Feb 11, 2010

Kempen Anti Zina, Arak dan Pergaulan Bebas


Selepas lebih 3 bulan merangka program Kempen Jauhi Pergaulan Bebas dan Zina, insya-Allah pelancarannya akan dilakukan pada Sabtu ini di Pasar Seni, Kuala Lumpur (mungkin 'mengambil sempena' kegilaan muda-mudi yang hangat bercinta untuk menyambut Hari Kekasih pada 14 Februari ini)

Walaupun hakikatnya program ini sudah lama dicetuskan, tapi atas kesibukan urusan semua pihak, banyak urusan diagih pada hari-hari terakhir. Ditugaskan menyiapkan risalah ringkas berkenaan bahaya zina agak mencabar bagi memilih nas-nas, fakta dan statistik serta imej-imej yang benar-benar bertepatan dan tidak menjadi 'risalah biasa' yang dikeluarkan yang akhirnya langsung tidak mencerminkan hasrat dan mesej sebenar penulis dan penerbit risalah.

Moga usaha kecil ini diberkati dan majlis pelancaran Sabtu ini berjalan baik.