Oct 30, 2009

Sabar mendengar celaan orang yang mencela

Semalam dalam saya menyemak longgokan borang2 pendaftaran Skim Mesra Usia Emas Kerajaan Negeri Selangor di pejabat yang masih belum diproses pendaftarannya, saya memilih beberapa keping borang permohonan untuk saya uruskan.

Kebanyakan permohonan yang masih belum diproses ini adalah disebabkan tidak mempunyai dokumen sokongan mencukupi dan juga permohonan yang tidak disahkan taraf pemastautinnya di negeri Selangor.

Terus saya hubungi nombor telefon pemohon atau penama atau penjaga yg tertera pada borang tersebut dan meminta mereka menghantar salinan dokumen sokongan yg diperlukan untuk diproses pendaftarannya.

Dan yg nak dijadikan cerita di sini ialah ketika saya buat panggilan telefon bagi permohonan sepasang suami isteri warga emas. Pada mulanya yg mengangkat adalah si isteri, apabila dijelaskan tujuan saya, lantas dia beri gagang telefon kepada suaminya. Dan bila diterangkan niat saya hendak mendapatkan dokumen sokongan yg tidak lengkap bagi permohonan mereka, terus si pakcik ni angin tak tentu pasal.

Terus disebut-sebut janji-janji pilihanraya umum lalu. Dari bantuan untuk ibu tunggal, kepada bantuan untuk warga emas (entah dia tak perasan yg saya hubunginya utk urusan warga emas??), kepada hadiah anak masuk universiti dan entah apa lagi yg dirungutkannya dengan nada yg kasar dan tinggi sekali.

Berkerut juga dahi saya nak jelaskan satu persatu kepada pakcik ni. Gaya percakapannya dah macam mesingan yg sedang memuntahkan peluru tanpa melihat sasaran. Ditambah lagi, "saya dah undi kamu dulu, ni dah 2-3 tahun takde apa-apa pun?". Diulang lagi ayat ini berkali-kali kepada saya.

Sudah begitu saya mengalah, biarlah orang tua ini melepaskan geramnya sehabisnya, lagipun sebagai orang muda biarlah kita hormati orang tua. Disumbatnya segala ketidakpuasan hatinya melalui panggilan telefon percuma yg diterimanya itu kepada saya yg membuat panggilan. Bila peluru bedilannya sudah habis, dia tenang sebentar dan akur untuk menghantar dokumen sokongan pendaftaran skim ini ke pejabat tanpa perlu saya berkata apa-apa lagi. Bukankah itu janji Allah buat yg sanggup memikul bebanan dakwah ini?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاء وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(Al-Ma'idah:54)


Tak perlu juga saya sebut apa yg sudah dinikmatinya dan janji mana yg sudah dilaksanakan dan yg mana belum dilaksanakan sejak kerajaan baru negeri Selangor mentadbir. Bukan mendoakan, tapi antara suami isteri warga emas ini, jika si isteri yg pergi dahulu, ingin sekali saya ke rumah pakcik ini dan bersama YB Pakabu menyampaikan sumbangan manfaat penyertaan skim ini terus kepada pakcik ini. Mudah-mudahan dia dapat melihat dengan mata kepalanya sendiri apa luahan perasaan dendamnya kepada saya dalam telefon semalam.

Kepada kerajaan negeri pula, cepat2lah cuba laksanakan program2 mengikut janji pilihanraya lalu. Beri keutamaan daripada program2 yg tiada dalam manifesto. Tidaklah kami di bawah ni panas telinga dan panas hati kena maki hamun dengan orang2 seperti pakcik ni tadi. Moga ada hikmah terbaik di sebalik 'cacian' ini...

Oct 22, 2009

mencari idea menjalankan kempen jauhi pergaulan bebas dan zina


Memanjangkan posting Ustaz Tantawi pada Isnin lalu berkenaan Kempen Jauhi Pergaulan Bebas dan Zina. Ia mungkin bertitik tolak daripada keputusan dan suasana di Bagan Pinang yg menyaksikan penghayatan terhadap Islam yg rendah di kalangan masyarakat di sana khususnya anak-anak muda.
2. Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS Pusat yang dipengerusikan oleh al Fadhil Ustaz Riduan Mohd Noor akan mengambil tanggungjawab ini untuk menyediakan " plan tindakan berkesan " bagi menjayakan kempen tersebut
Mesyuarat akan diadakan minggu hadapan selepas pengerusi ini selesai segala urusannya minggu ini. Jadi sesiapa yg punyai idea dan cadangan tentang bagaimana kreatif dan secara out-of-the-box kempen ini harus berjalan, bolehlah panjangkan kepada saya. Boleh saya utarakan di dalam mesyuarat nanti.
5. Kerjasama erat dan sistematik juga akan diadakan dengan beberapa NGO yang aktif membenteras perlakuan sosial melampau malah mengundang kecelakaan moral dan kebejadan akhlak dikalangan masyarakat negara kita
Juga diketahui umum tentang JIM / Wanita JIM yg sudah lama menjalankan kempan "Anda Bijak Jauhi Zina". Bukan untuk bersaing tapi untuk tambah merancakkan lagi usaha murni ini. Sebab saya dimaklumkan pengerusi, kempen ini juga akan ditambah lagi dengan kempen terhadap arak dan mungkin beberapa gejala sosial yg tidak sihat.

