Jan 12, 2010

Bijaksana Menghormati Perbezaan Agama

Begitu mudah 'perasaan' umat Islam diganggu dengan isu kalimah Allah yang sedang hangat ini berbanding sukarnya hati nak disentuh dan sensitif dengan begitu banyak dan 'biasanya' sekali hukum-hakam dan syariat Allah dilanggar.


قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْاْ إِلَى كَلَمَةٍ سَوَاء بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضاً أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللّهِ فَإِن تَوَلَّوْاْ فَقُولُواْ اشْهَدُواْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ
Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)".(Ali Imran:64)


الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَن يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
(yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena mereka berkata: "Tuhan kami hanyalah Allah". Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan mesjid-mesjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama) -Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.(Al-Hajj:40)

Seorang penganut Kristian berbangsa Cina memerhati dari jauh kelibat Tok Guru Nik Aziz yang sedang melawat Gereja Tabernacle di Desa Melawati yang dibakar oleh golongan jahil agama. Berulang kali dinyatakan penghormatannya kepada MB Kelantan ini atas sifat sederhana yang ditunjukkan. Namun kerana masih berkhidmat dengan Tentera Udara, dia hanya memerhati dari jauh.

Kemudian muncul anak lelakinya berumur 10-12 tahun, "Dad, I shook hand with him...he gave RM100 to Peter Yao (pengendali Gereja)" dengan reaksi yang begitu teruja sekali setelah bersalaman dengan Tok Guru Nik Aziz.

Mudah-mudahan isu ini akan dapat diurus dengan baik dan sewajibnya keharmonian antara kaum dan kebebasan beragama akan terus terpelihara...rujuklah sirah Nabi dan sejarah pemerintahan khulafa' rasyidin serta khalifah-khalifah yang adil masa silam....

Jan 9, 2010

Rejim Hosni Mubarak Mewarisi Kezaliman Firaun

Siang tadi betul-betul dipanggil berjalan. Dari Bangunan Tabung Haji menyusuri Jalan Ampang sehingga ke Kedutaan Mesir yang letaknya sudah menghampiri Jalan Lingkaran Tengah II, bertentangan dengan Bangunan Risda.


Jauhnya dikatakan 4 kilometer. Tempoh berjalan setara demonstrasi tadi hampir sejam. Satu senaman yang baik, habis basah lencun satu badan. Basah dek peluh, bukan dek apa-apa semburan bahan kimia tak diundang.

Apapun demontrasi siang tadi adalah suatu yang sangat bermakna. Menandakan keprihatinan kita terhadap rakyat Palestin dan juga terhadap bumi Al-Quds. Dalam masa sama menyatakan kebencian kita terhadap kezaliman dan kedajalan rejim Mesir pimpinan Hosni Mubarak.

Kita pun hairan dengan sikap rejim Hosni Mubarak ini yang seperti tiada kedaulatan sendiri sehingga bantuan kemanusiaan terhadap rakyat Ghazza ini perlu disekat dan seolah menunggu kebenaran rejim Zionis Israel untuk dilepaskan.

Ungkapan yang sangat tepat, "La Husni La Mubarak", Tiada kebaikan tiada keberkatan pada Hosni Mubarak. Ya jika tiada hidayah lagi yang layak buat beliau, maka laknat Allah kita pohonkan ke atas beliau. Kegilaan apa yang membuatkan konvoi bantuan kemanusiaan buat rakyat Ghazza yang seIslam itu ditahan sedemikian rupa.

Sukar untuk melabelkan Mesir, bumi Anbiya' dan juga bumi yang masyhur dengan Al-Azhar itu terpalit dengan kezaliman dan ketidakwarasan ini. Namun itulah hakikatnya apabila pemerintah berlaku zalim, maka sekalian yang lain terpalit sama. Saya pasti ramai rakyat dan sesiapa yang pernah menuntut ilmu di Mesir berasa malu dengan tindakan kerajaan Mesir ini. Namun kerajaan Mesir seolahnya terus bangga dengan warisan kezaliman dan keangkuhan Firaun, manakan tidak, pasukan bolasepaknya pun diterima dengan gelaran 'The Pharaoh'. Doa dan harap kita panjat untuk rakyat Ghazza, dan jutaan penghormatan kita sanjung kepada konvoi Viva Palestine diketuai oleh George Galloway yang cekal dan tabah sehingga bantuan ini selamat sampai kepada rakyat Ghazza.

Jan 2, 2010

Selamat Tahun Baru Masihi 2010

Selamat Tahun Baru 2010. Semoga dengan kehadiran tahun baru masihi 2010 ini seminggu selepas kehadiran tahun baru hijriyyah 1431H akan sama-sama membulatkan tekad dan azam baru yang sesungguh-sungguhnya akan cuba kita dicapai sepanjang tahun ini, Insya-Allah.

Moga-moga tahun baru ini akan meningkatkan keazaman kita untuk terus memperbaiki diri sebagai seorang peribadi dan keluarga muslim yang lebih baik di segi amalan, ilmu dan terus istiqamah dengan Islam.

Insyirah dan Ilhan sama-sama 'menolong' dalam projek jus carrot di kampung baru ini

Insyirah sibuk mengacau gulai daging