasta mempunyai ayat2 bacaan tersendiri yg tidak boleh dibaca dan bahkan tak boleh didengar oleh kasta lain. Kalau kasta lain dengar, telinga si pendengar akan dituang dengan tembaga panas yg masih cair...erk ngeri beb!!

Aik macam kenal je di balik topeng tu..

Dengan membe baik..kepala demo, Ust Riduan

Tu dia..naik lori tu..

Sempat singgah ke Bukit Selambau, takde rezeki nak makan Radix Fried Chicken

Ahli Parlimen Bukit Gantang / MB Perak : Ir Nizar Jamaluddin