Jadi siapa yg ada idea bolehlah dikongsikan dengan saya. Biar kita usahakan sesuatu, pasti akan ada hasilnya. Bukankah bantahan kita terhadap konsert Beyonce itu ada hasilnya? Walaupun hanya ditangguh, tidak mustahil ia akan dibatalkan terus. Biar penganjur2 ini tahu bahawa perkara2 yg tiada faedah dan manfaatnya ini ada yg membantahnya....

p/s: Takziah buat sahabat saya Ustaz Ramadhan Fitri (yg juga pernah bersama satu lajnah dengan saya sebelum ini) dan isteri yg kehilangan anak tersayang, Nur Fatima pagi ini. Moga Allah memberi kesabaran dan ketabahan buat mereka. Al-Fatihah

Oct 15, 2009

Bagan Pinang dan kisah tentang orang mabuk

Selama beberapa hari berada di Bagan Pinang terutamanya di estet Ladang Bradwall, ada beberapa pengalaman dan kisah yang boleh dikongsikan di sini. Adapun analisa keputusan prk itu tidaklah saya berhajat untuk ketengahkan, pasal saya pun tak tau apa yg sebenarnya jadi di Bagan Pinang, bacaan politik masih cetek...

Sebaik proses penamaan calon di MPPD selesai, petang itu kami bergerak ke Estet Bradwall untuk meninjau keadaan di ladang itu. Di situ kami berkenalan dengan seorang India bernama Robert sementara menunggu jirannya, Ravi yg sudah dikenali baik oleh petugas2 yg sampai lebih awal. Beliau kelihatan mesra dan mudah berbicara serta cenderung kepada parti pembangkang dan langsung menceritakan beberapa permasalahan dan ketidak puasan hatinya terhadap beberapa perkara.

Robert di hadapan rumahnya

Selang beberapa hari selepas itu, beliau telah ditahan lokap atas kesalahan memukul rakan/jirannya seorang Cina. Kejadian berlaku pada waktu malam dalam keadaan beliau yg mabuk apabila melihat jirannya itu duduk di atas motosikalnya dan menyangka ada orang hendak mencuri motosikalnya. Terus dihempuknya jirannya itu sehingga terlentang.

Diceritakan lagi, jirannya itu tidak bercadang untuk membuat laporan polis atas semangat sudah kenal dan baik dengan Robert dan tahu keadaan Robert yg mabuk ketika itu. Tetapi muncul pihak ketiga, iaitu pengurus estet yg mengugut Cina tersebut supaya membuat laporan polis. Terpaksalah beliau membuat laporan polis dan akhirnya Robert ditahan di dalam lokap polis. Tidak cukup lagi, tahanan asal selama 3 hari juga ditambah sehingga 7 hari supaya Robert tiada di estet untuk membantu kempen-kempen PAS di sana.

Itu kisah orang India mabuk, tak tau lah apa yg diminumnya sehingga hebat sekali kesan arak yg diminumnya itu. Selain itu kes-kes serangan yg berlaku terhadap petugas PAS termasuklah teman-teman Pemuda Gombak juga diceritakan akibat daripada kesan meminum arak sehingga hilang pertimbangan aqal yg waras.

Kisah di Kg Bagan Pinang di markaz Pemuda Pusat, dan juga kisah malam terakhir di Telok Kemang semuanya adalah serangan daripada anak-anak muda Melayu Islam yg mabuk kesan meminum arak. Dan sesungguhnya anak-anak muda Melayu Islam yg sekian lama larut dengan hiburan dan kenikmatan hasil daripada Pesta Pantai Port Dickson inilah yg telah menyokong dan memenangkan calon mereka itu.

Begitulah kesan arak yg mana ditegaskan bahawa arak ini adalah ibu segala maksiat. Bila diri sudah dikuasai oleh pengaruh arak, segalanya tidak mustahil. Nampaknya banyak lagi usaha yg perlu dilakukan untuk mengembalikan masyarakat khususnya anak-anak muda Melayu Islam yg kerjanya merempit sini sana seminggu yg lalu di Bagan Pinang kepada ajaran Islam, surau masjid yg mati perlu diimarahkan semula. Ada teman yg entah geram dengan pengundi atau kecewa dengan kekalahan ini terus berkata, "biaq depa suma kena langgaq dengan tsunami kat pantai tu"

Usaha menerang dan menyampaikan sebegini harus diberi tumpuan

Ceria anak2 estet ini tidak mengenal warna kulit..Islam untuk Semua

Apalah nasib mereka ini selepas ini...